Memaparkan catatan dengan label Mat Rempit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mat Rempit. Papar semua catatan
Sabtu, 25 Ogos 2012
Mat Rempit mengganas di Ipoh !!!
Gejala mat rempit makin menjadi-jadi di bandaraya Ipoh. Mereka akan beroperasi biasanya pada malam hari Jumaat dan Sabtu (malam minggu). Kumpulan mat motor dari seluruh pelusuk negeri Perak akan berkumpul pada awal malam, mereka akan bergerak keliling bandar dan jumlah mereka akan bertambah besar sehingga boleh mencecah lebih seribu buah motor.
Modus operandi mereka ini ialah mereka akan bergerak di sekitar bandar dan mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan litar lumba haram. Kebiasaannya simpang jalan besar dilampu isyarat dijadikan pusat lumba. Simpang tersebut akan dipenuhi dengan motor mat rempit sehingga kenderaan lain takut untuk lalu dijalan itu.
Kebanyakan mat rempit yang berada disitu hanya sebagai penonton, yang betul-betul berlumba haram cuma 3 ke 5 buah motor sahaja. Dengan gaya yang merbahaya tanpa menghiraukan keselamatan sendiri dan orang lain mereka memecut motor kapchai dengan bunyi eksos yang bingit.
Pihak berkuasa tidak dihiraukan mereka, apabila polis sampai mereka terus melarikan diri di segala ceruk lubang yang mereka boleh celus. Gejala haram ini berlaku lebih kurang setiap minggu kecuali jika malam minggu itu hujan turun.
Nampaknya pihak kerajaan, kementerian yang berkaitan dan NGO belia terutamanya perlu memikirkan dan mengambil langkah yang bijak dan bersesuaian untuk membendung gejala haram ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan







