Sabtu, 28 Julai 2012

Abby Abadi ditenyeh Umie Aida

Dalam Twitter Umie Aida menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan Abby Abadi kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

Umie Aida turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kenyataan yang Abby keluarkan.

Dan Umie Aida turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, kena balik mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah bukanlah melalui politik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...