Isnin, 30 Julai 2012

Pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai di Padang Polo, Ipoh

Pejabat Menteri Besar Perak akan mengagih-agihkan bubur lambuk sempena Ramadan Al Mubarak di De Polo Cafe Lan’s Catering, dekat Padang Polo mulai jam 5 petang esok (31/7/2012), Selasa.

Orang ramai khususnya umat Islam sekitar bandaraya Ipoh dijemput untuk mengambil bubur lambuk yang ditaja oleh Lan’s Catering.

Majlis pengagihan akan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak iaitu Datuk Shalimin Shaffie.

Selain itu, pengagihan bubur lambuk akan turut disertai pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar.


Cepat!!! Sementara stok masih ada, siapa cepat dia dapat, mari-mari !!!



* sumber dari laman sesawang Perak Today.


Ahad, 29 Julai 2012

Karpal Singh warning again > 'No Hudud'


DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas.

Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.

Sabtu, 28 Julai 2012

DAP tidak undi 2/3 pinda perlembagaan hudud


Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.

Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.

"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama


Abby Gedik nak tumbangkan kerajaan BN

Pelakon drama Gerak Khas yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.

“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan ‘Amal Maaruf Nahi Mungkar,” kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

“Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.

“Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa ‘kerajaan pusat’ untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.

“Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.

“Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.

“Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.

“Terdesak gunakan artis?

“Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada,” kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat ‘penjenamaan semula’ terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.



Abby Abadi ditenyeh Umie Aida

Dalam Twitter Umie Aida menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan Abby Abadi kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

Umie Aida turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kenyataan yang Abby keluarkan.

Dan Umie Aida turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, kena balik mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah bukanlah melalui politik.


Selasa, 24 Julai 2012

Promosi Ramadhan, Malaysia Raya Restoran Ipoh

Sempena bulan Ramadhan tahun 2012 ini, Restoran Malaysia Raya mengadakan promosi pakej buffet untuk berbuka puasa dan bersahur. Restoran yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh ini mudah untuk dicari kerana ia berada di salah satu jalan utama iaitu Jalan Sultan Idris Shah atau dahulunya Browster Road.

Pelbagai-bagai juadah lauk-pauk disediakan juga termasuk pelbagai jenis kuih-muih, pencuci mulut, ulam-ulam, buah-buahan dan lain-lain.

Silalah kunjungi restoran ini untuk mencuba pelbagai juadah yang sedap-sedap belaka.

Sila hubungi nombor seperti didalam gambar dibawah untuk keterangan lanjut.

Olimpik 2012 di London


Datuk Bandar London, Boris Johnson menegaskan bandar itu sudah bersedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012 dengan perasaan gemuruh semakin dirasai menjelang temasya terbesar di dunia itu.

Johnson berkata, tekanan yang dirasakan oleh Britain itu satu senario biasa sebelum upacara pembukaan dilangsungkan Jumaat ini di Olympic Park dekat Stratford, timur London.

Katanya, venue dan juga sistem pengangkutan yang disediakan selamat untuk digunakan meskipun terdapat kebimbangan di Britain tentang masalah perjalanan dan tahap keselamatan.

"Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge kini berada di London dan dia berpendapat bandar ini telah membuat persediaan rapi seperti mana bandar-bandar lain dalam sejarah temasya tersebut.

"Setakat ini sistem trafik dan rangkaian pengangkutan secara umumnya berjalan dengan baik.

"Mungkin apa yang kami lalui ini sebagai sebuah negara dan bandar, ia merupakan sesuatu yang perlu, terutamanya dari segi psikologi apabila kita berasa tertekan sebelum keseronokan bermula Jumaat ini apabila tirai temasya dibuka," kata Johnson.

Menurutnya, Olimpik bakal memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi ibu negara itu setelah kemelesetan melanda Britain.

Bekas Perdana Menteri, Tony Blair yang bertanggungjawab sewaktu London memenangi hak tuan rumah Sukan Olimpik pada 2005, menyokong terhadap pandangan bahawa temasya itu akan dapat membantu mempromosi Britain di mata dunia.

"Ini merupakan acara sukan bertaraf global.

"Alasan mengapa seseorang itu sanggup bermati-matian untuk memenangi temasya tersebut kerana ia dilakukan untuk negara mereka," katanya kepada televisyen Sky News.


Isnin, 23 Julai 2012

Putar isu 'ketuanan melayu'...tak habis-habis!


Isu ketuanan Melayu "sengaja diperbesar-besarkan" oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan politik, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," tambahnya.

"Apa yang mereka mahukan selepas ini ialah sama rata dan sama rasa atau 'fair and square.

"Apabila telah wujud keadaan ini, seperti yang semua sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan.

"Akhirnya, siapakah yang akan mendapat keuntungan sebenar," soalnya dalam ucapannya di majlis pelancaran buku terbaru kolumnis Utusan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah, Masih Adakah Ketuanan Melayu? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia di Kementerian Pertahanan.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan memetik bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bahawa "negara ini telah diakui oleh semua kaum lain yang tinggal di sini sebagai negara yang asalnya negara Melayu".

Menurutnya, ketuanan Melayu "masih lagi relevan" jika ia bermatlamatkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu secara keseluruhannya dan bukannya menguntung segelintir sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

"Jika tidak, ketuanan Melayu tidak hanya ditolak oleh orang bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri," tambahnya.

Pada zaman sebelum kemerdekaan lagi Inggeris telah mengiktiraf bangsa Melayu sebagai tuan dan penduduk asal Tanah Melayu. Kenapa pihak Inggeris meminta wakil raja-raja Melayu supaya menerima penduduk bangsa Cina dan India menjadi sebagai warganegara sebagai syarat kemerdekaan? Satu perjanjian dipanggil 'kontrak sosial' telah dibuat dan perlembagaan disebut 'Perkara 153' untuk menjaga hak keistimewaan orang Melayu.

Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi tentang hak ketuanan Melayu ini. Cuma pencacai politik terdesak ini sahaja yang cuba mengembar-gemburkan isu batil ini supaya ketegangan antara berbilang kaum di Malaysia ini terpetik.


Ning Baizura tolak PAS


Penyanyi, Ning Baizura menafikan dakwaan PAS bahawa dia menyertai parti berkenaan.

Sehubungan itu, melalui akaun Twitternya, Ning menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perkara berkenaan adalah fitnah dan tidak berasas.

"Pas sebar fitnah katanya saya sudah masuk parti pembangkang dan sebarkan gambar saya untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!"

"Orang Islam tak sepatutnya sebar fitnah tanpa bukti kukuh, orang Islam tak payah menggunakan gambar orang tanpa kebenaran. Itu perangai orang Islam ke?" katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan kenyataan, Salahuddin yang menyatakan, selain Hairie Othman dan Bob Lokman, ada artis lain menyertai Pas antaranya Ning, Abby Abadi dan Sharifah Aini.

Ning menambah, semua pihak sepatutnya tidak mengeksploitasi imej bertudung serta kretivitinya demi kepentingan politik masing-masing.

Perak akan kekurangan bekalan mercun/bunga-api raya tahun ni!

IPOH: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak mematahkan cubaan menyeludup mercun serta bunga api yang terbesar di negeri ini tahun ini melibatkan nilai rampasan RM471,270 dengan cukai RM306,325.50 yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui jalan laut dan darat.

Pengarah Kastam negeri Ab. Hamid Salleh berkata dalam serbuan kira-kira jam 5 petang 5 Julai lepas, pasukan Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Pengkalan Hulu di sini menahan sebuah kontena berukuran 40 kaki di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara, Pulau Pinang.
Pemeriksaan awal 'tail board' di pelabuhan itu mendapati sejumlah 1,190 karton mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM451,100 melibatkan nilai cukai RM293,215, dimuatkan di dalam kontena itu.

