Rabu, 23 Mei 2012

Pelancaran PERAK CYBER TROOPERS oleh MB




Sekumpulan Pelayar Maya Tegar bermula dari himpunan Bloggers yang menjadi tentera komando Cyber yang menangkis tomahan Pembangkang dalam menabur fitnah, malah berjuang dimaya semasa Perak berada dibawah pemerintahan neraka Pakatan Rakyat selama 11 bulan. Hari ini PCT dikenali sebagai kumpulan maya yang meliputi dan datang dari seluruh pelusuk negeri Perak bertindak memberi info yang benar dalam fitnah pembangkang menghasut dan mengheret rakyat supaya keliru.
PCT kini sudahpun merapat dan menyusun barisan SAF PERANG MAYA. Jangan Biarkan Perak Di nerakakan lagi.
Kini PCT yang bukan sahaja terdiri daripada barisan blogger tetapi juga terdiri daripada Facebooker, Twitterian, pelayar laman sesawang dan juga lain-lain medium internet. Sebelum ini PCT telah mengadakan pra-pelancaran di Hotel Seri Malaysia Pada 28hb. April 2012 yang lalu dan mendapat sambutan yang tidak diduga daripada hadirin yang hadir dari serata negeri Perak malah terdiri dari bangsa lain juga tidak hanya dari orang Melayu sahaja.

VIDEO CLIP ini adalah yang ditayangkan sebagai gimik Pelancaran PCT, di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia BN Perak yang dilancarkan dan dirasmi pada 19hb Mei, 2012 oleh Menteri Besar DS Dr Zambry Abdul Kadir di Ballroom Hotel Syuen Ipoh yang dihadiri oleh seramai 1241 Pejuang Maya hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan