Rabu, 4 Julai 2012

Demam PRU13, beri peluang pada yang MUDA


Sudah tiba masanya Barisan Nasional membariskan orang-orang muda sebagai calon wakil rakyat. Statistik menunjukkan pengundi dikalangan orang muda semakin ramai, oleh itu sudah tentu kriteria pemilihan calon di fikiran mereka cenderung kepada orang yang lebih kurang seusia mereka.

Berdasarkan dari senario ahli-ahli wakil rakyat yang dahulu terdapat berbagai masalah timbul bila ramai mereka yang lewat usia. Memang kalau dari segi pengalaman sudah tentu yang berusia ini lebih matang dan nampak wibawa. Masalah timbul apabila berlaku masalah kesihatan dan kematian wakil rakyat itu. Pilihanraya terpaksa di buat semula maka kempen terpaksa diadakan yang mana ini melibatkan kos wang ringgit dan gunatenaga ahli-ahli parti untuk berkempen menarik undi rakyat semula.

Kelebihan calon dari kalangan orang muda ialah mereka lebih agresif dan dapat bekerja untuk rakyat dengan lebih kuat dari segi luangkan masa dan cara pemikiran yang lebih mengikut peredaran masa. Pengundi dari kalangan belia sudah tentunya lebih berminat dengan wakil rakyat muda kerana mereka akan lebih selesa dan terbuka.

Pemimpin muda lebih lantang bila berucap dan bersemangat bila bekerja berbanding yang tua mungkin kurang agresif. Kerajaan juga perlu idea-idea dan buah fikiran dari golongan yang muda ini untuk mengenalpasti apa keperluan untuk memajukan dan membangunkan negara.

Era zaman telah berubah generasi Y telah beransur mengambil-alih menjadi golongan penduduk majoriti di negara ini. Golongan dari zaman era kemerdekaan telah makin kurang, semangat kenegaraan Malaysia pada masa kini tidak sama seperti orang lama dimana hala tuju mereka berbeza dari dulu. Kini generasi Y ini yang lebih berpelajaran tinggi dan terdedah kepada teknologi terkini serta dunia IT tanpa sempadan berbeza corak pemikirannya.

Sudah sampai masanya BN melakukan tranformasi demi untuk kemenangan Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) yang akan datang ini supaya dapat mengekalkan pemerintahan negara dan juga memajukan serta membangunkan negara kita ini. Sebagai rakyat negeri Perak seboleh-bolehnya nak tengok juga calon-calon wakil rakyat muda bertanding di pilihanraya akan datang di negeri ini. Jasa dari orang muda patut diingati dan dihargai dimana sumbangan mereka amat besar dalam gerakan mendapatkan balik negeri ini dari pembangkang suatu ketika dahulu. Dari segi aktiviti politik pula orang mudalah yang paling ramai menyumbang tenaga dan meramaikan majlis.

Kepada golongan ahli politik yang veteran jangan rasa sangsi dan tamak untuk mengaut segala jawatan, berilah peluang kepada yang muda. Cuba bersihkan minda dari tradisi politik lama dan rasa dengki, elakkan budaya cantas-mencantas kepada orang muda yang ikhlas ingin berjuang dan bekerja untuk parti dan negara ini. Dalam BN tidak kurang ada pemuda-pemuda yang dari latarbelakang pendidikan ijazah ke atas dan juga ada yang memegang jawatan penting dalam parti seperti jawatan Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari dan lain-lain dimana mereka ini layak jika ingin bertanding sebagai wakil rakyat.

Harap pimpinan tertinggi BN akan memberi peluang kepada orang muda untuk bekerja di peringkat Negeri (DUN) mahupun Persekutuan (PARLIMEN).





BN Pilihan Orang Muda
Tranformasi Muda Ke Arah Malaysia Jaya
Belia Pemangkin Kemajuan Negara


2 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...