"Kebiasaannya mercun serta bunga api itu dijual untuk pasaran di kawasan bandar serta luar bandar sepanjang bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kontena yang telahpun seminggu berada di pelabuhan itu diikrarkan sebagai perabot.


"Dalam serbuan itu tiada tangkapan dilakukan. Siasatan terhadap syarikat pengimport dan ejen perkapalan masih diteruskan bagi mengesan orang yang terlibat kerana alamat yang kita peroleh adalah palsu," katanya.

Selain itu, pada 17 Julai pula, pasukan Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Ipoh menahan dua lelaki berumur lingkungan 20-an dan 40-an bersama sebuah lori satu tan di Plaza Tol Kamunting, Jalan Ipoh-Butterworth menghala ke Simpang, Taiping di sini.

Ab. Hamid berkata pemeriksaan ke atas lori itu jam 11.41 malam membawa kepada penemuan mercun serta bunga api pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM20,170 melibatkan cukai RM13,110.50.

Katanya kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kemudian dilepaskan sementara dengan jaminan mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut barang larangan dan seksyen ini memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda barangan rampasan atau tidak kurang 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ab. Hamid berkata pada 2012 sehingga 23 Julai, KDRM Perak memperoleh sebanyak 189 kes yang melibatkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kastam 1967.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 137 kes melibatkan penyeludupan rokok dianggarkan bernilai RM1.33 juta yang melibatkan nilai cukai sebanyak RM9.61 juta manakala 22 kes melibatkan minuman keras dengan nilai RM1,158,286.31 serta cukai sebanyak RM1,235,815.73 dan bagi komiditi mercun dan bunga api sebanyak lima kes diperoleh melibatkan nilai RM484,156 dan cukai sebanyak RM313,670.40," katanya.

Beliau berkata bagi tempoh sama, 20 buah kenderaan disita kerana diguna untuk melakukan kesalahan menurut Akta Kastam 1967 dengan nilai anggaran rampasan sebanyak RM360,000.

Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama kepada KDRM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Perak di talian 05-5272010 atau talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

"Jabatan beri jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan dan ganjaran dalam bentuk wang tunai akan diberi bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya. - Bernama


Negeri Perak bakal jadi pengeluar buah anggur

Buah anggur yang biasanya di tanam di negara yang beriklim sederhana sejuk kini hidup subur di Sungai Siput, kawasan yang bercuaca panas.

Ia berikutan tanaman empat musim itu telah mula mengeluarkan buah yang sama manis dan lazat dengan yang terdapat di iklim sederhana seperti di Eropah.

Pegawai Pertanian Sungai Siput, Mohamad Fauzi Mansor berkata, pihaknya menanam tiga varieti anggur iaitu dari jenis anggur hijau, hitam dan merah.

"Dalam tempoh tujuh bulan sahaja ketiga-tiga jenis anggur berbuah dan jenis hijau memperoleh penghasilan terbaik dan anggur jenis merah mengeluarkan perasa jeli dan begitu manis.

"Walaupun kami menanam tiga pokok jenis Alfonso Lavelle namun pada peringkat pertama penuaiannya, kami memperoleh hampir lima kilo buah-buah tersebut.

"Apa yang kami dapati kesuburan pokok anggur yang ditanam di sini mungkin disebabkan kesuburan tanah dan kesesuaian cuaca yang terdapat di sini,'' katanya ketika ditemuramah.

Pokok anggur tersebut mula ditanam April tahun lalu dan mula mengeluarkan buah pada Januari tahun ini dan ranum tiga bulan kemudian.

Pada masa kini, pokok anggur sedang mengeluarkan buah bagi musim kedua.

