Isnin, 30 April 2012

Tukar baju dalam bilik mandi !

Gambar yang diambil dari atas menunjukkan seorang lelaki senang menolong seorang perempuan membuka bajunya. Baju T yang dipakai perempuan itu ditarik keatas dari bahagian depan oleh lelaki itu, nampaknya kerakusan lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi, dia mahu menikmati tubuh badan wanita di bahagian dada dahulu sebelum mula yang lebih berat.

Kalau pembaca sekelian perhatikan betul-betul wajah lelaki dalam foto dibawah ini adakah anda dapat kenalpasti siapakah dia?

Adakah dia seorang VIP yang memegang jawatan penting dalam perniagaan atau pertubuhan atau kerajaan atau parti politik?

Ya kita tunggu jawapan nya...

Selasa, 24 April 2012

Blowjob girl...nuargay

Baru-baru ni bekas sahabat baik Nuar iaitu Nala telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan beliau telah pun menyerahkan rakaman video aksi menarik Anwar kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Dipercayai rakaman itu mempunyai aksi seks oral atau blowjob ( cakap orang putih nyer ) . Sebelum ini kita dihidangkan dengan aksi bersama perempuan China Doll tapi kali ini lebih menarik iaitu dengan perempuan tempatan berbangsa Melayu.
Dikhabarkan perempuan itu juga adalah bini orang yang merupakan bini sahabatnya juga disamping teman seperjuangan dalam bidang politik.
Untuk mukadimah sempena penyerahan video itu disini KM nak paparkan satu foto yang diambil secara tangkap curi atau You Was Caught On Camera ( cakap orang putih nyer ) di suatu lokasi yang dirahsiakan....., rasanyer diaorang dalam perjalanan atau baru pulang dari suatu lokasi rahsia, yang pastinya tempat tu mesti best dan boleh buat benda best!!!
Hahahaha kan dah kantoi
Tapi sebenar nyer KM simpati akan nasib kau ni Nuar, ada je bahan untuk taji muka kau, kesiannnn.
Tapi apa nak buat, rakyat dan pembaca perlu tahu tentang cerita sensasi kau ni.... so layannnn

*perhatikan betoi-betoi wajah lelaki itu dan perempuan di sebelahnya, zoom kan pada selendang yang dipakai... yang pasti itu adalah bukan tudung rasmi akak Zizah.

Daerah Kinta, Negeri Perak

Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.

Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta.

Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.

Dibawah daerah Kinta terbahagi kepada 2 majlis pentadbiran iaitu Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Daerah Kinta Barat. Dahulunya adalah termasuk Majlis Daerah Kinta Selatan namun ianya telah diasingkan serta dinaiktaraf kepada sebuah daerah yang baru iaitu daerah yang ke 10 dalam negeri Perak yang dipanggil daerah Kampar.

Pentadbiran daerah Kinta mempunyai LIMA Mukim iaitu:
1) Blanja
2) Sungai Raia
3) Sungai Terap
4) Tanjung Tualang
5) Ulu Kinta (Chemor, Lahat, Tanjung Rambutan)

KELUASAN MUKIM :
1) Blanja - 11,137 (111.37) Ha / (Km2)
2) Sungai Raia - 28,749 (287.49) Ha / (Km2)
3) Sungai Terap - 9,842 (98.42) Ha / (Km2)
4) Tanjung Tualang - 13,986 (139.86) Ha / (Km2)
5) Ulu Kinta - 53,613 (536.13) Ha / (Km2)

Pegawai Daerah Kinta : Y.Bhg. Dato’ Haji Jamry bin Haji Sury
DPMP., PMP., AMP.

Orang Besar Jajahan Kinta : Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato Dr. Abdullah Fadzil Bin Che Wan; D.P.C.M., P.C.M., J.P.

Antara ADUN-ADUN dalam daerah Kinta :
Y.B Dato' Hee Yit Foong -(Bebas/Jelapang)
Y.B. Dato' Hamidah binti Osman-( Barisan Nasional/
Sungai Rapat)
Y.B.Dato' Haji Nadzri
bin Ismail- (Barisan Nasional/
Manjoi)
Y.B.Dato' Rusnah binti Kassim- (Barisan Nasional/
Hulu Kinta)
Y.B. Encik Su
Keong Siong - (DAP/Pasir Pinji)
Y.B. Encik Wong Kah Woh - (DAP/Canning)
Y.B. Encik Ong Boon Piow - (DAP/Tebing Tinggi)
Y.B. Encik Sum Cheok Leng - (DAP/Bercham)
Y.B. Encik Loke Chee Yan - (DAP/Kepayang)
Y.B. Encik Sivasubramaniam a/l
Athinarayanan - (DAP/Buntong)
Y.B. Puan Lim Pek Har - (DAP/Menglembu)
Y.B. Encik Chan Ming Kai - (PKR/Simpang Pulai)

KM : Jumlah ADUN PR adalah lebih banyak daripada ADUN BN dibawah kawasan daerah Kinta.
* wahai bangsa ku yang bermastautin di dalam daerah Kinta, lu orang pikir lah sendiri !!!

Ahad, 22 April 2012

Seksi Mislina Ipoh Mali

Biodata Mislina Mustaffa

Beliau adalah seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia. Mislina berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.
Kemunculan pertamanya di layar lebar adalah menerusi filem digital. Bukak Api arahan Osman Ali dan disusuli karya Osman yang seterusnya, Malaikat Di Jendela sebuah filem pendek. Beliau banyak berlakon dalam filem-filem bebas ketika awal kemunculan yang mana kebanyakkannya berformat digital. Antara naskhah yang popular adalah Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.
Puaka Tebing Biru, cereka pertama arahan Osman menjadi filem debut Mislina di layar lebar. Beliau diberi peranan dalam watak pembantu dan berganding bersama aktres popular Umie Aida. Seterusnya beliau muncul dalam filem arahan Liew Seng Tat berjudul Flower In The Pocket.
Hanya menerusi kemunculannya dalam filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, nama Mislina mula meniti bibir peminat. Biarpun sering diberi peranan pembantu namun kemunculannya sentiasa mencuit perhatian. Mislina terus bekerjasama dengan Yasmin untuk filem terakhirnya berjudul Talentime. Lakonan Mislina dalam filem Mukhsin mendapat pujian pengkritik dan penontonan awam.
Pada tahun 2009 Mislina berpeluang bekerjasama dengan pengarah muda Chris Chong dalam filem Karaoke yang mana telah terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Mislina membawa watak Kak Ina, seorang ibu tunggal yang mengusahakan pusat karaoke di kawasan ladang kelapa sawit bersama anak lelakinya yang lama menghilang lakonan Zahiril Adzim. Lakonan Mislina dalam filem itu mendapat perhatian pengkritik dan dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-23 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Pun begitu, biarpun disifatkan sebagai calon faveret, Mislina tewas kepada aktres jelita Lisa Surihani yang menonjolkan transisi lakonan berbeza dalam filem Lagenda Budak Setan.
Mislina mula terpalit kontroversi apabila penglibatannya sebagai pelakon utama membawakan watak penyanyi sensasi 80-an, Zaiton Sameon dalam filem terbitan B'ruang Film Production berjudul Zaiton: Ceritaku berdepan permasalahan apabila penat lelahnya membawa watak tersebut menjadi sia sia apabila penerbit filem tidak berpuas hati dengan mutu produksi filem arahan Fauziah Nawi itu. Penggambaran dikatakan bakal dibuat semula dan Mislina seolah tidak lagi berminat untuk melakonankan semula semua babak yang telah siap. Demi menjayakan watak penyanyi sensasi yang menempuh kesukaran setelah mengalami zaman kejatuhan itu, beliau sanggup membotakkan kepala. Penampilan Mislina di karpet merah Festival Filem Malaysia ke 23 ternyata menjadi perhatian ramai.
Mislina bakal muncul dalam filem terbaru Osman Ali berjudul Cun pada tahun 2011.

