Zulkarnain (kanan) sebagai Pegawai D7 IPK Perak yang baru |
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBJSD) Ipoh antara Asisten Superitendan Zulkarnain Samsudin dan Asisten Superitendan Zairulnizam Mohd Zainuddin di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Zulkarnain yang memangku jawatan itu selama satu bulan setengah dinaikkan pangkat sebagai pegawai di Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Diharap dengan perlantikan pegawai D7 yang baru ini maka segala korupsi dalam perlaksanaan penguatkuasaan banteras jenayah lebih-lebih lagi kedai judi haram atau Jackpot akan lebih telus dan secara habis-habisan.
Semoga Tuan Zulkarnain akan memBANTERAS habis-habisan kegiatan judi haram yang bermaharajalela di negeri Perak ini. Mulakan operasi penghapusan secara menyeluruh. Kuatkan iman Tuan jangan pedulikan tawaran-tawaran dari tokeh-tokeh jahanam tu.
*Dengan ini Kinta Menjerit menawar diri dari segala apa segi untuk bekerjasama bagi menBANTERAS kedai Jackpot di seluruh negeri Perak.
Diharap agensi-agensi lain seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Air Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Imigresen Perak, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah, NGO-NGO dan lain-lain agensi atau jabatan yang berkaitan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memerangi kegiatan judi haram ini. Sebelum ini Menteri Besar telah pun mengumumkan akan pendirian kerajaan negeri Perak tentang isu ini (klik).
Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri Perak bila nak mula buat kerja?....Jangan sampai dah rosak teruk masa tu dah terlambat untuk dibetulkan.
Sementara itu 4
pegawai kanan Polis dinaikkan pangkat daripada Pemangku Supritendan
(DSP) kepada Supritendan (SUPT) bagi memantapkan lagi Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak.
Ketua
Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, memberitahu, kenaikkan
pangkat itu dibuat bagi memantapkan lagi JPJKK negeri ini berikutan
jabatan itu baru sahaja diwujudkan pada 25 Julai lalu oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Katanya,
penubuhan jabatan itu adalah langkah yang diambil oleh PDRM bagi
memastikan kesemua urusan tugasan berkaitan pencegahan jenayah dapat
dilaksanakan dengan lebih teratur dan khusus.
Jelas
beliau lagi, selain itu penubuhan jabatan berkenaan juga bertujuan untuk
mengurangkan jenayah menerusi sistem pencegahan dan pembanterasan yang
lebih berkesan.
"Kesemua
pegawai seluruh Malaysia yang telah ditukarkan kepada jabatan itu nanti
akan dikumpulkan dalam masa terdekat di Bukit Aman bagi menjalani kursus
khas," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kelmarin.
Pada
majlis tersebut, Acryll telah memakaikan pangkat Supritendan kepada
empat pegawai kanan Polis yang turut disaksikan oleh Ketua Polis Daerah
Ipoh, ACP Sum Chang Keong.
Berikut adalah senarai pegawai kanan yang dinaikkan pangkat pada majlis berkenaan:
1) Supt.
Shamsiah Yusoff yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Bahagian Agama
dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dilantik
sebagai PT Polisan Komuniti JPKK IPK Perak.
2) Supt.
Roslan Zauniddin yang sebelum ini memegang jawatan PT Perkhidmatan,
Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai PT Koordinasi Sumber
JPJKK IPK Perak.
3) Supt.
Azlan Abu yang sebelum ini memegang jawatan DSP Penilaian Prestasi dan
Pemeriksaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dilantik sebagai PT Pendataan,
JPJKK IPK Perak
4) Supt.
Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa sebelum ini memegang jawaan DSP Urusetia,
JSJN Bukit Aman dilantik sebagai PT Operasi Darat JPJKK IPK Perak.
JUDI ITU PEROSAK BANGSA
BANTERAS JUDI HABIS-HABISAN
BANTERAS BANTERAS BANTERAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan