Isnin, 23 Julai 2012

Putar isu 'ketuanan melayu'...tak habis-habis!


Isu ketuanan Melayu "sengaja diperbesar-besarkan" oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan politik, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," tambahnya.

"Apa yang mereka mahukan selepas ini ialah sama rata dan sama rasa atau 'fair and square.

"Apabila telah wujud keadaan ini, seperti yang semua sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan.

"Akhirnya, siapakah yang akan mendapat keuntungan sebenar," soalnya dalam ucapannya di majlis pelancaran buku terbaru kolumnis Utusan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah, Masih Adakah Ketuanan Melayu? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia di Kementerian Pertahanan.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan memetik bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bahawa "negara ini telah diakui oleh semua kaum lain yang tinggal di sini sebagai negara yang asalnya negara Melayu".

Menurutnya, ketuanan Melayu "masih lagi relevan" jika ia bermatlamatkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu secara keseluruhannya dan bukannya menguntung segelintir sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

"Jika tidak, ketuanan Melayu tidak hanya ditolak oleh orang bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri," tambahnya.

Pada zaman sebelum kemerdekaan lagi Inggeris telah mengiktiraf bangsa Melayu sebagai tuan dan penduduk asal Tanah Melayu. Kenapa pihak Inggeris meminta wakil raja-raja Melayu supaya menerima penduduk bangsa Cina dan India menjadi sebagai warganegara sebagai syarat kemerdekaan? Satu perjanjian dipanggil 'kontrak sosial' telah dibuat dan perlembagaan disebut 'Perkara 153' untuk menjaga hak keistimewaan orang Melayu.

Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi tentang hak ketuanan Melayu ini. Cuma pencacai politik terdesak ini sahaja yang cuba mengembar-gemburkan isu batil ini supaya ketegangan antara berbilang kaum di Malaysia ini terpetik.


1 ulasan:

  1. ASSALAM, DOUBLE STANDARD, PEMERINTAH X BOLEH LAUNGKAN KETUANAN MELAYU DITUDUH RESIST, ANUWAR PEGI TEMPAT MELAYU JADI MELAYU, TEMPAT CINA JADI CINA, DI TEMPAT INDIA JADI INDIA.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...