Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2016

Cuti Peristiwa 8 Julai 2016...Raya Sakan Orang Gomen!!!



Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.





* sumber dari laman sesawang akhbar nasional

Rabu, 29 Jun 2016

Barisan Kabinet Malaysia 2016


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar kembali menyertai Kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di pejabatnya di Perdana Putra pada 27hb Jun 2016.
Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendapat portfolio baharu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menggantikan Tan Seri Abdul Wahid Omar yang buat keputusan tidak meneruskan tempoh sebagai senator.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerajaan atas sebab peribadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.
Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.
Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah diganti oleh Datuk Henry Sun Agong.
Turut dilantik Datuk Seri SK Devamany sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Selasa, 9 September 2014

Kate Duchess of Cambridge Hamil Lagi


Suatu ketika dahulu isteri putera raja Britain ini pernah gempar cerita sensasi apabila foto menampakkan buah dadanya didedahkan majalah paparazi 'Closer'...nak tengok KLIK SINUN

Duchess of Cambridge, isteri Putera William semalam disahkan hamil anak kedua dan kini dirawat kerana alah mengandung yang teruk.

Pegawai di Clarence House, pejabat pasangan berkenaan berkata, William dan isterinya, Kate Middleton serta keluarga mereka begitu gembir dengan khabar berkenaan.

Menurutnya, Kate kini dirawat di Istana Kensington kerana alahan mengandung yang teruk.


Dia pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah sama ketika mengandungkan Putera George yang lahir pada Julai tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, beliau turut gembira menerima khabar itu.


Bayi berkenaan akan menduduki tangga keempat senarai pewaris takhta Britain, sekali gus meletakkan bapa saudaranya, Putera Harry di tempat kelima.


Putera George menduduki tangga ketiga dan berkemungkinan menjadi raja Britain satu hari nanti.




Koleksi Kate Middleton....WoW :

1. Foto nenen Kate saman majalah Closer

2. Payu dara Kate, asli atau palsu?

 



Jumaat, 1 Februari 2013

BR1M 2.0 dapat dah, terima kasih kerajaan!!!


Hari ini tepat jam 1 petang gua telah menerima sepucuk surat bersampul putih, rupa-rupanya surat BR1M 2.0 dari Kementerian Kewangan Malaysia. Lega dan gembira juga rasanya sebab bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga gua pada awal tahun 2013 ini. Ikuti artikel dibawah yang gua petik dari akhbar tempatan ;

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali kedua berjumlah RM500 yang diagihkan mulai Februari ini kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000 memberi peluang kepada penerima yang layak membuat pelbagai perancangan bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menerima bantuan ini tidak kira yang sudah berkeluarga, ibu atau bapa tunggal dan orang bujang mampu tersenyum puas. Bagaikan pucuk, ulam mendatang. Bantuan itu mempamerkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah. Walaupun bantuan wang tunai berkenaan hanyalah sekali (one-off), ia sekurang-kurangnya mampu meringankan beban keluarga yang mempunyai tanggungan ramai.
Bantuan BR1M 2.0 untuk tahun ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini membabitkan peruntukan RM2.6 bilion.

Kategori yang layak memohon pula merujuk kepada lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga. Bagi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan.

Perbezaan bantuan kali kedua ini ialah pelaksanaan diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Seramai 2.7 juta orang bujang akan menerima RM250 bagi tujuan sama.

Bantuan berkenaan jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani kesejahteraan pelbagai lapisan masyarakat yang diumumkan menerusi Bajet 2013, baru-baru ini.

Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bantuan itu tidak perlu dipertikaikan kerana ia bukanlah satu langkah populis, malah ia manifestasi kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah.
Ia juga dikatakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama mereka yang mempunyai isi keluarga ramai.

Malah orang ramai yang ditemui FAMILI turut optimis dengan inisiatif kerajaan kepada rakyat kurang berkemampuan dan bantuan berkenaan diadakan secara berterusan pada setiap tahun.

Pegawai Keselamatan, Ab Aziz Ab Latiff, 53, ketika ditemui melahirkan kesyukuran dengan pemberian itu yang beliau terima untuk kali kedua kali.

Katanya, sumbangan itu digunakan sebaiknya untuk menanggung enam anaknya yang masih bersekolah dan ayahnya yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Peningkatan taraf ekonomi penduduk dan kenaikan harga barangan tidak dapat dielak. Dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami.

Terima kasih kepada kerajaan dan saya berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, katanya.

Pekerja swasta, Miskiah Saliman, 55, berkata beliau tidak menyangka namanya tersenarai untuk kali kedua bagi menerima bantuan itu akan digunakan sebaiknya untuk membeli barangan keperluan harian untuk kegunaan sekeluarga, selain ubatan ibunya yang sudah tua.

Katanya, pendapatan yang tidak seberapa, ditambah kehidupan di kota yang setiap masa memerlukan wang, menjadikan beliau begitu menghargai apa yang diberi kerajaan.

Apa yang diharapkan, negara akan sentiasa berada dalam suasana aman, maju dan stabil daripada pelbagai sudut khususnya sosial dan ekonomi untuk memastikan pemimpin atas merangka strategi lebih komprehensif bagi memantapkan kehidupan rakyat secara keseluruhan.

Pekerja swasta, Nik Nur Amirah Nik Yahaya, 26, berkata pemberian wang tunai ini dianggap sebagai pencetus kepada semangatnya untuk memilih kerajaan yang terbaik pada masa akan datang.

Selama ini, banyak yang sudah dilakukan kerajaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan bantuan berkenaan dianggap sebagai duit poket.

Pada zaman ini yang semua barangan mahal menjadikan saya lebih berjimat cermat. Jika dulu boleh, mengapa sekarang tidak. Jadi, bantuan ini saya akan gunakan sebaik mungkin. Adik-beradik saya juga ada yang memohon BR1M 2.0 ini, katanya.

Lepasan graduan, Sri Chandrasekaram, 28, berkata beliau memang mengetahui kerajaan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, namun setakat ini belum berkesempatan untuk membuat permohonan kerana baru saja pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.

Bantuan itu menunjukkan kerajaan benar-benar mengetahui masih ramai rakyat di negara ini yang memerlukan pembelaan. Malaysia antara negara yang baik dari segi menyediakan kebajikan kepada rakyat. Banyak negara lain yang tidak mempunyai inisiatif sebegini.

Apa yang dilakukan kerajaan sangat bagus kerana bukan saja saya, tetapi lepasan graduan seperti saya tidak kira dalam atau luar negara boleh manfaatkan wang berkenaan untuk mencari kerja yang sesuai. Tidaklah perlu meminta wang daripada keluarga saja, katanya, katanya.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...