Ahad, 24 Julai 2016

Sakit Buasir : Info Kesihatan


Meskipun beribu rakyat Malaysia tidak menyedarinya, mereka sebenarnya mempunyai persamaan dengan beberapa pelakon terkenal Hollywood, seperti George Clooney dan mendiang Marilyn Monroe, iaitu mengalami ketidakselesaan pada hemoroid.

Ketidakselesaan pada hemoroid atau bahasa mudahnya, buasir, merupakan masalah biasa masyarakat moden kini.

Keadaan ini berlaku kepada orang yang kerap mengalami keadaan sembelit atau kesusahan membuang air besar.

Buasir merupakan komponen normal dalam anatomi manusia, iaitu kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar dan akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis atau cecair.

 


Menurut Pakar Bedah Am, Hospital Pantai Kelang, Dr. Lam Yeaw Fah, masalah timbul apabila kusyen vaskular menjadi bengkak akibat tekanan yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.

Keadaan ini akan mengakibatkan pesakit berasa kurang selesa.

Terdapat dua jenis buasir, iaitu buasir dalaman yang berlaku pada saluran dubur, manakala buasir luaran boleh dilihat dan dirasai.

“Ironinya, gejala buasir seringkali berlaku apabila pesakit pulang dari bercuti kerana ketika tempoh itu mereka lazimnya mengabaikan pengambilan serat dan air putih yang mencukupi dalam diet makanan.

“Mereka juga mengambil peluang tersebut untuk mencuba pelbagai jenis makanan di negara orang.

“Pada amnya, seseorang yang mengalami buasir buat pertama kali akan berasa takut dan panik apabila melihat najis berdarah atau kadangkala darah menitik dalam mangkuk tanda. Proses membuang air besar akan menjadi tidak selesa dan mengerikan kerana menyebabkan rasa sakit,” katanya.

Dr. Yeaw Fah berkata, buasir boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira usia dan jantina.
Ujarnya, simptom utama buasir adalah bengkak dan berlaku pendarahan dari dubur ketika membuang air besar. Jika simptom berpanjangan, boleh menyebabkan rasa sakit, berlaku pengeluaran lendir dan kecacatan kosmetik.

Faktor yang menyebabkan buasir masih tidak jelas dan berbeza mengikut pesakit. 

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini berpunca daripada sembelit berpanjangan, meneran ketika membuang air besar, peningkatan tekanan intra-abdomen yang disebabkan oleh kehamilan dan batuk kronik.

“Meskipun ramai pesakit yang menghidapnya, masalah ini boleh dirawat dengan adanya pelbagai pilihan rawatan yang berkesan. Bergantung kepada tahap keseriusan buasir mereka, dalam kebanyakan kes, pesakit boleh dirawat tanpa perlu dimasukkan ke hospital,” katanya.

Ujar Dr. Yeaw Fah, sebelum rawatan dimulakan, doktor terlebih dahulu perlu mengambil sejarah gejala pesakit, tempoh buasir dan apa-apa sahaja yang mungkin mempunyai kaitan dengan penyakit ini.

Pesakit kemudian diperiksa secara klinikal, bermula dengan pemeriksaan rektum digital, diikuti oleh proktoskopi untuk mengesahkan adanya masalah buasir.

“Memilih rawatan yang betul bergantung kepada keadaan penyakit. Bagi kes-kes yang lebih ringan, seperti pendarahan rektum, pesakit mungkin dinasihatkan untuk mengambil pelembut najis dan julap, di samping meningkatkan jumlah serat dalam diet mereka dan mengelakkan meneran terlalu banyak semasa buang air besar.

“Bagi pesakit yang memerlukan prosedur ligation iaitu dengan mengikat band getah pada buasir, mereka boleh terus pulang ke rumah selepas menjalani rawatan. Pilihan rawatan lain adalah terapi sclero, iaitu suntikan penyelesaian khas yang akan mengurangkan saiz buasir,” ujarnya.

Namun demikian jelasnya, bagi kes yang serius iaitu hemoroid tahap dua, tiga, dan empat, prosedur pembedahan merupakan pilihan terbaik buat pesakit.

“Sudah tentu pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan prosedur yang dijalankan menggunakan bius, namun ternyata prosedur ini lebih berkesan dan potensi untuk penyakit berulang kembali adalah kurang,” kata Dr. Lam.

Bagaimanapun, Dr. Lam mengingatkan bukan semuanya kes pendarahan ketika membuang air besar adalah disebabkan buasir kerana tanda-tanda yang berlaku mungkin disebabkan oleh penyakit yang lain seperti kanser dubur atau kanser rektum.

“Disarankan, bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan ketika membuang air besar, seelok-eloknya berjumpa doktor bagi menentukan masalah sebenar bukan dengan melakukan diagnosis dan rawatan sendiri yang hanya mengakibatkan masalah yang lebih besar,” ujarnya.


