Khamis, 11 Disember 2014

BUASIR


Hemorrhoid
Penyakit buasir atau hemorroids terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar. Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu. 

Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah manakala Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya. Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar. Antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomen.

Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja seperti bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik. Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam. Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan.

Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis. Disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat. Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk. Rawatan Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari. Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.

Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid. Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur. Buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat dengan mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10 hari, buasir itu akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Namun, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama. Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit. 90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan.

Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain.

Punca buasir:
- Duduk untuk jangka masa lama.
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit).
- Cirit-birit.
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
- Batuk yang teruk.
- Bersalin.
- Mengangkat berat.
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Tahap buasir:
- Pendarahan.
- Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
- Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
- Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur. 

Pengurusan sendiri
- Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.                                                                                                                 credit

Buang Air Besar Berdarah

Penyakit buasir memang begitu kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Sebenarnya permasalahan ini adalah lebih penting dari persoalan tentang buasir itu sendiri kerana terdapat bermacam-macam penyebab atau penyakit lain selain buasir yang juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam najis.

Rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang terletak di atas lubang dubur (anus). Ia digunakan oleh usus untuk menyimpan najis sebelum sampai masa yang sesuai untuk dibuang. Pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus. Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum.


Manakala, darah yang berwarna merah gelap diandaikan berpunca dari sumber pendarahan yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar seperti sekum ataupun bahagian akhir usus kecil iaitu ileum. Walaupun tidak dianggap begitu oleh kebanyakan pesakit, najis yang berwarna hitam pekat seperti tar di jalanan adalah juga sejenis pendarahan usus. Darah boleh bertukar dari kebiasaan berwarna merah kepada hitam akibat proses tindak balas kimia oleh enzim-enzim penghadaman dan pencernaan yang berlaku kepada sel-sel darah yang keluar dari dinding- dinding perut ataupun usus kecil.



Punca Pendarahan Rektum

Pendarahan di dalam najis adalah sesuatu perkara yang amat dramatik bagi mereka yang belum pernah mengalaminya. Lebih dramatik jika pendarahan itu berlaku dengan banyak sekali. Pesakit di kalangan ini sepatutnya terus berjumpa doktor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta. Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doktor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih.



Terdapat juga penyakit dalaman yang telah mengubah kecairan darah dengan menyebabkan sel-sel darah menyerap keluar dari dinding-dinding usus ke dalam rongganya seperti kanser sel darah, leukemia. Gangguan kepada sistem yang mengawal kecairan darah juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat seperti Warfarin oleh pesakit jantung. Kebiasaannya, jika pesakit mendapati pendarahan di dalam najis itu berwarna merah cerah; dan ia keluar dahulu ataupun selepas najis, lazimnya perdarahan ini adalah disebabkan oleh buasir.


Sementara itu, pendarahan yang berwarna merah gelap dalam kuantiti yang sedikit dan bercampur-baur dengan najis menimbulkan syak tentang penyakit kanser usus. Seterusnya, pendarahan hitam pekat selalunya disebabkan oleh penyakit radang di saluran esofagus, perut ataupun usus kecil (duodenum). Ia juga boleh disebabkan oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut.


Rawatan

Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti kolitis dan proktitis hanya dirawat dengan ubat-ubatan. Sementara itu, penyakit kanser usus harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi. Buasir pula boleh dirawat secara ubatubatan di peringkat awal dan apabila ia menjadi serius harus dihapuskan dengan beberapa kaedah termasuk Rubber Banding dan juga pembedahan.
                                                                                                                                                     sumber
"Buasir" Assalamualaikum..=)) Penyakit buasir atau hemorroids terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar. Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu. Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah manakala Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya. Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar. Antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomen. Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja seperti bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik. Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam. Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis. Disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat. Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk. Rawatan Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari. Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir. Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid. Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur. Buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat dengan mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10 hari, buasir itu akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Namun, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama. Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit. 90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan. Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain. Punca buasir: Duduk untuk jangka masa lama. Meneran (ketika najis keras atau sembelit). Cirit-birit. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama. Batuk yang teruk. Bersalin. Mengangkat berat. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual. Tahap buasir: Pendarahan. Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya. Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur. Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur. Pengurusan sendiri Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh). Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor. Noktah..=)) Posted by wawa at Sunday, July 29, 2012

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Selasa, 9 Disember 2014

STAGG untuk tangkap Jerung...KDN


Di mana 'jerung'? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap keberkesanan agensi penguat kuasa melaksanakan operasi membanteras perbuatan menyalahi undang-undang termasuklah mesin judi haram sejak kebelakangan ini.

