Memaparkan catatan dengan label lucah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lucah. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2015

Mangsa SEKS lelaki Bangla ugut sebar video


Seorang kerani menanggung derita fizikal dan mental apabila dipaksa menjadi pemuas nafsu seks seorang lelaki warga Bangladesh selepas diugut video aksi panas mereka akan disebarkan kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya jika tidak berbuat demikian.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lily, 21, berkata, dia mengenali lelaki itu dua tahun lalu ketika mereka bekerja di kilang pemborong sayur di Simpang Pulai.

Menurutnya, sepanjang dia mengenali Anwar, 27, hubungan sama seperti rakan-rakan sekerja lain.
“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.
“Masa tu, lelaki  tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pada sidang media semalam.

Dia mendakwa selepas insiden itu, suspek menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.
“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bercham Sabtu lalu.
Lily memaklumkan dia turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bercham, Lim Huey Shan berkata, pada malam Sabtu lalu, beliau bersama 20 orang anggota skim rondaan sukarelawan (SRS) Bercham, membantu mangsa memerangkap suspek untuk diserahkan kepada polis.

“Seperti biasa mangsa mengambil suspek di tempat kerja di Simpang Pulai menaiki keretanya dan kita bertindak menghalang kenderaan tersebut serta menahan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Bercham.

“Kita berbuat demikian selepas mangsa meminta bantuan supaya suspek dapat ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Bercham berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Lily (mangsa)

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 4 Januari 2014

Seks Tanpa Sempadan Mengundang Kejatuhan Moral

Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.

 Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.

Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.




Ahad, 13 Oktober 2013

Blogger Seks Alvin dan Vivian dengan video terbaru

Penulis blog seks kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee muncul di alam maya dengan klip video terbaru yang agak menganggu. Ia disiarkan di YouTube dan dipertahankan oleh peguam mereka bahawa ia sama sekali tidak melanggar syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Klip video dua minit bertajuk ‘Menyesal’ (Regret) itu tidak mengandungi unsur seks atau isu sensitif agama tetapi diakhiri dengan adegan Lee, bekas guru tadika, mengelar pergelangan tangannya.

Peguam bagi pasangan itu, Chong Joo Tian memberitahu The Malaysian Insider bahawa Lee hanya memperlihatkan atau meluah perasaan peribadinya dan dia secara jelas tidak ada niat untuk membunuh diri.
"Mereka tidak melanggar mana-mana syarat jaminan memandangkan video itu sama sekali tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama, " kata Chong.
Peguam itu menambah bahawa antara syarat ikat jamin yang dikenakan oleh mahkamah tidak menghalang pasangan daripada menggunakan Facebook.

Tan dan Lee berhadapan dengan kontroversi apabila menyiarkan video seks mereka di YouTube dan dikatakan menghina umat Islam semasa bulan Ramadhan apabila menyiarkan sekeping gambar di Facebook sambil memakan bak-kut-teh (sup herba daging babi).

Mereka kini dalam perbicaraan bagi tiga pertuduhan yang menghina umat Islam melalui ucapan di Facebook dan gambar lucah di dalam blog mereka.  Kedua-duanya didakwa di bawah Akta Hasutan , Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30, 000 setiap seorang dan mahkamah telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang termasuk melarang mereka daripada memuat naik artikel , komen, gambar-gambar lucah atau apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Mereka juga dilarang daripada menggunakan apa-apa alat komunikasi untuk mengakses internet bagi memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan mewujudkan ketegangan kaum. Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 5 dan 6 Disember.

Dalam klip video terbaru yang diarah dan ditulis oleh Tan , ia menunjukkan Lee memakai gaun musim panas duduk  seorang di sebuah bangku di  taman dalam keadaan muram seolah-olah mencerminkan pilihan yang telah dibuat dalam hidupnya.
“Sejak kecil, orang memberitahu saya untuk meneruskan impian saya, percaya pada diri sendiri, mencari suara anda sendiri. Ketika itu, segala-galanya adalah mudah.
"Sepanjang tempoh kedewasaan, ramai yang menyuruh saya berhadapan dengan realiti, pilih kestabilan. Jangan bercakap terlalu kerap. Namun, saya idealistik. Saya memilih jalan yang tidak pasti. Dan saya berkata terlalu kerap dan kuat, mereka yang berada di sekeliling  mula berasa bangga membenci saya.
“Saya rasa sukar untuk menjadi dewasa.  Apabila saya mengikut kata hati, semua memberitahu ia salah. Saya buruk dan tidak bernilai.”

"Malah, mereka yang saya sayangi juga tidak menyayangi saya lagi. Ia semua kerana saya mencabar idea mereka . Ia semua berlaku kerana saya memilih jalan hidup saya sendiri. “
" Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah saya melakukan perkara yag benar adalah sesuatu yang betul. Secara jujurnya, saya sudah  letih. Mereka menang. Saya sudah kalah. Saya telah berputus asa mendengar suara hati saya. Dan mereka semua seronok meraikannya. Bagi saya, kehidupan yang sudah diatur oleh orang lain tidak bernilai untuk dijalani.”
"Mungkin sudah tiba masanya untuk menamatkan perjuangan yang tidak bermakna. Hanya dengan satu jalan pintas," kata Lee dengan airmata yang bergenang.
Adegan seterusnya memperlihatkan Lee mengelar pergelangan tangannya sebelum skrin gelap.
Klip video telah dimuat naik pada Rabu dan telah dilihat sebanyak  4,875 kali. - 11 Oktober 2013

Jumaat, 26 April 2013

Nurul Izzah dengan budak porno Vivian...MEMANG GAMPANG!!!


Nurul Izzah dengan pelakon seks Vivian

Nurul Izzah ada hubungan Vivian, pelajar yang belajar di salah sebuah universiti di Singapura. Dahulu kita dikejutkan dengan aksi berani pasangan Alvin dan Vivian ini dalam blog mereka.

Mereka tanpa segan-silu menyiarkan gambar bogel dan aksi 'corn-cake ' mereka di dalam blog mereka hingga pihak berkuasa terpaksa menutup blog itu. Mereka juga tanpa rasa malu menyiarkan juga sesi temuramah penjelasan akan kenapa mereka beraksi telanjang dan lucah dalam blog itu.

Nak tengok gambar-gambar mereka yang dulu sila KLIK. 


Baru-baru si Vivian gampang ini cuba mensabatoj Barisan Nasional dengan bergambar bogel dengan merentang bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya...memang cibai pompuan gampang ni.






Vivian melakukan kontroversi dengan bergambar bogel dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan "caption" "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!".


Nurul Izzah ni nampak sangat menyokong LGBT macam bapak dia jugak. Nak sokongan dari golongan pengamal seks bebas dia sanggup tolak bab moral dan hukum agama. Mereka ini mungkin adalah salah satu dari agenda yang dicatur oleh DAP untuk mencorak negara kita ini ke arah negara bebas seks dan menyokong LGBT. Dalam masa yang sama Nuar A-Jubri and the gang terpaksa menyokong agenda jahat ini untuk mendapatkan undi.




DAP anti Islam
Malaysia wajib tolak DAP









Khamis, 14 Februari 2013

Haram Jadah!!!...Kurang Ajar!!!...Biadap!!!...Isyarat Lucah Pei KoeMelampau


Dipercayai lelaki penyokong tegar parti DAP ini telah buat onar terhadap Raja Permaisuri Agong dan polis. Sepatutnya orang macam ini dikenakan hukuman lebih serius dan berat lagi, kalau boleh ditarik kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini. Haram jadah macam ini yang tak hormat langsung kepada negaranya sendiri tak patut kita simpan lagi, elok kasi berambus ajer. Adakah ini isyarat pertama dari DAP untuk menolak sistem raja berperlembagaan dan ke arah mewujudkan negara republik demi kepentingan politik mereka.
Laporan berita selanjutnya di bawah;


Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis Isnin lepas.

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah itu ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dekat sini, pada pukul 11.50 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika Pei Koe gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Februari Pei Koe membayar denda itu.



*sumber dari laman sesawang akhbar nasional




DAP anti Islam









Sabtu, 19 Januari 2013

Kecoh Nuar ni !!!...ada suara jer takde gambar DVD seks


Di Ipoh polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12 Perak, 21
Disember lalu apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan.


Rakaman video Nuar Al-Jub pulak ada gambar tapi takde suara...sendiri mau nilai la mana satu lagi sahih.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.






Ahad, 21 Oktober 2012

Aksi LUCAH Alvin & Vivian, upahan DAPing kot...




Malaysia akan menyerahkan kepada Singapura untuk menguruskan isu ‘blog erotik dan lucah’ buat masa ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, beliau berkata kementeriannya akan memantau secara serius isu berkenaan.

Rais berkata demikian sebagai mengulas tindakan pasangan pelajar Malaysia, Alvin Tan dan Vivian Lee yang mewujudkan blog yang dikenali ‘Sumptuous Erotica’ yang memaparkan kisah seks mereka.

Tan telah memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah dia bersama kekasihnya di blognya dan ia menjadi bahan sensasi media di Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Tan yang juga pemegang biasiswa Asean dan pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore dijangka berdepan dengan tindakan disiplin pada bulan ini.

“Kita mempunyai peruntukkan undang-undang di bawah Seksyen 233 dan 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tetapi kita lebih suka tidak menggunakannya terlebih dahulu melainkan kita mendapat keputusan daripada pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan yang perlu terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pemasyhuran U-Pustaka di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya apabila tiba masanya.

“Inilah masanya kita perlu menunjukkan rakyat Malaysia tidak menyokong kelakuan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui tindakan Tan dan Lee segera menyekat pemaparan video dan gambar lucah daripada tontonan umum kepada peribadi sebagai satu langkah yang bagus.

“Mereka agak cepat bertindak dan menyekat akses kepada paparan asal video dan gambar tersebut.

“Kita harap dalam hubungan ini, mereka dapat berfikir dan tidak lagi melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya sambil menambah bahawa mereka juga telah menghalang saluran sekunder akses kepada blog berkenaan, dan ia juga selari dengan kebebasan memilih.




*rakaman dari Youtube tentang penjelasan dari pasangan porno ini tentang blog lucah mereka yang mencetus kontroversi, namun blog itu telah ditutup.

*Adakah ini adalah satu agenda DAPing untuk mencetus ke arah mewujudkan negara sekular dan penerimaan fahaman seks bebas kepada negara kita?



DAP anti Islam
Muslim must anti DAP

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...