Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .
Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan pada rakan2 dan sahabat semua tentang keadaan yg telah dialami oleh Ayah kpd Saudara Saudara Zaini iaitu En Zainal yg telah menghidap penyakit Jantung, paru² berair dn buah pinggang.
Sehingga kini tiada pimpinan yg prihatin terhadap nasib yg menimpa ayahanda kpd Saudara Zaini .
Saya mewakili keluarga saudara Zaini ingin memohon derma atau sumbangan se ikhlas hati dari rakan semua bagi sama2 kita membantu utk meringankan beban kos rawatan ayahandanya .
Kepada rakan2 yg ingin menyumbangkan derma atau sumbangan boleh lah disalurkan kpd akaun Maybank Ibu kepada En Zaini Maybank 158118281717 atas nama Fatimah Hani .
Segala sumbangan dan derma saya ucapkan ribuan terima kasih , semoga dengan sumbangan Tuan/ Puan dapat meringankan beban yg dihadapi oleh keluarga mereka .
Sekiranya kesemua rakan rakan kita prihatin dapat menderma seminima seorang 10 ringgit pun sudah cukup memadai memandangkan kita ada ribuan pejuang pejuang yang begitu banyak memperjuangkan nasib bangsa kita. Sumbangan ini juga adalah sebahagian dari bukti perjuangan kita.
Semoga Allah s.w.t merahmati usaha anda semua , Terima Kasih///
Memaparkan catatan dengan label Zambry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zambry. Papar semua catatan
Rabu, 11 November 2015
Mohon Sumbangan Seikhlas Hati...Pesakit Kronik di Ipoh
Rabu, 27 Mei 2015
Nurdiana Puaadi wanita pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah
IPOH - Kerajaan Perak tidak mendiskriminasi pelantikan wanita dalam perkhidmatan awam, sebaliknya melakukan penilaian berdasarkan kemampuan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beberapa perubahan dibuat untuk meningkatkan jumlah pentadbir kanan daripada golongan wanita.
"Sebelum ini kita melantik Pegawai Daerah Kampar, merupakan wanita pertama di negeri ini yang menjawat jawatan tersebut dan sekarang satu lagi jawatan akan disandang oleh wanita iaitu Yang Dipertua Majlis Batu Gajah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu menandakan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan supaya wanita juga diberi tempat dalam mentadbir negeri bersama golongan lelaki.
Sementara itu, Zambry mengumumkan pelantikan Nurdiana Puaadi, 36, yang berpengalaman dalam bidang pengurusan, pembangunan daerah dan perancangan ekonomi, sebagai Yang Dipertua Majlis Batu Gajah, berkuat kuasa 18 Mei lepas.
Nurdiana sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan di Jabatan Agama Islam negeri.
Pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam termasuk sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2003 dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah pada 2008.
Ketika ditemui pemberita, Nurdiana mengucapkan terima kasih kepada menteri besar kerana memberi kepercayaan dan mengamanahkan tanggungjawab kepadanya sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah.
Ibu empat cahaya mata ini berkata beliau akan meneruskan perancangan sedia ada serta akan menarik lebih banyak pelaburan baharu ke Batu Gajah yang merupakan kawasan perindustrian.
Pada 15 April lepas, kerajaan negeri melantik Latipah Sehibi, 58, sebagai Pegawai Daerah Kampar dan beliau merupakan wanita pertama di Perak yang dilantik ke jawatan berkenaan. - Bernama
"Sebelum ini kita melantik Pegawai Daerah Kampar, merupakan wanita pertama di negeri ini yang menjawat jawatan tersebut dan sekarang satu lagi jawatan akan disandang oleh wanita iaitu Yang Dipertua Majlis Batu Gajah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu menandakan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan supaya wanita juga diberi tempat dalam mentadbir negeri bersama golongan lelaki.
Sementara itu, Zambry mengumumkan pelantikan Nurdiana Puaadi, 36, yang berpengalaman dalam bidang pengurusan, pembangunan daerah dan perancangan ekonomi, sebagai Yang Dipertua Majlis Batu Gajah, berkuat kuasa 18 Mei lepas.
Nurdiana sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan di Jabatan Agama Islam negeri.
Pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam termasuk sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2003 dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah pada 2008.
Ketika ditemui pemberita, Nurdiana mengucapkan terima kasih kepada menteri besar kerana memberi kepercayaan dan mengamanahkan tanggungjawab kepadanya sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah.
