Isnin, 2 Julai 2012

Lee Boon Chye ditempelak lebih 40 NGO isu SAR Taman Desa Aman






Lebih 200 orang termasuk ahli 40  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di  negeri ini berhimpun di hadapan bangunan  Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Rahmaniah  Taman Desa Aman di sini bagi mengecam  tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye  menghalang pembinaan sekolah tersebut  tengah hari tadi.

Antara NGO terlibat termasuklah Persatuan  Penjaja Kecil Perkasa Negeri Perak; Majlis  Ayahanda-Ayahanda Perak (MAAP); Majlis Kekanda-kekanda  Perak; Persatuan Ketua-Ketua Kampung Dewan  Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat; Persatuan  Belia Pengkalan Pegoh dan Kelab Rukun Tetangga  Pengkalan Gate.   

Dalam perhimpunan aman bermula pukul pukul 9  pagi itu, mereka membawa pelbagai sepanduk  melaungkan pelbagai kecaman dan tidak puas hati  terhadap tindakan biadab dan keterlaluan Boon  Chye serta Pas yang turut bersengkokol  menyokong tindakan tersebut.

Selain memakai lilitan merah di kepala, mereka  turut membawa sepanduk yang antaranya tertera  `Agama Kami Urusan Kami', Jangan Sekali  Menganggu Gugat', 'Kita Bersatu Menentang  Musuh Agama', 'Hidup Mati Kami Untuk Islam',  'Buruk padahnya Jika Islam Dipertikai', dan  'Sekolah Agama Rakyat Wajib Dipertahan'.

Sebuah kren skylif turut digunakan peserta  perhimpunan bagi memberi ruang wakil NGO-NGO  terlibat menyuarakan bantahan masing-masing.

Penyelaras Ketua-Ketua Kampung DUN Sungai  Rapat, Alang Abdul Rahman Ahmad Aziz turut  membacakan memorandum setebal dua muka  surat yang akan dihantar kepada Raja Muda  Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam masa  terdekat.

Kandungan memorandum itu antara lain  menyatakan kekhuatiran orang Melayu di kawasan  itu terhadap tindakan Boon Chye yang cuba  mempersoalkan kelulusan pembinaan sekolah  berkenaan selain beberapa perlakuannya seperti  membuat tunjuk perasaan, bantahan dan  gangguan yang bertujuan menyekat  pembinaannya.

"Sekolah ini telah didirikan di Taman Desa Aman.  Sebelum ini sekian lama, pelajar telah  menumpang di Dewan Orang Ramai Taman Desa  Aman dan belajar di bawah khemah. Namun, dia  (Boon Chye) bertindak menganggu pembinaannya  malahan menyarankan ia dirobohkan.

"Justeru, kami memohon Tuanku memberi  nasihat yang sewajarnya kepada Ahli Parlimen  Gopeng itu serta pihak lain yang terlibat supaya  tidak menganggu pembinaannya. Ia untuk  mengelakkan perkara tidak diingini daripada  berlaku,'' kata Alang Abdul Rahman sambil  disambut dengan tepukan gemuruh peserta  perhimpunan.

Pengerusi Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak, Mohd.  Ishraqie Sulaiman berkata, perhimpunan itu  sebagai tanda protes rakyat khususnya orang  Melayu terhadap tindakan biadab pihak-pihak yang  tidak menghormati kesucian agama Islam.

"Dalam soal pengembangan umat Islam dan  negara Islam, tidak ada kompromi. Tidak kira  mereka siapa, tindakan itu harus ditentang dan  bukannya disokong seperti yang dibuat Pas. 

"Pada saya, tindakan Pas itu amat menjijikkan.  Jangan hanya untuk kepentingan politik, semua  kita redah. Justeru, disini kami berhimpun  menentang tindakan mereka itu,'' katanya.

Ketua Masyarakat Taman Desa Aman, Nawawi  Che Aik pula menyifatkan tindakan pihak  berkenaan amat keterlaluan dan hanya  menyusahkan penduduk setempat yang  majoritinya beragama Islam.

"Kami amat memerlukan sekolah itu untuk  anak-anak belajar. Kenapa perlu menentangnya  sedangkan ia tidak menganggu kawasan taman  permainan berdekatan. 

"Yang susah kami, anak-anak kami dan bukannya  mereka yang duduk di kawasan luar. Yang pelik  bukan orang sini yang bantah tapi orang luar pula  yang dibawa ke sini. Buat apa buat begitu,''  katanya.

4 ulasan:

  1. dulu BN cuba hapuskan SAR kenapa diam ... korang bukan perjuangkan agama islam tp penyokong tegar umno yg ambil kesempatan atas sesuatu isu ... berapa byk penghinaan umno terhadap islam ... mana korang semua ...

    BalasPadam
  2. i tell u semua yg berucap tu ahli umno ...

    BalasPadam
  3. Yg berucap tu adalah dari salah satu NGO iaitu Majlis Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Negeri Perak ( MAAP ), NGO ini berdaftar sah dibawah ROS ...anta boleh semak kat Pejabat Pendaftar Pertubuhan kalau nak kepastian

    BalasPadam
  4. marilah kite bersama2 ramaikn masjid n surau kite yg dahgakan jemah yg beragama islam...

    BalasPadam