Beliau berkata, apa yang menariknya setiap pokok tersebut mengeluarkan antara 12 hingga 20 jambak bagi setiap pokok.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan pokok itu begitu subur Mohamad Fauzi berkata, ia mungkin disebabkan kesesuaian tanah serta penggunaan baja fertigasi atau organik.

"Penggunaan baja fertigasi atau organik ini menjadikan pokok tersebut begitu subur kerana ia mendapat penyerapan baja dan air yang sekata.

"Apa yang menarik lagi pada masa kini iaitu semasa musim panas berpanjangan, tananam tersebut tidak terjejas malah ia mengeluarkan buah yang banyak dan besar,'' katanya.

Mengenai musuh tanaman pula, beliau berkata, ia mungkin mudah dihinggap oleh burung-burung yang terdapat di kawasan tersebut.

Di samping itu katanya, apa yang menarik lagi kawasan tersebut tidak perlu semburan racun untuk menghapuskan rumput rampai.

Ngeh DAP mulot bau bangkai, manipulasi isu tanah Perak

Tuduhan liar Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat berhubung tempoh pajakan 99 tahun untuk geran tanah kampung tersusun dan kampung Cina di Perak ternyata tidak berasas sama sekali.

Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata keputusan pembaharuan hak milik sedia ada untuk dilanjutkan atas nama yang sama bagi tempoh 99 tahun adalah mengikut Pekilling 2011 yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Diskaun 80 peratus bayaran premium juga diberi untuk hak milik yang sama,” katanya lagi kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Tetapi untuk kes Koo Ham, Mah berkata, permohonannya tidak disambung kerana hak milik asal tanah rumah itu adalah atas nama dipercayai bapanya.

Beliau berkata, sehubungan itu tidak wujud dakwaan bahawa pegawai kerajaan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri seperti yang dilemparkan oleh Koo Ham.

“Untuk kes ini, saya percaya kita laksanakan ikut Pekeliling 2011 dan dan tidak wujud dakwaan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah tidak ikut arahan..ia tidak berasas sama sekali kerana kita ada dua pekeliling iaitu untuk 2010 dan terbaru 2011 yang dikeluarkan PTG.

“Saya minta Koo Ham dapatkan dan baca Pekeliling 2011 ini untuk mendapatkan kepastian,” katanya lagi.

Tambahnya, mengikut Pekeliling 2011, apa yang dilakukan pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah Manjung itu jelas mengikut arahan ditetapkan tetapi cuma berlaku kesilapan teknikal kerana mengeluarkan geran untuk tempoh pajakan 60 tahun walaupun Koo Ham sudah menjelaskan bayaran premium untuk tempoh 99 tahun.

“Ia cuma kesilapan teknikal dan Koo Ham telah berjumpa pegawai selepas itu dan beliau menyerahkan kembali geran yang diterima sebelum ini kepada pihak pejabat agar geran baru untuk tempoh 99 tahun dapat dikeluarkan,” katanya.

Beliau juga berasa hairan mengapa wakil rakyat DAP itu sengaja membesar-besarkan isu itu kerana sebagai manusia, penjawat awam juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan mengelak atau mempertahankan mana-mana pihak yang melakukan kesilapan berhubung pemberian tempoh pajakan 99 tahun bagi lot kediaman kampung kampung Cina dan kampung tersusun yang diputuskan sebelum ini.
Sila klik sini.

Tegasnya, jika wujud masalah tempoh pajakan diberi hanya 60 tahun seperti yang dibangkitkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, ia bukannya penipuan oleh kerajaan negeri sebaliknya masalah tertentu di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah yang melaksanakan dasar itu.

Beliau berkata, sebagai ahli politik yang mewakili parti pembangkang, sudah tentu Koo Ham akan menggunakan isu tersebut semaksimum yang mungkin bagi memberi gambaran buruk terhadap kerajaan kepada rakyat.

“Ngeh is a politician, apabila kesilapan yang dibuat barangkali oleh Pejabat Tanah dan Daerah, dia terus ambil isu itu sebagai satu cara nak hentam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh.



* sumber dari laman sesawang Perak Today

Ahad, 22 Julai 2012

Berbuka Puasa bersama YB Keshvinder


Pada 22hb. Julai 2012, Ahad suatu majlis berbuka puasa telah diadakan di Hotel Grand Kampar yang terletak di Bandar Baru Kampar. Majlis yang bertajuk 'Majlis Sekapur Sireh YB Keshvinder bersama Rakan-rakan Cyber Jamuan Mesra Berbuka Puasa 2012'. Acara yang bermula pada jam 7:00 petang itu dimulai dengan pendaftaran hadirin, menyambut ketibaan VVIP dan bacaan doa.

Sungguhpun majlis ini dianjurkan oleh orang bukan Islam tetapi mereka menghormati dengan memasukkan slot waktu sembahyang dan keutamaan kepada waktu berbuka.

Ucapan-ucapan dari VVIP diberikan oleh YB Keshvinder Singh Dhillon sendiri yang juga ADUN Malim Nawar, Dato Dr Jasvinder Singh Dhillon, Pengerusi PPIS yang juga doktor pakar mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Encik M.A. Samy Raju dari Yayasan Sakti Malaysia dan Puan V. Shanti iaitu Ketua Wanita YBK.

Majlis yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk rakan-rakan Facebook, NGO-NGO, wakil-wakil BN dari serata Malaysia juga terdiri daripada berbilang kaum dari bangsa India, Sikh, Cina dan Melayu.

Dalam ucapan YB Keshvinder menekankan tentang kerjasama dan sokongan terhadap Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang (PRU13).

Kinta Menjerit yang dijemput sebagai rakan Facebook mengucapkan terima kasih atas undangan makan berbuka puasa itu. Diharap selepas ini YB dapat menjemput kumpulan Perak Cyber Trooper (PCT) supaya dapat bekerjasama dalam apa-apa jua aktiviti yang berkaitan terutama aktiviti siber dalam negeri Perak Darul Ridzuan. PCT bukan sahaja terdiri pengamal atau pengguna Facebook tetapi juga terdiri daripada Blogger, Twitter dan lain-lain.



Tiada yang Tertinggal, Tiada yang Terpinggir.

" Rakyat Didahulukan"

Khamis, 19 Julai 2012

DAP Ngeh hentam membabi-buta kerajaan Perak isu tanah 99 tahun



Ngeh Koo Ham sebagai Pengerusi DAP Perak yang juga Wakil Rakyat Parlimen Beruas dan DUN SItiawan telah mendakwa bahawa kerajaan Perak dibawah pimpinan Menteri Besar Zambry menipu atas penganugerahan tanah berstatus 99 tahun.

Kes ini bangkit apabila mereka membuat permohonan tanah untuk 99 tahun tetapi apabila menerima geran mereka dapat yang tertulis 60 tahun sahaja. Ini sebenarnya mungkin akibat kesalahan teknikal atau kesilapan pentadbiran pejabat tanah, justeru itu Menteri Besar telah memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan kes seperti ini sejajar dengan pengumuman kerajaan dahulu tentang penganugerahan status tanah 99 tahun ini.

Murah!!! Seks B2B di Puchong




PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.



* kalau nak tanya harga ambik nombor telefon pada iklan sewa kedai yang digantung banner.


Rabu, 18 Julai 2012

Nasha...you jangan percaya cakap BooDark Ben10, fitnah tu!!!

Giler punyer blog BooDark Ben10, ada ke dia cakap gua blogger cerita seks. Dalam blog dia lagi banyak citer karut seks-seks, tak percaya cuba tengok dalam SENARAI ARTIKEL (tak percaye, tengok la sendiri) blog dia.