Persoalan itu timbul memandangkan dalam operasi yang dijalankan hanya pendatang tanpa izin (PATI) atau pekerja yang ditangkap sedangkan tiada majikan atau ‘tauke’ yang ditahan.

Dalam kes mesin judi haram, setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sudah melakukan lebih 10,000 serbuan tetapi malangnya hanya peralatan yang dirampas dan beberapa pengunjung ditahan.

Soalnya di mana ‘taiko’ yang menjadi dalang utama kegiatan jenayah itu? Tiada tangkapan yang dilakukan ke atas ‘taiko-taiko’ tersebut mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Ia juga dikatakan akan memberi ruang kepada sindiket untuk beroperasi semula apabila suasana kembali reda, apatah lagi jika terdapat mana-mana anggota agensi penguat kuasa sedia bekerjasama dengan sindiket bagi menyalurkan maklumat berhubung operasi yang dijalankan.

Selain kegagagalan menahan ‘jerung-jerung’, ramai yang mempersoalkan kenapakah tiada tindakan tegas diambil oleh pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap ketua polis daerah atau ketua polis balai yang kawasan mereka disahkan mempunyai premis perjudian.

Sepatutnya lagi banyak serbuan dan tangkapan, ia menunjukkan mereka gagal menjalankan tugas bagi membanteras perbuatan tersebut sebelum ini.

Statistik serbuan oleh PDRM menunjukkan ada sesuatu tidak kena apabila di sesuatu kawasan atau daerah itu mempunyai premis perjudian haram yang banyak seolah-olah tiada tindakan diambil sehinggalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan.

Oleh itu, bagi memastikan integriti PDRM tidak terjejas, ramai berpendapat pengurusan PDRM sepatutnya mengambil tindakan tegas kepada ketua polis daerah dan ketua polis balai yang gagal memastikan kawasan mereka bersih daripada perjudian ha­ram.

Dalam kes penerokaan tanah secara haram di Lojing dan Cameron Highlands pula, ia turut menyaksikan bagaimana tiada ‘tauke’ atau pengusaha yang ditahan, sebaliknya hanya pekerja yang terdiri daripada PATI atau warga asing yang ditangkap.

Ini mewujudkan persoalan kenapakah pengusaha kebun haram itu tidak dapat dikesan dan ditangkap memandangkan perbuatan mereka bukannya dilakukan secara tersembunyi sebaliknya di kawasan terbuka.

Malah struktur pembinaan di kebun haram tersebut juga menunjukkan ia sudah beroperasi bertahun-tahun tetapi malangnya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa dan apabila operasi dijalankan ‘tauke’ pula gagal dikesan.

Berikutan itu, adalah wajar jika pihak berkuasa memberikan tumpuan untuk memberkas pengusaha atau pemilik dalam kes mesin judi haram dan pene­rokaan tanah secara haram. Ini memandangkan penangkapan ke atas pekerja atau PATI tidak akan banyak menyelesaikan gejala yang berlaku.


Selepas menubuhkan dua pasukan elit bagi membanteras jenayah berprofil tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu lagi skuad khas yang antara tujuan utamanya ialah untuk menangkap ‘jerung-jerung’ yang menjadi dalang bagi kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme.

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) ini difahamkan dievolusi daripada gerak kerja Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan akan memberi tumpuan terhadap suspek-suspek yang memainkan peranan penting dalam kegiatan judi haram, pelacuran serta kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Stagg juga setanding dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang diwujudkan setahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan skuad taktikal ketiga itu dilihat akan membantu PDRM dalam menumpaskan pelbagai kegiatan haram di negara ini.

“Saya sebenarnya setuju dengan laporan media yang mengatakan bahawa penangkapan ‘jerung’ (kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme) harus dilakukan kerana operasi-operasi yang dilaksanakan sebelum ini hanya menangkap ‘ikan bilis’ sahaja.

