Sabtu, 7 Julai 2012

Uncle Sickeers kaki pitt rupernya

Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini ditahan di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, selain Uncle Seekers yang berusia 46 tahun, seorang wanita berusia 26 tahun dipercayai teman wanitanya turut ditahan oleh dua pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada pukul 9.45 malam.

“Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 1 Julai lalu, sekumpulan 30 individu mengecam tindakan Uncle Seekers kerana didakwa memfitnah Sultan Johor melalui laman blog www.uncleseekers.blogspot.com.

Kumpulan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kerana mendakwa blog itu mengandungi unsur-unsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beberapa pemimpin kerajaan lain.

Mohd. Akhir berkata, sehingga hari ini, tujuh laporan polis daripada pelbagai pihak berkaitan perkara itu telah diterima pihaknya.

Sementara itu, Majistret Johor Bahru, Md. Isa Mohamed membenarkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Syed Abdullah dan teman wanitanya yang tiba di pekarangan mahkamah pukul 3 petang dengan berpakaian reman kelihatan ceria dan sempat menunjukkan isyarat bagus ke arah jurugambar dan wartawan.

Polis mengesahkan pengendali laman blog uncleseekers.blogspot, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein, 46, positif dadah jenis morfin berdasarkan ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya, semalam.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya memaklumkan, ujian saringan air kencing itu dijalankan pada jam 1.25 tengah hari.


“Ujian air kencing dibuat terhadap suspek yang ditangkap iaitu Syed Abdullah Syed Hussein (Uncle Seekers) di IPD Nusajaya.

“Hasil ujian terbabit didapati positif morfin. Laporan sudah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...