Duhai sayangku Nasha,
Jangan percaya cakap dia bulat-bulat, itu semua bohong dia sengaja nak burukkan nama i. Dia dengki sebab you tak layan dia, tu yang dia buat cerita bukan-bukan pasal i dia tuduh i blogger cerita seks.
Dia dengki sebab i ada banyak koleksi gambar you termasuk gambar you ketika you masih sekolah. Dasar blogger muker spanar hidup dia tak puas hati, dia cuba macam-macam cara untuk busukkan nama i (klik sini).


Hati i tetap pada you jangan risau.


Tengok kat bawah banyak foto-foto you yang terbaik i ada simpan. Bukti yang i setia pada you.



I nak you jauhkan diri dari blogger BooDark Ben10 ni.

Nak tengok nenen Manohara?


Pastinya bapak-bapak, mas-mas dan abang-abang semua kepinggin mahu nonton nenen wanita cantik yang kontroversi yang berasal dari Indonesia, yang juga bekas isteri salah seorang kerabat diraja kelantan tidak lama dahulu.

Lihat sahaja foto dibawah, jangan malu-malu Pakkk!




*Jika mahu ngetahui tentang dirinya, teruskan kembali membaca seterusnya sampai ke bawah :
Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992; umur 20 tahun) adalah seorang model Indonesia. Manohara memiliki darah campuran Amerika Serikat dan Bugis, Indonesia serta berkewarganegaraan ganda, Amerika Serikat dan Indonesia.
Nama Manohara mencuat di berbagai media massa Indonesia dan Malaysia pada pertengahan bulan April 2009, karena konflik yang terjadi dengan suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera ke-3 Sultan Kelantan, Malaysia.
Manohara lahir dari orang tua berkebangsaan Amerika Serikat, George Manz dan keturunan bangsawan Bugis, Daisy Fajarina. Setelah kedua orangtuanya bercerai, sang ibu menikah dengan Reiner Pinot Noack yang berkebangsaan Perancis. Manohara juga memiliki seorang saudari tiri yang berusia lebih tua, bernama Dewi Sari Asih.
Manohara adalah seorang model. Di usianya yang masih muda, ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut Majalah Harper's Bazaar.
Manohara bertemu dengan Tengku Fakhry di Perancis pada bulan Desember 2006, saat jamuan makan malam oleh Wakil Perdana Menteri Malaysia. Terjalin hubungan di antara keduanya, dan pada 26 Agustus 2008 Manohara dan Tengku Fakhry menikah di Malaysia. Setelah menikah, Manohara mendapat gelar Cik Puan Temenggong dan menjadi anggota dari keluarga kerajaan Kelantan.
Dua bulan kemudian, Manohara memutuskan kembali ke Jakarta dan tidak mau kembali ke Malaysia. Ia dikabarkan mendapat perlakuan yang tidak menyenangkan dari suaminya. Ia juga meminta sang suami memenuhi janjinya menggelar pesta pernikahan di Jakarta. Tengku Fakhry kemudian menjemput Manohara, membelikan mobil sebagai hadiah ulang tahun, serta mengajak Manohara beserta keluarganya untuk umrah bersama.
Ketika selesai umrah pada 9 Maret 2009, Tengku Fakhry segera membawa istrinya kembali ke Malaysia.
Kasus ini semakin mendapatkan perhatian dari para wartawan mengenai tuduhan penculikan Manohara oleh seorang pangeran Malaysia, di Jakarta pada April 2009. Pemerintah Indonesia melalui pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur selanjutnya meminta penjelasan dari Pemerintah Malaysia mengenai dugaan pencekalan tersebut.
Pada hari Minggu 31 Mei 2009, Manohara tiba kembali di Indonesia bersama dengan ibunya dari Singapura. Melalui konferensi pers, Manohara menyatakan bahwa ketika ia bersama keluarga Kerajaan Kelantan sedang berada di Singapura untuk menjenguk Sultan Kelantan yang tengah berobat di Singapura, ia berhasil lolos dari penjagaan pengawal Kesultanan Kelantan. Dengan bantuan aparat Singapura dan staf diplomatik Kedutaan Besar Amerika Serikat, Manohara berhasil bertemu dengan ibunya yang saat itu juga sedang berada di Singapura. Manohara bersama ibunya segera kembali ke Indonesia. Manohara menyatakan bahwa segala tuduhan penculikan dan penganiayaan yang dilayangkan ibunya kepada suaminya adalah fakta. Manohara juga menyatakan tidak bersedia kembali ke Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari Tengku Fakhry.
Pengadilan Syariah Malaysia memerintahkan Manohara Odelia Pinot untuk kembali kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dan membayar RM 1.2 juta yang dipinjamnya, setelah gagal mengajukan pertahanan atau menghadiri kasus pengadilan. Jika Manohara tidak kembali kepada suaminya, pengadilan tersebut menganggapnya telah derhaka nusyuz atau tidak taat, dan oleh karena itu tidak layak memperoleh apa pun dari suaminya.
Pengadilan tidak dapat menerima argumen bahwa uang sejumlah RM 1.112.250 adalah hadiah dari Tengku Muhammad Fakhry, berdasarkan tidak tampilnya Manohara di depan seluruh proses pengadilan.
Tengku Fakhry menyatakan bahwa uang bukanlah masalah dan yang penting adalah martabat dan reputasi. Ia berkata bahwa ia terpaksa memulai proses hukum untuk membersihkan namanya atas tuduhan penyiksaan fisik dan seksual yang tak berdasar, yang bermaksud merendahkan dirinya di mata anggota keluarga kerajaan, pemerintah dan masyarakat.
Dalam semua kasus, pihak Tengku Fakhry menyatakan bahwa pengacara Manohara bersikap non-koperatif dan hanya berpegang pada kabar angin; dan bahwa pihak wanita tidak dapat menghasilkan bukti untuk mendukung tuduhan mereka.
Daisy Fajarina mengatakan bahwa keluarganya sudah siap menghadapi konsekuensi mengabaikan perintah Pengadilan Syariah Malaysia, termasuk hilangnya hak istimewa Manohara sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan, dan mereka pun tidak akan membayar kembali apa yang disebut utang tersebut.
Pada 20 Februari, Manohara kembali menjadi tajuk berita di Malaysia, ketika Manohara Odelia Pinot beraksi mesra mencium Amil Mohede.