“Menerusi penubuhan Stagg ini, saya yakin PDRM mampu menangkap lebih banyak ‘jerung’... Bukan sekadar di Kuala Lumpur sebaliknya di seluruh negara,” katanya selepas melancarkan penubuhan skuad berkenaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Utusan Malaysia sebelum ini ini mendedahkan tentang kegiatan perjudian haram yang dilihat `tumbuh bagai cendawan selepas hujan’ sehingga memaksa PDRM memberi tempoh selama seminggu untuk premis-premis judi ditutup.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, hanya penjaga premis judi serta warga asing yang ditangkap manakala dalang-dalang yang mewujudkan premis itu masih lagi bebas.

Mingguan Malaysia hari ini juga mempersoalkan perkara sama dan menyatakan tiada tangkapan ke atas ‘taiko-taiko’ kegiatan jenayah itu meskipun lebih 10,000 serbuan dilakukan dan keadaan itu mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Sementara itu, ditanya tentang kemampuan Stagg untuk membanteras gejala perjudian haram di-sebabkan akta sedia ada iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 terbatas, Ahmad Zahid menyatakan, skuad itu bakal diperkasakan dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Sememangnya Akta Rumah Judi Terbuka belum lagi dipinda namun Stagg akan mengikut akta-akta dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mening-katkan elaun khas bagi pegawai dan anggota yang menyertai Stagg, Stafoc dan STING.

“Saya memikirkan elaun sedia ada yang diterima mereka belum lagi mencukupi dan tidak selaras dengan gerak kerja mereka yang berisiko tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut memberitahu, buat pertama kali pasukan taktikal ketiga itu turut mengisi seramai 20 kakitangan awam yang dilihat akan membantu menyeragamkan tugas Stagg dan melancarkan proses-proses pendakwaan di mahkamah nanti.



*sumber dari laman sesawang akhabr nasional

STAGG diadaptasi dari unit D7

  Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...

32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Ahad, 30 November 2014

Kristina Pimenova Kanak-kanak Tercantik di Dunia


Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.


Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.

Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.

“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.

“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.







Jib cakap Blogger UMNO BANGANG...dibayor tapi makan tuan balik


Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.  

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


*petikan dari laman sesawang berita nasional.


Mana-mana blogger yang dah makan duit Umno atau kerajaan memerintah tu buatlah kojer jangan lah makan atau hantam tokeh balik...komer niiii

Kebanyakan blogger akan merahsiakan identiti atau tuan punya blog. Ini tak pasai-pasai yang mana blogger tak bertuan pun kena tempias.

Yang jib pun satu dah tau lu punya machai tak boleh pakai kasi terminate lah...WTF
Ni mesti kak mah yang marah...jib pulak yang bersuara dalam PAU

Halo blogger sudah dibayar sudah kenyang kasi jaga lah lu punya tuan.

Jangan ikut macam gua sana pun boleh hantam sini pun boleh hantam   ADA AKU KESAH!!!....gua lah HANTU TAK BERTUAN kah kah kah

Kak Mah tengah marah tu...



Ahad, 16 November 2014

Penipuan siber 'love scam' libatkan ribuan ringgit ditipu lapor SKMM


Golongan lelaki miang sering terpedaya dengan sindiket penipuan siber yang dikenali sebagai love scam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perak mendedahkan, kes melibatkan love scam paling banyak diterima pihaknya sejak kebelakangan ini dengan 30 kes setakat ini.

Ketuanya, Mohd Faizal Azizan berkata, bagi wilayah utara melibatkan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, sebanyak 80 kes dilaporkan kepada pihaknya manakala setiap minggu secara purata dua kes diterima bagi negeri Perak.

“Sindiket ini menggunakan aplikasi video bersembang atas talian iaitu Skype.

"Seorang wanita cantik dipercayai dari Filipina akan meminta mangsa menanggalkan pakaian dan tanpa disedari ia sebenarnya dirakam.

“Rakaman itu kemudiannya digunakan untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu ia tersebar,” katanya pada program Luncheon Talk anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak, di Ipoh.

Mohd Faizal berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan yang melibatkan penipuan ribuan ringgit.

Selain itu katanya, Nigerian Scam juga antara kes yang banyak dilaporkan tetapi ia menyasarkan golongan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu pula, menggunakan laman sosial untuk memperdaya mangsa dengan kata-kata manis dan pelbagai helah supaya wanita itu menyerahkan wang kepada penjenayah terbabit.

Katanya, terdapat juga kes mangsa diperdaya dan dijadikan keldai dadah.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan godaan dan rayuan mereka di internet. Kita hanya membantu pihak polis dan setiap aduan yang dibuat kita terima.
“Perkara ini bukan main-main sebaliknya ia boleh mengganggu kehidupan dan menjejaskan reputasi seseorang,” katanya.


Pondok Al-Jaafar Gopeng Tempat Bergantung Harapan

Disinilah tempat anak yatim mengaji dan golongan bermasalah menginsafi diri. Gambar pengasas (atas kiri)

"Kalau saya tidak terima mereka, ke mana mereka akan pergi?" itu persoalan yang membuatkan Pengasas Pondok Al-Jaafar, Mohamad Tarudi Bahari, 61, tanpa jemu menerima dan mendidik golongan bermasalah di Pondok Al-Jaafar, Kampung Gunung Panjang, di Gopeng, Perak.

Mohamad Tarudi berkata, walaupun tidak mempunyai prasarana memuaskan, pondok itu berjaya melahirkan belia tahfiz al-Quran yang sebelumnya golongan bermasalah yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

"Saya tetap menerima mereka kerana mereka masih boleh dibentuk ke jalan yang benar dan mencorakkan masa depan mereka dengan lebih cerah.

"Bulan lalu seorang warga emas memohon untuk menghuni di sini dan saya terkejut, tetapi tetap menerimanya kerana berniat untuk membantunya kembali ke jalan benar selepas 20 tahun dia bergelumang dengan dosa.

"Dia penagih dadah dan kaki botol, namun Alhamdulillah, kini dia insaf untuk membentuk hidup yang lebih diredai dan sempurna," katanya ketika ditemui semalam.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Khamis, 13 November 2014

Lebuhraya ke utara sesak akibat lori gas terbalik di km 257


Dua kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler membawa muatan penuh tong gas petroleum cecair (LPG) dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi berdekatan Terowong Menora itu berlaku apabila treler terbabit yang dalam perjalanan ke arah utara dari Ipoh tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kemalangan itu, kira-kira 50 tong gas yang dibawa treler terbabit tercampak di atas jalan dengan sebahagian daripadanya turut bertaburan di laluan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari Kuala Kedah, Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak sempat mengelak lalu merempuh beberapa tong gas yang berada di hadapannya.

Menurutnya, pemandu, Mohd. Nasir Jaafar, 40, dan anaknya, Muhammad Syakirin, 10, sempat keluar sebelum kenderaan mereka terbakar akibat letupan tong gas yang dirempuh.

Isnin, 10 November 2014

Hello Kitty


Hello Kitty adalah sejenis alat permainan patung anak kucing yang terkenal di dunia. Watak ini berasal dari negara Jepun.

Hello Kitty (ハローキティ Harō Kiti?) adalah salah satu dari watak fiksyen yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Sanrio dan yang paling popular di antara watak milik syarikat tersebut.

Watak itu, kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pada telinga kiri, dan tanpa mulut.

Dihakcipta dalam 1976, Hello Kitty sekarang merupakan cap dagang satu dikenali seluruh.


Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu meninggalkan syarikat kira-kira setahun kemudian. Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun berikut sehingga 1980 apabila tugas ini diserahkan kepada Yuko Yamaguchi, yang masih menjawatnya. Watak pada asalnya muncul sebagai barang tarikan bagi gadis muda, seperti dompet wang.

Hello Kitty telah diberikan nama Inggeris kerana budaya British adalah popular dengan gadis-gadis Jepun pada waktu penciptaannya. Nama Kitty datang dari satu daripada kucing Alice dalam buku Melalui Cermin Muka oleh Lewis Carroll. Apabila teman lelaki Hello Kitty "Daniel Sayang" dicipta dalam 1999, pereka mengambil namanya daripada sebuah filem 1971, Filem Melody, yang dibintangi oleh Mark Lester sebagai satu watak dikenali sebagai Daniel, dan menonjolkan lagu-lagu Bee Gees.

