Isnin, 2 Julai 2012
Lee Boon Chye ditempelak lebih 40 NGO isu SAR Taman Desa Aman
Lebih 200 orang termasuk ahli 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini berhimpun di hadapan bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Rahmaniah Taman Desa Aman di sini bagi mengecam tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye menghalang pembinaan sekolah tersebut tengah hari tadi.
Antara NGO terlibat termasuklah Persatuan Penjaja Kecil Perkasa Negeri Perak; Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (MAAP); Majlis Kekanda-kekanda Perak; Persatuan Ketua-Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat; Persatuan Belia Pengkalan Pegoh dan Kelab Rukun Tetangga Pengkalan Gate.
Dalam perhimpunan aman bermula pukul pukul 9 pagi itu, mereka membawa pelbagai sepanduk melaungkan pelbagai kecaman dan tidak puas hati terhadap tindakan biadab dan keterlaluan Boon Chye serta Pas yang turut bersengkokol menyokong tindakan tersebut.
Selain memakai lilitan merah di kepala, mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera `Agama Kami Urusan Kami', Jangan Sekali Menganggu Gugat', 'Kita Bersatu Menentang Musuh Agama', 'Hidup Mati Kami Untuk Islam', 'Buruk padahnya Jika Islam Dipertikai', dan 'Sekolah Agama Rakyat Wajib Dipertahan'.
Sebuah kren skylif turut digunakan peserta perhimpunan bagi memberi ruang wakil NGO-NGO terlibat menyuarakan bantahan masing-masing.
Penyelaras Ketua-Ketua Kampung DUN Sungai Rapat, Alang Abdul Rahman Ahmad Aziz turut membacakan memorandum setebal dua muka surat yang akan dihantar kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam masa terdekat.
Kandungan memorandum itu antara lain menyatakan kekhuatiran orang Melayu di kawasan itu terhadap tindakan Boon Chye yang cuba mempersoalkan kelulusan pembinaan sekolah berkenaan selain beberapa perlakuannya seperti membuat tunjuk perasaan, bantahan dan gangguan yang bertujuan menyekat pembinaannya.
"Sekolah ini telah didirikan di Taman Desa Aman. Sebelum ini sekian lama, pelajar telah menumpang di Dewan Orang Ramai Taman Desa Aman dan belajar di bawah khemah. Namun, dia (Boon Chye) bertindak menganggu pembinaannya malahan menyarankan ia dirobohkan.
"Justeru, kami memohon Tuanku memberi nasihat yang sewajarnya kepada Ahli Parlimen Gopeng itu serta pihak lain yang terlibat supaya tidak menganggu pembinaannya. Ia untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku,'' kata Alang Abdul Rahman sambil disambut dengan tepukan gemuruh peserta perhimpunan.
Pengerusi Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak, Mohd. Ishraqie Sulaiman berkata, perhimpunan itu sebagai tanda protes rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan biadab pihak-pihak yang tidak menghormati kesucian agama Islam.
"Dalam soal pengembangan umat Islam dan negara Islam, tidak ada kompromi. Tidak kira mereka siapa, tindakan itu harus ditentang dan bukannya disokong seperti yang dibuat Pas.
"Pada saya, tindakan Pas itu amat menjijikkan. Jangan hanya untuk kepentingan politik, semua kita redah. Justeru, disini kami berhimpun menentang tindakan mereka itu,'' katanya.
Ketua Masyarakat Taman Desa Aman, Nawawi Che Aik pula menyifatkan tindakan pihak berkenaan amat keterlaluan dan hanya menyusahkan penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.
"Kami amat memerlukan sekolah itu untuk anak-anak belajar. Kenapa perlu menentangnya sedangkan ia tidak menganggu kawasan taman permainan berdekatan.
"Yang susah kami, anak-anak kami dan bukannya mereka yang duduk di kawasan luar. Yang pelik bukan orang sini yang bantah tapi orang luar pula yang dibawa ke sini. Buat apa buat begitu,'' katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dulu BN cuba hapuskan SAR kenapa diam ... korang bukan perjuangkan agama islam tp penyokong tegar umno yg ambil kesempatan atas sesuatu isu ... berapa byk penghinaan umno terhadap islam ... mana korang semua ...
BalasPadami tell u semua yg berucap tu ahli umno ...
BalasPadamYg berucap tu adalah dari salah satu NGO iaitu Majlis Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Negeri Perak ( MAAP ), NGO ini berdaftar sah dibawah ROS ...anta boleh semak kat Pejabat Pendaftar Pertubuhan kalau nak kepastian
BalasPadammarilah kite bersama2 ramaikn masjid n surau kite yg dahgakan jemah yg beragama islam...
BalasPadam