Rabu, 23 Mei 2012

Himpunan Pejuang-Pejuang Melayu Perak

Pada 20hb. Mei 2012, hari Ahad bermula petang selepas waktu Asar berhimpunlah kumpulan-kumpulan pejuang fisabilillah dari serata negeri Perak Darul Ridzuan ini. Mereka ini berkumpul di ruang perkarangan kediaman Menteri Besar Perak.
Acara sebenarnya bermula dari pagi-pagi hari itu. Ianya dimulakan dengan semangat kerja gotong-royong memasak juadah makanan yang akan dihidangkan kepada para hadirin yang akan hadir bermula pada petang tersebut. Tiada upah, tiada gaji yang diberikan tetapi atas dasar gotong-royong, rasa kasih-sayang dan tidak berkira, inilah yang ada dalam hati setiap pejuang-pejuang Melayu.

Dianggarkan lebih daripada 3000 orang yang hadir dengan tetamu khas dihadiri sendiri juga oleh Menteri Besar.

Dalam ucapan Ketua Penerangan MAAP, menyatakan pada tanggal 15 November 2011 yang lalu, MAAP telah sah didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.

Tujuan penubuhan MAAP ialah untuk mempertahankan kedaulatan, kepentingan orang-orang Melayu, tiada niat langsung untuk mengenepikan mana-mana NGO-NGO Islam yang lain di negeri Perak ini. MAAP adalah bertujuan untuk menyatukan orang-orang Melayu di seluruh negeri Perak ini.

Selagi pemimpin di negeri Perak ini adalah Melayu dan beragama Islam serta memerintah dengan adil maka MAAP akan terus menyokong kepimpinan itu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan