Sabtu, 31 Oktober 2015

Apa itu MAQASID SYARIAH ?


Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai:

جلب المصالح ودرؤ المفسدة  وإزالة المضرة


Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.
.

Maqasid syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya. Al Quran dengan terang menjelaskan kepentingan ianya dijaga.

Sesungguhnya apabila Allah SWT mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu (Al Baqarah: 185). Objektif atau matlamat di sebalik penetapan syariah dapat dilihat menerusi dua sumber utama kepada umat Islam iaitu al-Quran dan hadis.

Firman Allah SWT yang menjelaskan motif kebangkitan Nabi Muhammad SAW: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam (al-Anbiya': 107). Perkataan ‘rahmat' itu bermaksud kebaikan, kemaslahatan dan keharmonian.

Justeru jika kita memerhatikan alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga dengan hukum hakam syariah. Maqasid syariah juga dapat dijejaki menerusi ayat-ayat al-Quran. Maqasid syariah secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian.

Terdapat lima perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini iaitu memelihara agama (aqidah), memelihara diri/jiwa, memelihara keturunan, memelihara akal dan memelihara harta.


Islam melihat aspek harta sebagai salah satu aspek dalam satu sistem kepercayaan yang menyeluruh. Harta adalah milik Allah SWT. Manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi telah diberi tugas untuk menguruskan harta tersebut dengan sebaik mungkin. Cara mendapatkan harta dan cara menguruskan harta mestilah bersesuaian dengan arahan pemilik harta yang asal iaitu Allah SWT.

Agama Islam sesungguhnya tidak melarang umatnya daripada memiliki harta kekayaan bahkan di dalam Islam harta kekayaan yang dimiliki tidak dianggap sebagai penghalang kepada seseorang itu untuk mendapat hidayat daripada Allah SWT serta memasuki syurga.

Sistem muamalat Islam memberikan kesejahteraan dan keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam perniagaan. Sehubungan itu, sistem muamalat Islam telah menggariskan banyak peraturan dan undang-undang supaya keadilan dan juga kemakmuran dapat dikecapi oleh semua pihak dalam masyarakat.

Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Dalam usaha pemilikan harta selain daripada riba, syariah Islam juga telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.


Manakala di dalam perlembagaan Malaysia memang telah mengandungi kelima-lima unsur MAQASID Syariah yang telah digubal sejak awal lagi berpandukan hukum-hukum agama Islam. Malaysia telah lama mengamalkan prinsip syariah dalam perlembagaan seperti mana menyamai juga
Piagam Madinah yang telah digubal oleh baginda Rasulullah s.a.w. selepas zaman penghijrahan. 



Seminar MAQASID SYARIAH yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli DAP termasuk yang BUKAN ISLAM

Di Penang baru-baru ini Institut Penang telah menganjurkan seminar Maqasid Syariah ( lihat jadual diatas) dimana beberapa sessi panel kupasan tajuk diadakan. Sementara moderator nya pula terdiri dari orang bukan Islam.

Persoalan :  Kenapakah orang BUKAN ISLAM dijemput sebagai moderator untuk membincangkan hal syariah orang Islam?
Memandangkan terdapat beberapa YB dari parti DAP maka bolehkah kita simpulkan yang ini adalah anjuran parti itu?


Sabtu, 24 Oktober 2015

IFTITAH Dalam Rumi - Siri MARI BELAJOR SOLAT 1


-ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW

-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA.

-WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA

-HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN.

-INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN.

-LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.





Maksudnya:

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.


Ketentuan dan Penerangan :

Doa Istitah adalah doa yang dibaca ketika shalat, antara takbiratul ihram dan ta’awudz sebelum membaca surat Al Fatihah. 
Hukum Membaca Doa Istitah adalah sunnah.
Iftitah ini adalah merupakan ketetapan Rasulullah s.a.w. 
Doa iftitah dibaca dengan suara perlahan. Ini berlaku baik untuk imam, makmum,  maupun orang yang shalat sendirian.
 Untuk makmum masbuq atau makmum yang ketinggalan, tidak perlu membaca doa iftitah ini.






Khamis, 22 Oktober 2015

Apa itu GMO?

Apa itu Genetically Modified Organism (GMO)?


1. Apa itu GMO?
GMO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris untuk Genetically Modified Organisms.Organisma yang diubahsuai secara genetik (GM) yang dihasilkan menggunakan bioteknologi, yang boleh menghasilkan tindakbalas tumbuh-tumbuhan yang biasanya tidak terdapat secara semula jadi. Sekurang-kurangnya 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah ahli-ahlinya telah memilih untuk menetapkan peraturan-peraturan yang ketat ke atas makanan yang diubahsuai secara genetik dan produk-produk sampingannya.


2.Bagaimanakah GMO terhasil?
Kebanyakan pengubahsuaian genetik dilakukan di peringkat DNA dengan mengubah gen tumbuhan tersebut untuk menjadi lebih toleran kepada racun perosak atau untuk membuat racun perosak mereka sendiri, dengan matlamat untuk menghasilkan lebih banyak tanaman.
Walau bagaimanapun, sesetengah petani, aktivis alam sekitar dan lain-lain organsasi, ramai yang percaya pengubahsuaian genetik mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.


3.Apakah kesan-kesan GMO ke atas manusia?
Kesan pengambilan produk GMO tidak terlihat dalam jangkamasa pendek tetapi dalam jangkasama panjang ia bakal mengundang pelbagai komplikasi kesihatan. Antara kesan-kesannya adalah:
  • risiko alahan terhadap protein yang telah dimasukkan ke dalam produk GMO
  • terdapat produk yang telah diubahsuai genetiknya dengan menambah protein kekacang lain ke dalam kacang soya
  • pengguna yang alah terhadap jenis kekacang tersebut mungkin memberi reaksi alahan yang boleh membawa maut setelah mengambil kacang soya 
  • peningkatan risiko kanser
  • terdapat produk tenusu yang dihasilkan daripada lembu tenusu yang telah disuntik dengan growth hormone untuk menghasilkan lebih banyak susu dari biasa
  • hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia dan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat.
  • mengurangkan kandungan nutrisi akibat dariapda pengubahsuaian genetik
  • badan yang tahan kepada antibiotik


4.Apakah contoh produk GMO?

Contoh produk yang sering diubahsuai genetik nya adalah seperti:
  • Kacang soya 
  • Jagung
  • Kapas
  • Susu
  • dan lain-lain lagi..

93% daripada tanaman kacang soya di USA adalah terdiri daripada tumbuhan yang telah diubahsuai secara genetik untuk memaksimakan hasil tanaman meraka.


Dibawah adalah antara penemuan tentang keburukan kajian GMO : 
sumber : http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php

GM corn causes liver and kidney damage in rats - A study conducted by French scientists and published in Archives of Environmental Contamination and Toxicology found symptoms of poisoning and liver and kidney damage in rats fed a GM corn.
GM soy increased mortality in rats, reduced fertility in hamsters - A 2006 study conducted by Irina Ermikova of the Russian National Academy of Sciences found that more than half the babies from mother rats fed GM soy died within three weeks. In another Russian study scientists found that hamsters fed GM soy had lost their ability to reproduce by the third generation. The hamster pups also suffered slower growth and high mortality.
Tryptophan tragedy - A genetically engineered form of an L-tryptophan food supplement was responsible for the deaths of thirty-seven people and disabling of several thousand more in 1989.

GM potatoes harm rats - In the late 1990s, Arpad Pusztai, Ph.D., a molecular biologist, conducted a study on genetically modified potatoes for the Rowett Research Institute in Scotland. Pusztai conducted feeding experiments on rats and found that the potatoes damaged the animals’ gut, other organs, and immune systems.



LAGI tentang GMO DISINI


Salah satu produk GMO




Rabu, 21 Oktober 2015

Pompuan Berambut Blonde Pukul Pompuan Akhirnya Ke Lokap


Video yang menunjukkan seorang wanita dipukul oleh dua wanita lain viral di laman Facebook hari ini. 

Laman Facebook Friends of BN mendakwa, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan. 

Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dilihat dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan. 

Seorang wanita lain pula menendang kepala mangsa beberapa kali. 

Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

"Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan," tulis laman itu. 



Menurut Friends of BN, kejadian tersebut dikatakan akibat berlaku salah faham yang menyebabkan mereka yang terbabit bergaduh. 

Hampir 10,000 pelayar menyaksikan video tersebut menggesa PDRM segera menyiasat kejadian berkenaan.





Ahad, 11 Oktober 2015

Mangsa SEKS lelaki Bangla ugut sebar video


Seorang kerani menanggung derita fizikal dan mental apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh selepas diugut video aksi panas mereka akan disebarkan kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya jika tidak berbuat demikian.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lily, 21, berkata, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bekerja di kilang pemborong sayur di Simpang Pulai.

Menurutnya, sepanjang dia mengenali Anwar, 27, hubungan sama seperti rakan-rakan sekerja lain.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pada sidang media semalam.

Dia mendakwa selepas insiden itu, suspek menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bercham Sabtu lalu.
Lily memaklumkan dia turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bercham, Lim Huey Shan berkata, pada malam Sabtu lalu, beliau bersama 20 orang anggota skim rondaan sukarelawan (SRS) Bercham, membantu mangsa memerangkap suspek untuk diserahkan kepada polis.

“Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.

“Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Bercham berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Lily (mangsa)

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 3 Oktober 2015

Minyak Angin YU YEE Cap Limau SAH Halal

Minyak Angin YU YEE


Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Shah Alam tempohari mengesahkan minyak Yu Yee mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur babi.

Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.




"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.

Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.




Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandungi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...