> lagi artikel, sila klik BUASIR 




*sumber dari laman sesawang akhbar nasional tempatan

Sabtu, 23 Julai 2016

Penduduk Malaysia Kini Berjumlah 31.7 juta Banci Tahun 2016


Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan nisbah penduduk lelaki di negara ini terus meningkat berbanding wanita iaitu 107:100 atau 16.4 juta orang lelaki manakala wanita 15.3 juta orang pada tahun ini berbanding nisbah 106:100 enam tahun lepas.

Pada 2010, statistik yang dikeluarkan oleh jabatan itu menunjukkan bilangan penduduk lelaki 14.56 juta manakala wanita 13.77 juta.

Menurut jabatan tersebut, statistik yang dikeluarkan tahun ini merangkumi jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan 31.7 juta orang.

Jelas kenyataan itu, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 juta penduduk berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.

“Taburan penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015.

“Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4 peratus pada 2016 (24.5 peratus) berbanding 2015 (24.9 peratus).

“Penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15 hingga 64 tahun meningkat 0.2 peratus pada 2016 kepada 69.5 peratus berbanding 2015 dan penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut menjelaskan, bagi peratusan penduduk mengikut negeri, Selangor mencatatkan peratusan negeri penduduk tertinggi pada tahun ini iaitu 19.9 peratus diikuti Sabah (12.0 peratus) dan Johor (11.5 peratus).

“Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu masing-masing sebanyak 0.3 peratus,” jelasnya.

Dalam pada itu, peratusan penduduk bukan warganegara pada tahun ini adalah 10.3 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia.

“Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus diikuti oleh etnik Cina (23.4 peratus), India (7.0 peratus ) dan lain-lain (1.0 peratus),” katanya.






*sumber dari laman sesawang akhbar nasional tempatan

Khamis, 30 Jun 2016

Terbaik Najib!!!...Jangan Kata Abang Tak Payung


Kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam di seluruh negara mulai Julai ini membuktikan kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menghargai usaha dan kerja keras para penjawat awam.

Dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini, Perdana Menteri berharap bantuan itu akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.

"Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

"Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu," katanya.

Kenaikan satu tangga gaji dan gaji mininum itu diumumkan perdana menteri pada pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas.





*sumber dari laman berita nasional

Cuti Peristiwa 8 Julai 2016...Raya Sakan Orang Gomen!!!



Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.





* sumber dari laman sesawang akhbar nasional

Rabu, 29 Jun 2016

Barisan Kabinet Malaysia 2016


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar kembali menyertai Kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di pejabatnya di Perdana Putra pada 27hb Jun 2016.
Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendapat portfolio baharu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menggantikan Tan Seri Abdul Wahid Omar yang buat keputusan tidak meneruskan tempoh sebagai senator.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerajaan atas sebab peribadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.
Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.
Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah diganti oleh Datuk Henry Sun Agong.
Turut dilantik Datuk Seri SK Devamany sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Jumaat, 18 Mac 2016

IPOH Bebas Dari Mesin Judi Haram


Tiada mesin judi haram dikesan beroperasi di bandar raya ini terutama di pusat hiburan keluarga, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berdasarkan maklumat orang ramai, kebanyakan mesin judi yang didakwa beroperasi di pusat hiburan keluarga di sini, mempunyai lesen.

"Ini salah tanggapan, di Ipoh, kosong tiada mesin judi haram sebab semua yang dianggap mesin judi adalah permainan dalam pusat hiburan keluarga.

"Semua pusat hiburan keluarga di Ipoh beroperasi secara sah, mempunyai lesen perniagaan, maka tiada tindakan boleh diambil" katanya kepada pemberita selepas 

Program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Pasar Awam Gunung Rapat di sini, hari ini.

Chang Keong berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan banyak pihak mengenai terdapat mesin judi haram beroperasi secara berleluasa di bandar raya ini.

Ditanya mengenai kes samun di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini pada Rabu Chang Keong berkata, pihaknya mendapati modus operandi sekumpulan lima penyamun itu adalah baharu di daerah ini.

"Dalam kejadian semalam, penyamun berkenaan masuk ke premis dan menunjukkan dua benda seakan-akan senjata api.

"Ini modus operandi baharu di Ipoh kerana kebanyakan kes samun kedai emas (di Ipoh) adalah dengan masuk ke kedai dan terus pecahkan peti pameran," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.59 petang semalam, lima penyamun mengambil masa kurang tiga minit melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM750,000.

Mengenai program HPP hari ini, Chang Keong berkata, kira-kira 60 pegawai dan anggota terlibat bagi memberi keyakinan kepada orang ramai mengenai usaha polis mengekang jenayah.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.




 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN
33.  IPOH Bebas Dari Mesin Judi Haram

 

 

 

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Khamis, 17 Mac 2016

Dalang anugerah darjah dan kebesaran palsu negeri Perak ditangkap


Susulan pendedahan akhbar Utusan Malaysia mengenai kegiatan menjual anugerah darjah dan kebesaran diraja palsu di negeri ini, lapan individu termasuk dalang utama kes itu diberkas polis dalam Op Anugerah yang dilancarkan sejak 16 Februari lalu.