Ibu empat cahaya mata ini berkata beliau akan meneruskan perancangan sedia ada serta akan menarik lebih banyak pelaburan baharu ke Batu Gajah yang merupakan kawasan perindustrian.
Pada 15 April lepas, kerajaan negeri melantik Latipah Sehibi, 58, sebagai Pegawai Daerah Kampar dan beliau merupakan wanita pertama di Perak yang dilantik ke jawatan berkenaan. - Bernama
Khamis, 23 Oktober 2014
Datuk Param perlu dedah judi haram di Perak....atau ???
Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.
"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.
"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.
Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.
"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.
Kerajaan
negeri Perak tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam
soal yang melibatkan keselamatan rakyat di negeri ini.
Sehubungan
itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak
berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan
terperinci mengenai perkara tersebut.
Menurut
beliau, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan berharap pihak
polis menjalankan siasatan menyeluruh kerana mereka lebih memahami
senario sebenar perkara tersebut.
Beliau
berkata, siasatan itu perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan yang
dibuat itu benar atau tidak dan semua pihak perlu mengambil positif
tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.
"Kerajaan
negeri dengan sejelas-jelasnya tidak akan melindungi mana-mana pihak
termasuk seperti mana yang disebutkan oleh YB Menteri mengatakan ada di
kalangan ahli-ahli politik yang terlibat umpamanya juga kita tidak akan
melindungi," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah
rumah warga miskin yang menyambut Deepavali di Manjung pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan
daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala
Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Sebelum
itu, sebuah akhbar turut melaporkan bahawa terdapat kegiatan kongsi
gelap ala mafia di Kuala Sepetang yang dikatakan kebal dari sebarang
tindakan.
Bagaimanapun,
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kegiatan
kongsi gelap dan jenayah di kawasan itu memang ada tetapi belum sampai
ke tahap yang membimbangkan.
Polis
Perak tidak menafikan terdapat kegiatan kongsi gelap atau aktiviti
jenayah di Kuala Sepetang tetapi ia masih belum sampai pada tahap yang
membimbangkan.
Pemangku
Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, laporan yang mendakwa
terdapat kegiatan mafia di kawasan persisiran pantai itu adalah tidak
benar.
Menurut
beliau, kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu memang ada, namun
bukanlah hingga ke tahap mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitar
kawasan tersebut.
"Ia
tidaklah berleluasa dan tidak ada sebarang mafia yang bermaharajalela
seperti yang dikatakan oleh Mingguan Malaysia pada keluaran Ahad lepas,"
katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis
Perak, Ipoh pada Selasa.
Kenyataan
itu dibuat berikutan laporan daripada akhbar nasional pada
Ahad lepas mengenai kegiatan mafia yang dapat mengancam keselamatan
penduduk dan berlaku secara aktif di kawasan tersebut.
Paramasivam
berkata, laporan akhbar itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di
kalangan penduduk tempatan dan boleh menjejaskan perniagaan mereka,
lebih-lebih lagi Kuala Sepetang turut terkenal sebagai salah satu pusat
pelancongan.
Beliau
menambah, ketua kampung di kawasan tersebut turut menyatakan rasa tidak
puas hati dan telah membuat laporan polis berkenaan dengan laporan
akhbar itu.
"Mereka
bimbang yang kenyataan yang tidak berasas yang tidak didalami secara
terperinci akan menjejaskan perniagaan mereka, sektor "eco-tourism" dan
mencemarkan nama baik Kuala Sepetang," katanya lagi.
Beliau
memberitahu, terdapat 36 kes melibatkan kes pecah rumah, curi motosikal,
rampasan barang penyeludupan, perjudian haram dan hanya satu kes bunuh
dilaporkan di sekitar Kuala Sepetang sejak Januari 2014.
Menurutnya,
polis akan terus membuat pemantauan khas dan menghantar anggota
daripada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), marin, narkotik dan IPD
Taiping untuk membantu membuat risikan, serbuan, pengesanan aktiviti
jenayah dan tangkapan, baik dari segi perhilitan, perjudian, perikanan,
penyeludupan dan sebagainya.
Dalam
pada itu, Paramasivam menasihatkan orang ramai agar memahami konsep
sebenar istilah mafia sebelum membuat sebarang spekulasi agar tidak
menimbulkan kerisauan di kalangan komuniti.
Beliau
menjelaskan, mafia adalah satu kumpulan sindiket yang mempunyai
organisasi teratur dan bertindak mengawal segala aktiviti di kawasan
mereka dalam apa cara sekalipun.
"Cuba
fikirkan secara logik, jika benar mafia bergiat aktif di Kuala Sepetang,
masa kan ada pelancong yang masih datang dan melawat kawasan tersebut,
penduduk juga tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara
aman," tambahnya.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1. Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2. Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3. Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4. Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5. Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6. NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7. Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8. Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9. IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10. IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11. IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12. Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13. Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14. STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15. KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16. Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17. Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18. Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19. Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20. D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21. Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22. Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...
24. MBMB JAIM Polis bekerjasama gempur Jackpot di Melaka
25. Kasino-kasino di Kampar Punah Diserbu PDRM
30. Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
JUDI ITU PEROSAK BANGSA
HARAM DISISI UGAMA ISLAM
BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!
Selasa, 14 Oktober 2014
Al-Fatihah...Bapa MB Perak Meninggal Dunia
Bapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.
Allahyarham Abd Kadir Muhammad atau lebih mesra dipanggil Pak Karim menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.
Allahyarham meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.
Ketika hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas.
Sabtu, 4 Oktober 2014
Terbang dari Ipoh dengan Malindo Air
Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.
"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan ia menandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat semalam.
Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.
Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.
Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.
Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.
Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh.
Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.
"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.
Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Jumaat, 25 Julai 2014
STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
Operasi memerangi pusat judi yang masih degil serta kebal di sekitar ibu negara memasuki fasa baharu dengan penglibatan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dilengkapi mesingan serta perisai badan.
Langkah itu diambil berikutan terdapat ancaman daripada pengusaha pusat judi dalam serbuan di Melaka, kelmarin, apabila pasukan polis diserang pengendali premis terbabit.
Dalam serbuan terbaharu di tingkat empat Kompleks Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10 malam tadi, kira-kira 20 anggota pasukan elit taktikal tersebut terlibat membantu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman untuk menggempur enam premis judi yang beroperasi di sebalik nama pusat hiburan keluarga itu.
Ketua Operasinya, Deputi Supritendan Tan Tin Heng berkata, ekoran itu, pihaknya merampas 153 set komputer dan 31 simulasi yang digunakan untuk aktiviti perjudian di premis berkenaan.
Tin Heng berkata, pihaknya turut menahan 20 individu iaitu 10 penjaga premis serta 10 pemain judi dan merampas wang tunai berjumlah RM2,203.
"Serbuan ini adalah hasil risikan pasukan D7 sejak beberapa hari lalu dan kami akan terus menjalankan operasi seumpama ini sehingga isu premis judi selesai," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi itu.
Sebelum ini, sebuah akhbar nasional mendedahkan sekurang-kurangnya terdapat tiga sindiket dikenal pasti menjadi dalang kegiatan mesin judi haram dan dibantu oleh kumpulan gengster yang bertindak sebagai pelindung dan orang perantaraan (runner) bagi memastikan kegiatan mereka tidak diganggu oleh mana-mana pihak.
Tin Heng seterusnya berkata, walaupun lokasi serbuan berkenaan terdapat beberapa orang tonto berkawal di hadapan lif dan premis terbabit, namun pihaknya berjaya melepasinya seterusnya melakukan serbuan tanpa sebarang halangan.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Dalam pada itu, ditanya mengenai serbuan bersama Stafoc, Tin Heng menjelaskan, tindakan tersebut diambil ekoran sepasukan anggota D7 diserang oleh seorang individu menggunakan kunci stereng dalam serbuan di Melaka, kelmarin.
"Kita akan terus melakukan serbuan bersama Stafoc selepas ini bergantung pada situasi," ujarnya.
Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ternyata cepat responsif dan komited dengan menubuhkan pasukan petugas khas bertujuan untuk memerangi kegiatan mesin judi haram secara habis-habisan walaupun ada kekangan tertentu.
DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI menyatakan kepada wartawan keyakinan beliau untuk memerangi masalah perjudian dan menuntut komitmen semua pihak khususnya agensi penguat kuasa lain.
Selain itu, beliau juga turut menyeru kerajaan agar menambah taring Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bagi membolehkan tindakan mandatori diambil ke atas dalang sindiket perjudian kerana jelasnya undang-undang sedia ada yang memperuntukkan denda tidak menggentarkan mereka.
Turut disentuh ialah isu militan di mana katanya, kerajaan tidak akan sesekali membenarkan kelompok pengganas bersarang di negara ini.
Siri laporan dan pendedahan oleh media tentang mesin judi haram jelas menunjukkan betapa serius dan kroniknya isu sosial ini dan bagaimana Kementerian Dalam Negeri mahu mengatasinya?
