Memaparkan catatan dengan label Mafia gangster pekida Tentera Merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mafia gangster pekida Tentera Merah. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2015

Mafia Ndrangheta Organisasi Jenayah Yang Paling Terkaya Dalam Dunia


Polis Itali mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah merampas aset bernilai AS$2.2 bilion (RM8.3 bilion) milik satu sindiket penjenayah yang berpengaruh dan berkuasa.
Aset yang dirampas daripada Mafia Ndrangheta yang menguasai sebahagian besar pasaran kokain Eropah termasuk lebih 1,500 kedai judi, 82 laman web perjudian dan hampir 60 buah syarikat di samping sejumlah harta­nah, kata polis.
Pihak pendakwa raya turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 28 orang yang disyaki menguruskan empayar perjudian itu dan meletakkan 23 yang lain di bawah tahanan rumah atau memerintahkan mereka me­laporkan diri kepada polis.
Semua konco berkenaan dipercayai diketuai oleh ketua mafia Mario Gennaro. Dia meluaskan kuasa dan pengaruh dalam Mafia Ndrangheta selepas mendapat kekayaan melalui premis perjudiannya.
Mafia Ndrangheta dianggap sindiket penjenayah paling berkuasa di Itali dan mengatasi pengaruh Mafia Cosa Nostra di Sicily atau Mafia Camorra yang berpangkalan di Naples.
Sindiket Ndrangheta merupakan pembekal utama kokain yang dihasilkan di Amerika Latin dan diseludup ke Eropah melalui Afrika Utara dan Itali.
Wang haram daripada perdaga­ngan kokain berjumlah berbilion-bilion dolar itu ‘dicuci’ menerusi empayar perjudiannya.
Sebanyak 11 daripada syarikat milik Mafia Ndrangheta yang dirampas beribu pejabat di luar negara termasuk di Austria, Malta, Romania dan Sepanyol.

Peta daerah Reggio Calabria, Italy

Antara kegiatan haram yang mereka jalankan ialah penyeludupan kanak-kanak dan manusia, pelacuran, pengedaran dadah, pemberi pinjaman haram, konspirasi, korupsi politik, pemalsuan insurans, pembersihan wang haram, penyeludupan senjata, peras ugut, pelupusan bahan buangan haram/bahaya dan pergaduhan.


Total turnover of the 'Ndrangheta in 2007
Illicit activityIncome
Drug trafficking € 27.240 billion
Commercial enterprise & public contracts   €   5.733 billion
Extortion & usury €   5.017 billion
Arms trafficking €   2.938 billion
Prostitution €   2.867 billion
Total € 43.795 billion

Antara ahli Mafia Ndrangheta yang paling dikehendaki di Italy ialah Giuseppe Giorgi. Giorgi atau dikenali sebagai " 'u capra " (the goat) adalah juga anak menantu kepada boss Sebastiano Romeo. Dia berumur 54 tahun dan lahir di San Luca, Reggio Calabria di Italy. Giorgi dipercayai melarikan diri ke Jerman.

Giuseppe Giorgi






*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan dan Wikipedia

Jumaat, 29 Jun 2012

INFO : Kongsi Gelap di Malaysia

Kongsi Gelap adalah merujuk kepada kumpulan jenayah yang sudah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang-orang bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana orang atasan menyediakan pekerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa- bangsa lain seperti India, Sikh dan Melayu. Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakannya adalah pengikut-pengikut setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin-pemimpin baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya diketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,30,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan-haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai meniru kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia mereka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah". Sehingga kini masih ada ahli-ahli yang taksub, tidak faham, mengikut membuta-tuli dan keliru dengan pengertian perjuangan 'Tentera Merah'.

Wujudnya banyak kongsi-kongsi gelap baru di Malaysia adalah kerana perpecahan antara kumpulan mereka dan perebutan jawatan tinggi. Kebanyakkannya mereka yang menjadi pengikut adalah mungkin kerana pengaruh rakan-rakan yang jahat, ada juga yang mengikut membuta-tuli semata-mata ingin dikenali sebagai 'gangster' serta taksub untuk popular.

Di negara lain juga banyak terdapat kegiatan organisasi kongsi gelap yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13, Yakuza dan banyak lagi.

Namun begitu kegiatan kongsi gelap di Malaysia sentiasa dipantau oleh kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di dalam PDRM pula terdapat unit khas yang dikenali sebagai D7 yang ditugas membanteras kegiatan menyalahi undang-undang oleh kongsi-kongsi gelap ini.



*dipetik dan diedit dari laman sesawang definasi

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...