Dipercayai dalang utama kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sejarah kerabat diraja Perak.

Kesemua suspek kini direman sementara menunggu Lembaga Pencegahan Jenayah bersidang untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi bagaimanapun enggan mengesahkan tangkapan yang dibuat itu melibatkan kerabat diraja negeri ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia antara 35 hingga 63 tah­un ditahan dalam serbuan ber­asingan di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, penahanan mereka dibuat mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
“Tangkapan dilakukan oleh polis Perak dengan kerjasama polis Bukit Aman. 

Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 4(2) Akta POCA 1959 (Akta 297) sementara menunggu Lembaga Pencegahan Jenayah bersidang untuk tindakan lanjut,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis di Mes Pegawai Kanan Polis, di sini hari ini.

Pendedahan akhbar ini mengenai kegiatan menjual anugerah Datuk palsu di negeri ini mendapat perhatian semua pihak termasuk Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah apabila baginda sendiri menitahkan supaya kegiatan itu segera dibendung.

Pihak yang menjalankan kegiatan itu dipercayai telah menjalankan kegiatan tersebut sejak bertahun-tahun lalu dengan bayaran berbeza, iaitu berdasarkan anugerah yang diberikan.

Abdul Rahim menjelaskan, tangkapan tersebut merupakan tindakan polis sebagai menjunjung titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat dalam sindiket berkenaan.

Ujarnya, kegiatan tersebut telah mencemarkan institusi Kesultanan Perak dan polis telah mengambil tindakan segera dengan membuat tangkapan

“Sejak Mac 2013 lagi, kita telah menerima empat laporan mengenai penganugerahan pingat palsu ini dan kita telah namakan operasi bagi mengesan individu yang terlibat sebagai Op Anugerah.

“Kita sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket ini,” katanya.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan



Jumaat, 4 Mac 2016

SELAMATKAN MALAYSIA..


Nama2 yang menandatangani Citizens Declaration
Lima pertama:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Tun Dr Ling Liong Sik
Datuk Seri Azmin Ali
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lima kedua:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Mohamad Sabu
Lim Kit Siang
Datuk Mustafa Ali
Datuk Ambiga
Lima ketiga:
Tan Sri Sanusi Junid
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Kamarudin Jaffar
Datuk Mahfuz Omar
Tan Sri Muhammad Mohd Taib
Lima keempat:
Tian Chua
Teresa Kok
Anthony Loke
Tan Sri Aziz Yasin
Datuk Kadir Jasin
Lima kelima:
Salahudin Ayub
Datuk Dr Mujahid
Datuk Husam Musa
Rafizi Ramli
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Lima keenam:
Datuk Fauzi Abdul Rahman
Datuk Lajim Okin
Hasanudin Yunus
Samsul Iskandar Akin
Maria Chin Abdullah
Lima ketujuh:
Dr Syed Azman
Amiruddin Saari
Datuk Hamidah Othman
Kamarul Azman Habibur Rahman
Uncerognised Indian lady
Lima kelapan:
Zahid Mat Arip
Elizabeth Wong
Tamrin Tun Ghafar
Afif Bahardin
Hishamudin Rais
Lima kesembilan:
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Ainina Saadudin
Abdullah Sani
Datuk Wan Abu Bakar Muhammad
Sayid Sadiq Abdul Rahman



#TM
#RespectMyPM
#komrads

Ahad, 31 Januari 2016

3 lagi ahli Geng Tengku diburu Polis


Polis memburu tiga lagi ahli Geng Tengku selepas dua daripadanya yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri kejadian pemerasan dan samun siber kafe serta pusat hiburan keluarga di sekitar bandar raya ini sejak November tahun lalu. 

Ketua kumpulan berkenaan berusia 28 itu bagaimanapun ditahan bersama seorang lagi ahlinya berusia 26 tahun di dalam sebuah rumah di Beruas dekat sini pada 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, susulan daripada tangkapan itu, polis turut merampas sebilah pisau, dua buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah kereta Proton Wira dan dua bungkusan daun kering disyaki ganja seberat 17 gram.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua lelaki itu mendapati bahawa tujuan mereka melakukan samun dan mencederakan orang adalah untuk menakutkan mangsa supaya membayar wang perlindungan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek berusia 28 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah iaitu curi kereta, dadah dan samun manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang rekod jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Chang Keong, kedua-dua suspek kini direman sehingga hari ini bermula Selasa lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada 28 November lalu, empat ahli Geng Tengku bertindak menyerang sebuah pusat hiburan keluarga di Lahat, di sini dengan bersenjatakan parang untuk meminta wang perlindungan daripada pekerja premis.

“Mangsa yang enggan berbuat demikian telah dicederakan di bahagian kepala, malah beberapa barang di dalam premis itu turut dirosakkan. Suspek juga melarikan wang tunai serta barangan berharga yang dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya.




'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...