Tarikh Lahir : 24 May 1971
Umur : 41 tahun
Asal : Ipoh, Perak
Hobi : Perkhemahan dan 'homeless'
NGO : banyak membantu aktiviti kemasyarakatan dan perjuangkan hak rakyat, contohnya seperti aktivis 'Bersih'
Catatan : Senang dengan penampilan Imej seksi budaya kebaratan dan berfikiran bebas serta ada gossip yang mengatakan dia lesbian walaupun mempunyai anak.

KM : kalor tengok dari koleksi gambor-gambor yang KM jumpa, macam ada betoiii jugak gaya tapi yang gua tak tak tahan tu baju sleeveless yang menampak keseksianmu yang terunggul ditambah dengan gaya you merokok memang highclass lar you!!!
Buat hatiku minat dan teringin sangat nak rapat dengan you.

Jumaat, 20 April 2012

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Pindaan 2012

Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan menggugurkan "kuasa mutlak" menteri dalam meluluskan atau tidak meluluskan lesen mesin cetak, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop membentangkan rang undang-undang itu bagi tujuan meminda lima Subseksyen Akta 301.

Ini termasuk meminda Subseksyen 3(3) Akta 301 untuk memansuhkan keperluan merujuk kepada "budi bicara penuh" menteri dalam memberi atau menolak pemberian lesen mesin cetak.

Rang undang-undang itu juga bertujuan menggugurkan kuasa menteri dalam menentukan tempoh sah lesen berkenaan.

Ia juga bertujuan meminda Subseksyen 6(1) untuk memansuhkan keperluan merujuk kepada "budi bicara penuh" menteri dalam memberi kebenaran kepada seseorang untuk mencetak atau menerbitkan akhbar di Malaysia atau mengeluarkan permit kepada mana-mana pemilik akhbar di Singapura untuk membolehkan akhbar terbitannya diimport, dijual atau diedar di Malaysia.

Fasal 4 rang undang-undang itu bertujuan meminda Seksyen 12 Akta 301 untuk memansuhkan tempoh sah sesuatu lesen atau permit dan untuk membenarkan lesen atau permit berkenaan kekal sah selagi ia tidak dibatalkan.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Subseksen 13A(1) Akta 301 untuk memansuhkan larangan mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan menteri dalam memberi, menolak, membatalkan atau menggantung lesen atau permit mengikut Akta 301.

Fasal 6 bertujuan meminda Seksyen 13B Akta 301 yang memberi peluang kepada seseorang untuk didengari sebelum sesuatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit dibuat mengikut Subseksyen 3(3), 6(2), atau 13(1), sesuai dengan sesuatu kes itu.

Dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Malaysia pada September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membuat semakan semula terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang sudah berusia 28 tahun.

- Bernama


KM : perlu diubah ikut peredaran zaman

Khamis, 19 April 2012

Keputeraan ke-84 Sultan Azlan Shah

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku kepada Duli Yang Maha Mulia SULTAN PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.

Baginda telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.

D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

D.Y.M.M. Tuanku pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam beberapa jabatan kerajaan dan mahir serta berpengalaman dalam bidang perundangan dimana baginda pernah dilantik menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Tanggal 1 Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9hb Disember, 1985.

Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan mahupun dari luar negara iaitu The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). D.Y.M.M. Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.

Pada 25hb April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Se-Sembilan.

Daulat Tuanku, semoga Allah sihatkan dan panjangkan usia Tuanku, difahamkan sambutan ulangtahun keputeraan Tuanku ditunda sehingga tarikh akan datang berikutan kemangkatan anakanda Tuanku pada 13hb Mac 2012 yang lalu.

Anak-anak KINTA mengucapkan takziah atas kemangkatan anakanda Tuanku, Allahyarham Raja Ashman Shah, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi...Al-Fatihah.

Sabtu, 14 April 2012

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.. 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

KM: baik minum duduk dari berdiri, nampak sopan sikit budaya Melayu pun menggalakkan minum sambil duduk...jangan ikut gaya org putih itu memang stail demer

Rabu, 11 April 2012

Amaran Tsunami di barat Aceh

Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter di Lautan Hindi telah berlaku dekat barat Aceh pada petang 14hb. April 2012, hari Rabu.

Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.

Seorang pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Said berkata, amaran tsunami sudah dikeluarkan.
Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.

"Amaran tsunami akibat gempa yang berpusat di barat daya Simelue, Aceh pada kedalaman 10 km itu meliputi lima wilayah iaitu Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung," kata jurucakap PMKG Pekanbaru, Marzuki seperti dilapor Republika Online yang memetik agensi berita Antara. Berikutan itu penduduk Aceh diberitakan panik dan banyak yang lari atau menuju ke kawasan tanah tinggi.

Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.38 petang ( waktu Malaysia). Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.

Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura.

KM: dari mesej yang diterima dari kekawan melalui internet di serata Malaysia juga ada yang menceritakan, mengalami sendiri gegaran gempa-bumi tersebut yang dikatakan berlaku selama beberapa saat, sesetengah mereka mengatakan macam rasa pening atau nak pitam.

* sumber laman sesawang akhbar

Pertabalan Agung Malaysia yang ke 14

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Tuanku Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada hari Selasa, 13 Disember 2011 menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan Baginda pada 12 November 2011 yang lalu.
Sehubungan dengan itu Kerajaan, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan Baginda, iaitu pada pagi hari Rabu, 11 April 2012 Istiadat Pertabalan akan diadakan bertempat di Balairong Seri, Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja akan diadakan bertempat di Istana Negara juga. Sempena Istiadat Pertabalan ini adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada hari Rabu, 11 April 2012 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan bagi seluruh negara. Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Ini adalah merupakan pertabalan yang kedua kali kepada Baginda sebagai Yang Dipertuan Agung. Kebetulan pula yang pertama ketika zaman Perdana Menteri arwah Tun Abdul Razak sementara yang kedua ini ialah pada zaman anaknya menjadi Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib.

DAULAT TUANKU !!!


* sumber dari laman sesawang KSU

Jumaat, 6 April 2012

Harga Minyak Naik 5 sen !!!

PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok.
Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.
"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.
"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.
* sumber mStar Online

KM :   suara-suara rakyat akan berkata -katalah yang kerajaan tak mengkotakan janji mereka.

Khamis, 5 April 2012

Penganti MB negeri Kelantan???

Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.


Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan PAS di Kelantan.

* dipetik dari blog Papa Gomo

KM : pendapat secara peribadi teman lebih suka Ku Li, ciri kepimpinan yang ada lebih wibawa tambahan beliau masih sihat walaupun sudah lanjut usia.


NGARNGEH mengkantoikan NIZAR

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.
Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta ADUN Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebelum itu benar atau sebaliknya.

"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Mohammad Nizar pada hari kedua persidangan DUN Perak di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.

Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut, sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang sudah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.

Zambry berkata, soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.

"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Mohammad Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain...lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah sudah menjadi isu," katanya.

Beliau menjelaskan Vale sebelum itu sudah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.

"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya.

Beliau berkata, selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang juga pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu sudah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Disember 2008.

"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah.

"Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya.

Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan pakatan pembangkang itu, Zambry berkata dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar.

Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada ADUN pembangkang yang terbabit dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, Mohammad Nizar, Ngeh dan ADUN Tronoh, V Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.

- BERNAMA

KM : 'nampak nyer pihak lawan telah merembat ke dalam gol sendiri manakala penjaga gol hanya mampu melihat bola itu menojah masuk'

Selasa, 3 April 2012

Kantoi!!!...bekas MB 11 bulan

Apa la punya burok perangai, bermuka-muka pulak tu...dia dok ngater orang lain tapi sebenornyer kelaku dia lagi hebat konar nyer. Iskhhh...iskhhh...iskhhh, tau ler miker tu belajor tinggi sampai dapat gelaran 'IR'... agak-agak la nak nuduh orang lain pun, ni tengok surat yang KM lampirkan dibawah....aper ke haei nyer ni?
Udah ler tu wahai 'IR' oiii , bertaubat la miker tu dah pegi haji... cerr biler cakap tu bior yang bebenor ajer.
Bak kater Mr Karpal Singh pada parterner nyer 'anwar ibrahim harus bertaubat', sama ler patut miker pun kena dinasihat cam gitu jugak.
Tapi sebenor nyer KM bersimpati dengan bekas MB 11 bulan ni, kesian dia tak puas memerintah negeri Perak dulu, udah kena bagi balik.... tu yang jadi sasau meroyan tu kot....iskhhhh3 kesian.

