Memaparkan catatan dengan label LHDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LHDN. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

BR1M 2.0 akan selesai diserahkan sehingga April 2013


Di Ipoh, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan surat kelulusan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan diselesaikan minggu pertama April, membolehkan seramai 32,000 pemohon menarik nafas lega.

Menurut beliau, perkara itu telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan akan selesai dalam masa terdekat dan Perak mencatat 617,000 penerima BR1M setakat ini.

“Masih ada 32,000 pemohon mengemukakan rayuan kepada LHDN untuk kelulusan dan saya yakin mereka akan diberi surat pada minggu pertama April. BR1M 2.0 mencatat jumlah tertinggi dengan 6.1 juta penerima dan hampir 5.37 juta penerima telah menunaikan bantuan itu.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.







Khamis, 24 Januari 2013

BR1M 2.0 mula dibayar mulai 1 Feb 2013


Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, jumlah itu melibatkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baru yang melibatkan orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
"Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini (tanpa perlu mendaftar semula). Kita jangkakan lebih enam juta penerima BRM1 tahun ini. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) perlu mengesahkan semua pemohon baharu sebelum pembayaran dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya, di sini, hari ini.

Katanya pembayaran akan dilakukan mulai 1 Feb hingga 28 Feb dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkannya pada 2 Feb.


"BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran," katanya.


Ahmad Husni berkata bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Dis 2012.

"Kita tidak tutup lagi permohonan, kita beri masa buat permohonan. Bagi permohonan selepas 31 Dis, mereka mungkin dapat selepas Februari. Ini kerana kita perlu masa untuk proses. Polisi Perdana Menteri semua yang layak akan dapat," katanya.

Katanya pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.



* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.








Khamis, 1 November 2012

Kemaskini pertukaran alamat supaya urusan BR1M lancar!!!


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, mereka yang terlibat serta pemohon baharu boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka mulai esok.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...