AHMAD ZAHID: Saya lihat aktiviti perjudian ini telah menjadi seolah-olah budaya bukan sahaja dalam kalangan kaum yang sememangnya sinonim dengan perjudian tetapi budaya negatif yang ditegah agama ini menular kepada orang Melayu. Bukan setakat dalam soal perjudian melibatkan mesin judi haram tetapi hampir ke seluruh sistem perjudian.
Sebenarnya, tidak terlalu sukar untuk membanteras jika semua pihak komited. Kalau undang-undang yang sepatutnya dibentangkan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 juga diluluskan kerana undang-undang perjudian tidak memadai sekadar denda. Pendapatan hasil perjudian itu lebih besar daripada denda.
Perlu dikenakan hukuman mandatori penjara bukan kepada mereka yang bermain judi tetapi dalang utama aktviti perjudian. Kalau tindakan keras tidak dilakukan, kita hanya boleh mengurangkan, bukan membanteras dan jauh lagi untuk menghapuskan aktiviti perjudian ini.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju terutama peguam-peguam hak asasi manusia tetapi hakikatnya kalau kita tak mahu masyarakat itu rosak, undang-undang sedia ada boleh digunakan, tetapi hukuman tidak cukup keras untuk membanteras.
Polis telah melancarkan pelbagai operasi bagi membanteras aktiviti perjudian ini, tetapi apa masalah utama yang menyebabkan dalang sindiket gagal ditangkap?
AHMAD ZAHID: Mereka ini kalau ditangkap pun tiada bukti. Bukan mereka yang mempunyai premis itu, bukan mereka yang melakukan aktiviti itu ketika serbuan dan tangkapan dibuat. Bila Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat tiada lagi, jauh sekali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), jadi tiada undang-undang khusus sekeras POCA yang boleh dilaksanakan.
Saya fikir, harus ada keberanian politik bukan hanya dalam kalangan pemimpin kerajaan tetapi juga pembangkang. Kalau mereka mempunyai hasrat yang sama untuk membanteras perjudian tiba masanya kita ketepikan perbezaan pendapat demi menjaga bangsa dan negara kita agar tidak dirosakkan dengan aktiviti perjudian yang merosakkan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, 95 peratus yang terlibat ialah orang Melayu termasuk di kawasan pedalaman. Adakah ini masalah penguatkuasaan atau bagaimana?
AHMAD ZAHID: Saya tidak faham kenapa orang Melayu. Yang ambil dadah paling ramai Melayu, yang terlibat dengan perjudian orang Melayu, yang ditangkap dalam aktiviti gengsterisme pun Melayu yang paling ramai. Tentu ada sesuatu yang silap dan perlu diperbetulkan, bukan sekadar undang-undang dan penguatkuasaan tetapi minda. Minda dan kerohanian dalam kalangan orang Melayu yang perlu diperbetulkan dan diperkukuhkan kalau tidak - Melayu hanya tinggal nama.
Ada dakwaan dan beberapa bukti tentang penglibatan agensi penguat kuasa dalam rasuah sehingga isu perjudian ini sukar ditangani. Sejauh mana Datuk Seri sedar tentang seriusnya masalah ini?
AHMAD ZAHID: Saya akui ada yang terlibat tetapi kita tidak hanya boleh menuduh pihak polis sahaja kerana banyak lagi penguat kuasa lain yang turut bertanggungjawab dalam soal perjudian ini. Pada masa yang sama, kita tidak mahu ada sindrom penafian. Saya cukup yakin bahawa ia harus ada komitmen semua pihak, kalau menuduh polis sahaja bagaimana dengan pihak-pihak lain?
Terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memberi lesen Pusat Hiburan Keluarga (PSK) atau Lembaga Totalisator di bawah Kementerian Kewangan. Mereka yang keluarkan lesen perjudian dan lesen untuk mesin judi haram. Sekali lagi saya tidak menuding jari dalam hal ini, tetapi kita kena tanya diri kita apa tugas tiap-tiap pihak berwajib lain? Jangan berdiam diri dengan membenarkan seolah-olah masalah ini hanya tanggungjawab polis dan hanya polis yang menerima rasuah. Benar ada dalam kalangan polis terima rasuah tetapi tidak semua.
Datuk Seri menyebut undang-undang yang ada sekarang tidak cukup bertaring. Mengapa begitu?
AHMAD ZAHID: Ia harus berjalan selari. Undang-undang yang terdapat dalam POCA tentang perjudian ini mesti dibentangkan kerana undang-undang itu telah ada dan sudah dibuat bacaan kali pertama. Kita cuma perlu teruskan untuk bacaan kali kedua dan pada masa yang sama, operasi memerangi itu berjalan. Jadi penguatkuasaan itu boleh berlaku serta-merta.
Masalahnya sekarang seolah-olah sudah jadi seperti cerita 'bangau oh bangau' apabila setiap kementerian bertanggungjawab saling menuding jari?
AHMAD ZAHID: Ini bukan soal 'bangau oh bangau'. Polis bertindak atas kuasa. Kuasa bersandarkan undang-undang. Undang-undang bersandarkan kepada komitmen politik. Kalau kuasa penyitaan itu di bawah PBT, maka harus diberi kepada PBT. Begitu juga kuasa pemotongan air dan elektrik yang harus diberi kepada mereka secara mandatori. Kalau nak putuskan jaringan internet Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) harus menjalankan peranan. Takkan semuanya nak disalahkan kepada polis.
Ini bukan sindrom penafian tetapi hakikatnya kita harus melihat ke depan, jangan bertekak dan bertengkar, sama-sama kita duduk bagi menyelesaikan masalah ini. Itu sebabnya, saya bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Datuk Seri Idris Jala akan sama-sama duduk untuk mencari langkah penyelesaian holistik bagi memastikan masalah perjudian ini dapat dihapuskan.
Sejauh mana Datuk Seri yakin penubuhan pasukan elit yang diumumkan minggu lalu mampu menangani isu perjudian haram ini?
AHMAD ZAHID: Kita sudah buktikan melalui Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) kerana sistem operasi polis dulu, apabila operasi mahu dilakukan, ia harus mengikut saluran-saluran di peringkat pusat ke negeri, daerah dan balai. Saya tidak bercadang untuk menyatakan ada kelemahan dalam operasi tetapi pihak yang mahu melepaskan diri tentu dapat mencari maklumat apabila komunikasi itu berjalan dari satu peringkat ke satu peringkat lain.
Tapi bila Sting dan Stafoc berjalan daripada atas terus kepada kumpulan sasaran jadi maklumat tidak tiris. Dua kumpulan elit ini telah membuktikan kemampuan mereka, saya tidak gusar bahawa satu lagi pasukan elit ini mampu sekurang-kurangnya mengurangkan perjudian haram.
Kalau dilihat pada kroniknya masalah ini, adakah pasukan petugas itu betul-betul mampu mengurangkan perjudian kerana isu mesin judi haram itu sudah terlalu serius?
AHMAD ZAHID: Jangan hanya melihat kepada mesin judi sahaja. Perjudian ini tidak hanya sekadar mesin tetapi macam-macam aktiviti. Saya fikir kalau kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa sahaja tidak mencukupi. Ia harus ada keterlibatan pelbagai pihak terutamanya masyarakat keseluruhannya dan saya fikir pasukan sukarelawan yang ada diakar umbi sekarang boleh membantu memberi maklumat, menjalankan kempen kesedaran dan pencegahan.
Kalau tidak, golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terperangkap dengan kegiatan judi ini akan sentiasa diperah oleh tauke-tauke judi yang tidak berhati perut ini kerana mereka tidak melihat kesusahan orang lain, keruntuhan rumah tangga atau masalah jenayah akibat kekalahan perjudian. Ini harus dilihat dengan pandangan yang halus oleh pemimpin masyarakat. Itu sebabnya saya mengajak pemimpin pembangkang bersama-sama dengan kita untuk menyelesaikan masalah ini.
Berhubung isu militan, ada orang mengatakan selepas lawatan Presiden Barack Obama, Kementerian Dalam Negeri mula menggempur mereka, apakah ini suatu kebetulan atau macam mana?
AHMAD ZAHID: Kita sudah mendapat maklumat lebih awal hasil daripada risikan yang kita buat. Ia mengambil masa kerana maklumat itu perlu diperhalusi selain mencari bukti kukuh. Tangkapan dibuat selepas Obama balik bukan kebetulan tetapi pihak polis merasakan tidak baik kalau semasa Obama ada dalam negara atau sebelum kedatangan beliau, tindakan penahanan diambil. Oleh sebab itu, operasi dibuat selepas Obama balik kerana maklumat sudah ada di tangan pihak polis.
