Memaparkan catatan dengan label Pok Nik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pok Nik. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2013

Poknik kafirkan orang UMNO....Punoh, Cilako...Cilako...Cilako



 Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor. Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar. "Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam. Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala. Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT. 




Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. "Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.










Isnin, 4 Februari 2013

Ahli Parlimen Parit Buntar belakangi Majlis Syura


Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia





Ikuti kisahnya di blog bawah ;


BESOR sebelah: Penduduk tak kenal Ahli Parlimen Parit Buntar..kenal limau je

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...