Dunia fiksional Hello Kitty termasuk satu kelompok kumpulan kawan-kawan dan ahli keluarga. Malah, sejak 2004 ia mempunyai seekor binatang peliharaan kucingnya yang dipanggil Charmmy Kitty, dan seekor binatang peliharaan hamster dipanggil Sugar. Charmmy menyerupai Hello Kitty tetapi lebih bercirikan kucing. Charmmy Kitty diberikan kepada Hello Kitty oleh bapanya, George White, dan Sugar oleh teman lelakinya Dear Daniel.





* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan dan Wikipedia

Khamis, 23 Oktober 2014

Datuk Param perlu dedah judi haram di Perak....atau ???


Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.



Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam soal yang melibatkan keselamatan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan berharap pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh kerana mereka lebih memahami senario sebenar perkara tersebut.

Beliau berkata, siasatan itu perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau tidak dan semua pihak perlu mengambil positif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kerajaan negeri dengan sejelas-jelasnya tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk seperti mana yang disebutkan oleh YB Menteri mengatakan ada di kalangan ahli-ahli politik yang terlibat umpamanya juga kita tidak akan melindungi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah rumah warga miskin yang menyambut Deepavali di Manjung pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Sebelum itu, sebuah akhbar turut melaporkan bahawa terdapat kegiatan kongsi gelap ala mafia di Kuala Sepetang yang dikatakan kebal dari sebarang tindakan.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kegiatan kongsi gelap dan jenayah di kawasan itu memang ada tetapi belum sampai ke tahap yang membimbangkan.

Polis Perak tidak menafikan terdapat kegiatan kongsi gelap atau aktiviti jenayah di Kuala Sepetang tetapi ia masih belum sampai pada tahap yang membimbangkan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, laporan yang mendakwa terdapat kegiatan mafia di kawasan persisiran pantai itu adalah tidak benar.

Menurut beliau, kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu memang ada, namun bukanlah hingga ke tahap mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Ia tidaklah berleluasa dan tidak ada sebarang mafia yang bermaharajalela seperti yang dikatakan oleh Mingguan Malaysia pada keluaran Ahad lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Perak, Ipoh pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat berikutan laporan daripada akhbar nasional pada Ahad lepas mengenai kegiatan mafia yang dapat mengancam keselamatan penduduk dan berlaku secara aktif di kawasan tersebut.

Paramasivam berkata, laporan akhbar itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk tempatan dan boleh menjejaskan perniagaan mereka, lebih-lebih lagi Kuala Sepetang turut terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan.

Beliau menambah, ketua kampung di kawasan tersebut turut menyatakan rasa tidak puas hati dan telah membuat laporan polis berkenaan dengan laporan akhbar itu.

"Mereka bimbang yang kenyataan yang tidak berasas yang tidak didalami secara terperinci akan menjejaskan perniagaan mereka, sektor "eco-tourism" dan mencemarkan nama baik Kuala Sepetang," katanya lagi.

Beliau memberitahu, terdapat 36 kes melibatkan kes pecah rumah, curi motosikal, rampasan barang penyeludupan, perjudian haram dan hanya satu kes bunuh dilaporkan di sekitar Kuala Sepetang sejak Januari 2014.

Menurutnya, polis akan terus membuat pemantauan khas dan menghantar anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), marin, narkotik dan IPD Taiping untuk membantu membuat risikan, serbuan, pengesanan aktiviti jenayah dan tangkapan, baik dari segi perhilitan, perjudian, perikanan, penyeludupan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Paramasivam menasihatkan orang ramai agar memahami konsep sebenar istilah mafia sebelum membuat sebarang spekulasi agar tidak menimbulkan kerisauan di kalangan komuniti.

Beliau menjelaskan, mafia adalah satu kumpulan sindiket yang mempunyai organisasi teratur dan bertindak mengawal segala aktiviti di kawasan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Cuba fikirkan secara logik, jika benar mafia bergiat aktif di Kuala Sepetang, masa kan ada pelancong yang masih datang dan melawat kawasan tersebut, penduduk juga tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara aman," tambahnya.






30.     Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...