Sekarang Malaysia dilihat menjadi tempat bersarangnya golongan radikal dan militan, bukan hanya melibatkan militan tempatan tetapi juga kelompok pengganas antarabangsa seperti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
AHMAD ZAHID: Keadaan ini tidak berlaku hanya di Malaysia sahaja. Itu harus kita ingat. Beberapa negara jiran lain juga menghadapi masalah serupa tetapi bila kita lakukan operasi ia memperlihat seolah-olah hanya berlaku di Malaysia. Kita perlu lihat juga di selatan Thailand dan Filipina serta Indonesia sendiri. Saya fikir ini masalah sejagat.
Jadi kita tidak terlepas dari masalah ini. Dalam hal ini pegangan saya dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ialah kita tidak mahu Malaysia menjadi sarang kepada permulaan kegiatan militan atau sebarang kegiatan yang tidak mengikut perundangan. Itu sebabnya tindakan-tindakan yang dilakukan pihak polis agak keras.
Namun pada masa yang sama, kita mahu masyarakat melalui sistem pendidikan yang sedia ada agar mendidik nilai keagamaan yang benar dan mengikut nilai kita. Sesuatu nilai yang tidak murni itu tidak boleh diterima kerana kita ada acuan tersendiri. Dalam hal ini, kerjasama semua pihak amat penting untuk proses pencegahan dan pembanterasan.
Bagaimana Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis hendak mengendalikan tanggapan bahawa perjuangan militan ini adalah jihad kerana mereka mahu membantu saudara seagama yang terperangkap dengan pergolakan di Iraq dan Syria?
AHMAD ZAHID: Saya fikir ia bukan hanya dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sahaja. Masalah ini juga sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), majlis agama negeri dan Kementerian Pendidikan agar dijelaskan definisi sebenar jihad. Jihad yang sebenarnya bukan dengan melakukan pembunuhan dan aktiviti keganasan. Jihad sebenar adalah mengikut ajaran Rasulullah iaitu taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin.
Ertinya jihad kita sekarang adalah mempertahankan keharmonian yang ada di bawah kerajaan sekarang dan bukannya menggunakan interpretasi tersendiri untuk menghalalkan pengeboman berani mati. Tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran atau sepatah hadis yang menyebut bahawa jihad adalah dengan melakukan perbuatan membunuh diri.
Ada tanggapan mengatakan Kementerian Dalam Negeri bertindak keterlaluan kerana sasaran mereka ini adalah untuk terlibat di luar negara dan bukannya menjadikan negara ini sebagai sasaran?
AHMAD ZAHID: Apa jaminan mereka tidak akan melakukan perkara itu dalam negara suatu ketika nanti? Saya lontarkan balik soalan tersebut kepada mereka yang berpandangan sebegitu. Kalau mereka tidak ditegah daripada sekarang apa jaminannya?
Kebimbangan sekarang adalah apabila institut pengajian tinggi (IPT) menjadi tempat berkumpulnya mereka yang terlibat dengan militan, di mana kelemahannya sehingga kita gagal mengenal pasti lebih awal?
AHMAD ZAHID: Ia tidak bersandarkan kepada sesebuah IPT tetapi bergantung kepada individu berkenaan. Kebetulan mereka itu tenaga akademik yang mungkin terpengaruh dan kebetulan berada di IPT berkenaan. Saya fikir tidak adil untuk kita meletakkan sesuatu kesalahan itu kepada sesebuah universiti yang mereka berkerja. Dalam perkara ini, saya salahkan individu itu sendiri dan bukannya universiti.
Perlukah saringan khusus dibuat dengan kerjasama polis terlebih dahulu dalam aspek pengambilan tenaga pengajar di IPT khususnya kalangan yang berlatar belakang agama?
AHMAD ZAHID: Saya fikir tapisan ini bukan hanya tenaga akademik yang berlatar belakangkan agama, saya ingat dalam kalangan pelbagai pihak termasuk pihak keselamatan itu sendiri. Apa yang penting maklumat awal mesti diperolehi. Kita di dalam sistem Interpol, ada senarai orang disyaki dan siasatan awal dibuat bagi menangani aktiviti tidak sihat ini. Siasatan dibuat cara halus dan cukup teliti.
Datuk Seri sekarang berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Bagaimana Datuk Seri hendak menangani isu ini satu persatu agar tidak kelihatan tertekan, undur ke belakang atau takut membuat keputusan tegas?
