Khamis, 24 Mei 2012

AWAS, INI PROGRAM UMNO..KITA BOIKOT RAMAI-RAMAI

Apabila Kinta Menjerit tampalkan iklan/poster promosi didalam blog tentang Konvensyen Media Sosial Perak tidak lama dahulu banyak respon negatif dari individu tertentu kemungkinan pihak pembangkang kononnya ini adalah membazir dan hanya agenda UMNO semata-mata. Namun biasalah, ini menjadi lumrah kepada pihak berlawanan untuk memancung apa-apa tindakan atau aktiviti yang dibuat oleh kita. Respon dari rakyat negeri Perak adalah positif. Apabila tiba pada harinya berlangsung konvensyen itu, pihak penganjur telah berjaya mencapai sasaran dan mendapat peserta seramai 1,241 orang. Momentum rakyat masih rasional dan majoriti dapat menerima program yang dikatakan program orang UMNO walaupun sebenarnya ia adalah anjuran bersama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan pihak kerajaan negeri.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta dan barisan jawatankuasa yang berjaya menganjurkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia, peringkat negeri Perak pada 19 hb. Mei 2012, hari Sabtu yang lalu.
Konvensyen yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara dibawah Jabatan Perdana Menteri ini telah berjaya mencapai penyertaan sebanyak 1,241 orang peserta dari seluruh pelusok dan daerah dalam negeri Perak. Banyak serangan dari pembangkang yang menghentam program Konvensyen Media Sosial kerana mengikut mereka ini membazirkan wang rakyat dan tidak membawa faedah serta menolong rakyat.

Namun ini tidak mengoyangkan langsung pendirian jati diri para penganjur dan pengurusan malah menguatkan lagi semangat mereka untuk menjelajah ke negeri lain dengan yakin akan sukses.
Dengan ini KM sempat tangkap beberapa post gambar walaupun masih dibawah tahap amateur, untuk tatapan pembaca sekelian tentang gambaran ketika berlangsungnya konvensyen tersebut tempohari. Kepada yang tidak puas-hati, boleh juga lihat gambar untuk kira anggaran kepala berapa ramai yang hadir...barula boleh nak cakap dapat sambutan atau tidak.

Tetamu VIP ialah Menteri Besar Perak iaitu Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sempat melaungkan sedikit masa hadir untuk memberi ucapan serta berjumpa dengan para pengamal media yang terdiri daripada berbagai golongan masyarakat. Turut hadir iaitu YB Nizar Zakaria, YB Khusairi dan lain-lain VIP, maaf jika tidak disebut.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para penderma dan penyumbang hadiah.

Jangan lupa selepas ini konvensyen siri jelajah di negeri Selangor, semua dialu-alukan.


Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
1 Malaysia


1 ulasan:

  1. TAHNIAH ATAS SEGALA KEJAYAAN DALAM PERJUANGAN,
    PERJUANGAN BELUM SELESAI, TERUSKAN BERJUANG!

    BalasPadam