Gitu lohhh...kisahnyaaaa.

NSTP bertemu MB Perak di Ipoh


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, semalam, menerima kunjungan hormat pengurusan kanan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Kunjungan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, A Jalil Hamid itu bertujuan memantapkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan NSTP.


Hadir sama, Ketua Biro Harian Metro, Jamilul Anbia Md Denin; Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan Ketua Biro New Straits Times, Audrey Dermawan, selain Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Nizamuddin Isa.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk perkembangan politik di Perak dan program pembangunan dilaksanakan sepanjang lebih tiga tahun Dr Zambry mentadbir negeri ini.


Ditujukan khas buat Nasha Aziz, terimalah 'BAIK-BAIK SAYANG'




Lagu diatas ku tujukan kepada sayangku, buah hati dan jantungku... Noraishah Abdul Azizi @ Nasha Aziz





Semoga dikau sentiasa mengingati daku.

Akan ku jauhkan kau dari BooDark Ben10 yang cuba merampas kau dariku.

Segala cacian, maki dan hamun dari si muka spanar hidup ( klik sini ) itu, akan ku terima dan harungi dengan tabah. Pesan ku untukmu 'Baik-baik Sayang'....dan ingatlah hatiku tak berbelah bahagi untukmu.




Luv u darling

Selasa, 17 Julai 2012

Nurul Izzah syok kat blogger Papagomo


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Balik Pulau melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.

Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

“Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

“Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.

“Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.

“Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.

Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.

“Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya.


* dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...