AHMAD ZAHID: Saya tidak melihat ini sebagai masalah peribadi saya. Sesiapa sahaja yang menjadi Menteri Dalam Negeri, inilah masalah yang perlu mereka hadapi sekarang. Saya tidak akan lari daripada masalah kerana saya tetap akan hadapi dan cari penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya bersyukur kerana memiliki Ketua Polis Negara yang baik, tegas dan berani.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai Ketua Setiausaha, ketua pengarah serta pegawai kanan yang komited untuk bersama-sama saya menyelesaikan semua masalah ini. Tentu sekali perkara ini bukan secara kebetulan tetapi bersandarkan kepada bagaimana cara saya mengurus dan mendekati mereka.
Masyarakat pula harus memahami, tugas berat ini akan mendatangkan terlalu banyak kecaman tetapi saya mahu jelaskan bahawa saya tidak akan mengambil kisah soal kecaman asalkan saya bertanggungjawab kepada rakyat, Perdana Menteri dan negara secara keseluruhannya.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Labels:
04,
08,
D7,
gambler,
Gangster,
IPK,
Jackpot,
judi,
Kasino,
KDN,
kongsi gelap,
mesin judi haram,
Najib,
penggodam,
Rasuah,
Samseng,
STAFOC,
UMNO,
Zahid Hamidi,
Zambry
Sabtu, 12 Julai 2014
Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
Persoalannya bilakah agensi-agensi atau jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain nak isytihar benda yang sama?
Contoh seperti Majlis Bandaraya Ipoh, lain-lain Perbandaran Daerah (PBT), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan yang paling utama sekali ialah dari Ketua Polis Negeri Perak.
Kalau setakat buat operasi satu dua tempat dan yang dapat tangkap pun beberapa orang tua dan Bangla buat apa?...
Apa tindakan yang di laksanakan oleh PBT-PBT atau MBI keatas pemilik premis yang menjalankan perniagaan haram ini. Ini lepas operasi oleh penguatkuasa depa masih boleh beroperasi balik...APA CITER???
Kenapa tak dipotong bekalan elektrik dan air premis yang buat judi haram tu???
Apa dah jadi dengan agensi-agensi ini, banyak sangat kena lapik ka???
BACA SINI
JANGAN TAKAT CAKAP DAN DECLARE DALAM PAPER JER...
BANTERASSS
BANTERASSS
BANTERASSS
NGO-NGO tolong mainkan peranan...kalau kat negara sendiri pun tak boleh nak perang tok sah citer la nak pi negara Arab untuk berperang.
Jom pi banteras kedai judi ini...
Jumaat, 30 Mei 2014
Kemangkatan Sultan Azlan Negeri Perak Berkabong 100 Hari
Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Almarhum berusia 86 tahun. Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.
Pengebumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.
Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.
Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.
Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.
Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.
Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.
Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.
Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.
Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.
Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja.
Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan pulang dari Beijing ke Malaysia malam ini untuk menghadiri upacara pengebumian Sultan Perak itu di Kuala Kangsar esok.
Najib kemudiannya akan terbang kembali ke China selepas upacara pengebumian esok, kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM itu.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan sebak.
Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Kerajaan Inggeris, Batu Gajah, kini dikenali sebagai SMK Sultan Yussuf.
Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.
Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.
Baginda memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan dimasukkan ke Majlis Peguam Inggeris oleh Honourable Society oft Lincoln’s Inn pada 23 November 1954.
Sekembalinya ke tanah air, baginda berkhidmat sebagai pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai majistret. Baginda kemudiannya dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen.
Baginda juga merupakan Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada usia 37 tahun, baginda diiktiraf sebagai hakim termuda dalam Komanwel yang dilantik bagi Mahkamah Tinggi pada 1965.
Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 1979 pula sebagai Ketua Hakim Malaya.
Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda pada 1 Julai, 1983.
Pada awal 2009, baginda menerima kritikan hebat kerana penglibatannya dalam penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak semasa Pakatan Rakyat (PR) masih berkuasa yang membawa kepada krisis Perlembagaan negeri.
Keputusan baginda tidak dipersetujui Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Sultan mengikut perlembagaan tidak dibenarkan memecat menteri besar.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian mengatakan Sultan adalah betul dalam melantik Zambry daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar, walaupun mereka tidak memenangi undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). – 28 Mei, 2014.
Jumaat, 16 Mei 2014
Bakal Calon DAP PRK 2014 Teluk Intan
Dah Melayu UMNO tak nak jaga orang Melayu baik kita pangkah Melayu DAP jer...
sama jer harapkan slogan jer yang gah
'Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir'
...harapkan pagar, pagar makan padi!!!
kita kasi peluang pada anak muda ni untuk berkhidmat tengokkk boleh pakai tak?
