Memaparkan catatan dengan label Kuching. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuching. Papar semua catatan
Ahad, 27 Januari 2013
Sarawak River Boat
Di Sarawak terkenal dengan bot sungai yang merentasi bandaraya Kuching. Bot ini boleh dinaiki dengan bayaran cuma RM20 seorang sahaja yang bertolak dari 'Kuching Waterfront'. Terdapat hanya 4 trip sahaja bot setiap hari iaitu bermula pada jam 10:30 pagi, 4:00 petang, 5:00 petang, dan yang terakhir pada jam 6:00 petang.
Menaiki bot ini kita boleh melihat pemandangan bandaraya Kuching dari sungai iaitu pelbagai bangunan antaranya Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, the Astana, Brooke Dockyards, Pasar dan perkampungan.
Perjalanan yang mengambil masa 1 jam menaiki bot ini menarik dengan adanya pemandangan dan tiupan angin bayu sungai. Kepada yang tak biasa atau mabuk laut dinasihatkan siap-sediakan minyak angin kalau tak nanti termuntah atas Sungai Sarawak ini.
Kedalaman sungai yang setinggi 17-19 meter juga menjadi tempat yang sesuai untuk buaya menjelajah mencari mangsa. Bagi kaki pancing di sini amat sesuai untuk pancing udang, tapi hati-hati ya 'Bujang Senang' masih belum tewas lagi dan berkeliaran. Dari cerita pemandu teksi air ini, banyak kisah orang kena baham dengan buaya terjadi.
Tengok lah foto-foto dibawah semasa perjalanan kami menaiki teksi sungai ini juga ada foto drebar teksi kuning, lihatlah ;
'Aukkk'
'Kamek dah pergi Sarawak'
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan











