Memaparkan catatan dengan label curi kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label curi kereta. Papar semua catatan
Selasa, 24 Jun 2014
Kastam tangkap sindiket kereta mewah di Perak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan kereta mewah dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan rampasan enam kenderaan mewah sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang dengan nilai cukai sebanyak RM536,240.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata, pada kira-kira jam 4.30 petang 26 Mei lalu, pasukan penguatkuasaan JKDM Teluk Intan berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus GS300 yang disyaki barang larangan di perkarangan Pusat Pemeriksaan Puspakom Batu 5, Teluk Intan.
Menurutnya, susulan daripada rampasan itu, pihaknya berjaya membuat tangkapan empat lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an yang dipercayai ahli sindiket menjual kenderaan dari Singapura tanpa permit, dengan dua daripadanya adalah penjawat awam.
"Susulan daripada tangkapan itu pula, lima lagi kenderaan mewah jenis Toyota Estima, Honda Odyssey, Honda Accord Euro R, dan dua Toyota Wish turut dirampas.
"Dalam rampasan itu, kelima-lima pembeli kenderaan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan mereka yang ditahan itu juga adalah penjawat awam termasuk yang mempunyai jawatan tinggi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JKDM Perak, di sini sebentar tadi.
Isnin, 24 September 2012
Polis Perak berjaya tumpas sindiket curi kereta
Di Ipoh, polis menumpaskan satu sindiket curi kereta di negeri ini berikutan penahanan tiga lelaki yang merupakan penjenayah tegar, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd. Shukri Dahalan hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu masing-masing berumur 31, 34 dan 37 tahun, mempunyai 10, lima dan empat rekod jenayah lampau antaranya bersangkutan kes dadah.
"Ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka didapati positif dadah jenis Meth (Ais) dan kesemua suspek ditahan reman sehingga 28 September ini," katanya.
Mohd. Shukri berkata, berikutan serbuan ke atas mereka di sebuah hotel di Simpang Pulai, pukul 10.30 malam hari Jumaat lepas, polis menemui tiga buah kereta jenis Honda Civic, Toyota Wish dan Kia Spectra.
"Polis turut merampas dua anak kunci kereta Honda Civic dan Toyota Wish, lapan buah telefon bimbit, dua buah komputer riba jenama Acer dan HP Pavilion dan tiga cukai jalan palsu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Mohd. Shukri berkata tangkapan itu hasil maklumat orang awam yang mendapati nombor pendaftaran Kia Spectra itu didaftar pada sebuah lori.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan



