Isnin, 24 Februari 2014

Nokia akhirnya lancar telefon Androidnya

Akhirnya secara rasmi, Nokia dan Microsoft melancarkan tiga peranti Androidnya X, X+ dan XL yang menggabungkan reka bentuk Nokia dan OS Android serta pada masa sama menawarkannya pada harga rendah kepada pengguna.
Nokia XL yang berskrin 5 inci akan dijual pada harga kira-kira RM500 saja dan Nokia X+ yang berharga hanya pada RM450 dengan paparan 4-inci.

Manakala Nokia X akan dijual pada harga RM410. Meskipun dengan tiga peranti serentak dilancarkan Nokia pada Kongres Mudah Alih Sedunia 2014 yang kini berlangsung di Barcelona, Sepanyol, syarikat Finland tersebut masih enggan menganggap ia sebagai pencabar syarikat seperti Samsung.

Dan walaupun ikrar taat setia pada Microsoft sebelum dilaksanakan syarikat tersebut, Nokia akhirnya mengalah dengan kehendak pasaran Android yang dilaporkan menguasai 60 hingga 70 peratus sistem operasi di seluruh dunia.

Meskipun menggunakan Android, Nokia X tidak mempunyai akses ke Google Play atau aplikasi khusus Google seperti Gmail, Chrome, Maps dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, aplikasi Android akan beroperasi pada peranti dengan hanya sedikit ubahsuai yang dikehendaki oleh pembangun. Nokia mewujudkan stor aplikasi 'Android'nya sendiri yang masih menyerupai Google Play dari segi penawaran aplikasi.
Ia juga akan menyepadukan stor tersebut dengan aplikasi yang terdapat dalam Nokia.

17,000 rakyat Malaysia tolak BR1M 2014

Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lalu mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.
Ahmad Husni berkata, nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.
"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.
"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.
Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Sabtu, 22 Februari 2014

BR1M 2014 dah keluar semalam !!!



Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.

Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, Sabtu.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.



Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh. Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.

Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion manakala jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013.

Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.

Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.

Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.

Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya.

Jumaat, 14 Februari 2014

Dana berjuta-juta Taib Mahmud didedahkan BMF

Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia mendakwa AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.
Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.
"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.
Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.
Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor.

Menurut satu artikel dalam The Registry, sebuah portal berita yang memfokus kepada kawasan industri hartanah di San Fransisco Bay, sebuah bangunan bersejarah 11 tingkat serta penthouse di 260 California St, telah dijual pada bulan Julai 2012 pada harga AS$16.94 juta.

Ia berkata Sakti, satu unit hartanah dan firma pelaburan Sakto Corporation of Ottawa, Kanada, adalah penjual. Sakti juga menggunakan penthouse itu sebagai pejabatnya, tetapi berpindah selepas ia dijual.
Sakto diasaskan oleh anak perempuan Taib - Jamilah. Taib sebelum ini berkata kekayaan anak perempuannya itu adalah hasil perniagaannya sendiri.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan Bruno Manser Fund itu.

Nealofa tonjol tubuh

Penganjuran sulung Anugerah MeleTOP Era (AME) telah berlangsung dengan begitu meriahnya Sabtu lepas. Namun malangnya, tumpuan ramai bukan pada mereka yang telah meraih kejayaan tetapi pada sepasang jumpsuit yang disarungkan pengacara AME pada malam itu, Neelofa.

Selepas tampil dengan penafian mereka, di mana Wanpa menidakkan dakwaan telah mereka ataupun menghasilkan baju tersebut, seorang lagi pereka ternama yang melihat namanya turut terpalit dalam kontroversi ini, Hatta Dolmat telah ke akaun Facebook hanya untuk menjelaskan keadaan.

"Cuba search google #anugerahmeletopneelofa, result show that high light of the main issue is about sexy, i nak clarify a few things about outfits neelofa malam #anugerahmeletopera #meletop, bila melibatkan media., hatta rasa perbetulkan sedikit ralat disini, yang mana kita tahu " little mistake still a mistake" untuk media dan umum yang mungkin terkeliru, outfit pertama rekaan bercirikan #jumpsuit #pink adalah rekaan pereka #wanpa, rekaan ini menimbulkan isu, namun bukanlah hal hatta untuk bercerita pasal rekaan #wanpa, mungkin bila #wanpa bersedia mereka akan tampil mengeluarkan kenyataan.

Namun, hatta di sini bermohon maaf secara terbuka andai rekaan hatta untuk neelofa #neongreen and #black menjolok mata atau seksi pada mata anda., apa yang hatta cuba tampilkan adalah "the in thing in fashion" secara globalnya., neon, crooped jacket, texture fabric, neelofa pulang dari LA dua hari sebelum majlis, dan kami bersetuju memilih neon green fabric yang neelofa bawa dari LA untuk menepati tema anugerah yang lebih relex, santai, edgy and modern in a fashion way., di samakan dengan watak animasi dragon ball, hatta bukanlah pecinta kartun animasi namun mengangkat rekaan hatta setaraf kartun animasi jepun adalah sesuatu yang boleh di banggakan, and we know all fashion foward people is look up for Asian designer especially japan, because they master in pattern tranform manipulation and magice pattern.

          

Well no body is perfect in what ever they do., kalau perfect pun still kita tak boleh nak puaskan selera masyarakat kita yang cita rasanya berbeza., hatta suka challenge diri untuk buat something new, fresh rather than playsave design yang boring, tapi yang boring tu lah masyarakat kita suka., hatta tak pula salahkan masyarakat kita yang kurang ilmu pasal fashion and what is all about, but dengan dunia di hujung jari kini, semua kita boleh search untuk ilmu pengetahuan kita walaupun sikit, ilmu yang membezakan kita dari tak tahu lepada tahu, cuma etika kita sebagai pengkritik umum, jika kita tidak pasti jangan lah mudah melempar tomahan.

Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kita komen, everyday is a learning process hatta pun bukanlah bagus mana, hari-hari pun hatta masih cuba perbaiki tiap kelemahan yang ada. Andai kata umum tak boleh menerima satu satu rekaan yg fresh modern n fashion foward so tugas hatta sebagai pereka terhalang untuk terus berkarya, macam mana kita nak angkat rekaan kita setanding peteka luar kalau kita tak boleh menerima sesuatu pembaharuan? Jadi hatta pilih untuk terus berkarya dalam landasan pilihan umum.,

Namun, Selepas persalinan ke-3 Neelofa, dress kembang black ombre gold naik, tak pula orang nak bercerita, sebab memang masyarakat kita dah terbiasa dengan sifat menghukum, mencari salah untuk menghukum.

Hatta harap andai rakan media dapat memperbetulkan sedikit kekeliruan masyarakat dari terus keliru, hatta dah cukup berterima kasih.

119 pcs.

Sabtu, 1 Februari 2014

Peugeot 408 Untuk Dijual











Model : PEUGEOT 408
cc :  2.0
Transmisi Gear :   Automatik
Tahun : dibeli pada 2013 (bulan Ogos), baru pakai 5 bulan
Warranti kilang : 5 tahun
Bacaan Meter :  dibawah KM8,000
Aksesori :  Standard Original
Kondisi Luaran :   'ZERO Accident'

Lokasi :  Ipoh, Perak.

Harga :  RM 86,000.00

Sila hubungi terus dengan pemilik :     011 3600 7653


Anak Gadis 17 tahun Hilang Dicari

Mohon jasabaik tuan/puan/encik/ saudara/saudari/Dato/Datin/adik-adik sekelian dapat hubungi nombor tertera di bawah jika ada ternampak atau terjumpa gadis ini.

Terima kasih.

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...