Memaparkan catatan dengan label cemburu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cemburu. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Februari 2013

Cemburu Melampau Suami Ni Pasang CCTV Kat Rumah Bini


Kalau lelaki dah terlampau cemburu tahap kronik pun tak elok juga dalam perhubungan pasangan suami-isteri atau kekasih. Ini boleh mendatangkan keadaan tidak selesa kerana selalu sangat diperiksa dan mungkin boleh menimbulkan tuduhan atau fitnah yang tidak betul akibat dari salah faham. Sayang betoi lelaki ini dengan bini nyer.

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.

“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.

Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.

Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’. “Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan,” katanya.





*dipetik dari laman sesawang akhbar Harian Metro.










Selasa, 4 September 2012

Zakar dikerat gara-gara selingkuh

Di negara Peru seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.

Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muoz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.

Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...