Cubalah pembaca sekelian perati betoi-betoi gambor-gambor yang KM lampirkan ini dan pikior-pikior sendiri ler komer akan kaitan dan pincang nyer.

Isnin, 2 April 2012

Kenapa Yahudi Pilih Anwar Sebagai Aset?

  1.  Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.
  2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh ‘diperalatkan’ kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi ‘opportunist’ yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.
  3. Menurut laporan “Jewish Political Studies Review” (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.
  4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.
  5. Laporan itu menyebut,”The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks“. Baca laporan lengkap di sini.
  6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, “The Asian Renaissance” (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai’pemimpin agung’ di rantau Asia.
  7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai ‘pemimpin agung’ Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program ‘lobi nama Anwar’ di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.
  8. Program ‘lobi nama Anwar’, Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC), Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal.
  9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.
  10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.
  11. Hasilnya dalam “Program Dailog Pasifik” anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia.
  12. Manakala dalam “Program Dailog Pasifik II”, anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.
  13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan “Program Dailog Pasifik III”pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.
  14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan “Reformasi” Anwar di Malaysia.
  15. Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004
  16. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.
  17. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitzsebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.
  18. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut.
  19. Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya “THE BELIEVER”, “Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions”
  20.  Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaituPaul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006) menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.
  21. Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang
  22. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya ‘Anwar:
  23. Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.
  24. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future
  25. Menurut laman web ‘moon of Alabama‘, antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong “Annapolis Summit 2007” yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
  26. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?
  27. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.
  28. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam “Managing Global Insecurity (MGI)” satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.
  29. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti ‘rakan kongsi’(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.
  30. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.
  31. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantikWolfensohn “special envoy” di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.

Ahad, 1 April 2012

Pindaan Akta Mesin Cetak

KUALA LUMPUR 31 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka bakal membentangkan Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada Isnin ini di Parlimen .

Pindaan ini juga akan disusuli bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 sepertimana yang dijanjikan Kerajaan sebelum ini. Beliau juga menjelaskan Kerajaan juga bakal membuat ketetapan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.

"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di sini malam tadi.


Antara yang turut hadir termasuklah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya. Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan turut beranggapan antara faktor Malaysia kini pada kedudukan yang bertambah baik dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada tahun lalu adalah disebabkan minat pihak Antarabangsa terhadap langkah-langkah yang berjaya direalisasi dengan baik di Negara ini.

Malaysia dilaporkan berada pada kedudukan 122 daripada 178 Negara yang dipantau Organisasi Wartawan tanpa Sempadan pada tahun 2011. Ini menunjukkan peningkatan mendadak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya (2010) iaitu di tempat 141.

"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar. "Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita.

Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," jelasnya. Najib dalam pada itu menambah Kerajaan amat prihatin dalam mengamalkan sifat keterbukaan terhadap keperluan dan peranan media yang lebih keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab dalam memberi kesan positif aspek pembangunan dan perkembangan sesebuah negara. "Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini.

Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal. "Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut? Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.

"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.

Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan. "Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.

Beliau dalam pada itu memberi maklum balas positif terhadap usaha segenap peneraju Pengarang Media Cetak dalam menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini. Malah beliau terlalu yakin di bawah persepakatan itu, kesemua editor dapat memberi satu kata sepakat dalam menyediakan satu satu kod etika dengan lebih terperinci berkaitan prinsip-prinsip kewartawanan. Ia mampu dijadikan panduan utama dalam melaksanakan tugas-tugas pengumpulan serta penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.

"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka." "Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.

Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya sebelum mengakhiri ucapan.



* diambil dari Berita