Siapa itu Dyana Sofya?
Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud.
Berusia 27 tahun.
Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.
Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.
Saya tidak sempat bertemu dengan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.
Dalam wawancara pemberita bertajuk Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.
Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.
Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?
Rabu, 7 Mei 2014
Rapat Setia kawasan orang Melayu yang dipinggirkan
Nampaknya pihak berkuasa bandaraya Ipoh tidak begitu mengambil berat di kawasan perumahan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Ini berikutan aduan yang telah dibuat oleh wakil penduduk kawasan berkenaan tetapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa berkenaan. Difahamkan bahawa jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan dari Majlis Bandaraya Ipoh. Aduan telah dibuat sebulan yang lalu tapi tiada apa-apa tindakan dari pegawai berkenaan.
Longkang yang tidak dicuci serta diselenggara ini boleh menyebabkan air tersumbat mengundangkan banjir jika hujan lebat. Disamping itu ia juga sebagai pusat pembiakan nyamuk dan lain-lain binatang yang merbahaya seperti ular, tikus dan sebagainya.
Beberapa penduduk yang mengadu mengeluh mengapa nasib mereka jadi begini? Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begini oleh pihak berkuasa. Majoriti kawasan Rapat Setia ini adalah orang Melayu. Adakah sebab kawasan ini dipegang oleh parti yang bukan dari kerajaan maka mereka ini diboikot sebegitu rupa.
Foto-foto dibawah adalah sebahagian daripada gambaran kawasan terbabit :
Salah sebuah longkang di Jalan Dato Damanhuri
Keadaan longkang di Jalan Raja Mahadi
Longkang di Jalan Pandan
Apalah salah penduduk disini...longkangnya tidak dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh
Dimanakah janji kerajaan yang memerintah?
'Tiada Yang Tertinggal
Tiada Yang Terpinggir"
Nampaknya harapkan pagar...pagar makan padi.
p/s; ni orang zamberi tak buat kojer ler ni...hampeh betoi
Sabtu, 3 Ogos 2013
Jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia : Kenapa Azwan Harun???
Kenapa perlu mengundi Azwan Harun?
Pasti inilah soalan yang bermain-main di fikiran para perwakilan pemuda
umno di seluruh negara. Seramai enam orang calon dijangka akan
bertanding jawatan naib ketua pemuda umno malaysia. Dan kesemuanya
adalah ahli jawatankuasa pemuda umno di bawah Khairy Jamaludin @KJ. Kj
amat bijak membiarkan orang orangnya berebut sesama sendiri untuk
jawatan naib sedangkan jawatan ketua pemuda hanya akan ditandingi oleh
calon-calon yang tak berapa terkenal dan langsung tiada peluang untuk
menang. Calon-calon itu sengaja ditaja untuk menggambarkan bahawa berlaku
demokrasi didalam UMNO.
Kenapa Azwan Harun layak untuk menjadi naib?
Sekali lagi soalan itu akan ditanya. Akan saya sebutkan satu persatu
dengan penuh berilmiah dan fakta yang membuatkan para pengundi tidak
mampu menolaknya. Mungkin juga akan ada tuduhan mengatakan saya
berkempen untuk Azwan Harun kerana saya dibayar oleh Azwan. Dengan
bangga diri saya mengatakan SAYA TIDAK DIBAYAR WALAU SATU SEN PUN UNTUK
BERKEMPEN BAGI PIHAK AZWAN HARUN.
Kenapa Perlu undi Azwan Harun?
Wah... Berapa kali dah soalan itu ditanya. Baiklah, biar saya rungkaikan
persoalan bodoh itu kenapa para perwakilan perlu mengundi Azwan Harun.
Ramai yang tidak mengenali Azwan Harun. Kalau ada yang tak kenal siapa
Azwan dan nak mengenali siapa Azwan boleh tanya saya, jangan tanya orang
lain kerana mungkin anda akan mendengar cerita yang tidak benar malah
tidak adil. Mungkin ada yang agak berminat untuk mengenal Azwan Harun
dari pandangan sisi di sudut blogger seperti saya yang begitu kuat
menyokong GERAKAN ANTI ZAMBRY. Umum mengetahui bahawa zambry adalah boss
kepada Azwan. Biar saya ceritakan siapa Azwan Harun ini di lembaran
akan datang. Stay tune....
* dari blog Budak Benteng
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan





