Rabu, 9 Julai 2014

IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot


Daerah Manjung menjadi antara daerah yang aktif dalam penglibatan kes berkaitan mesin judi komputer.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, keadaan itu menjadikan operasi membanteras kegiatan berkenaan dipertingkatkan dan dilakukan setiap bulan.

Menurutnya, bermula awal Januari hingga kelmarin, pihaknya sudah membuat 58 serbuan dan merampas 633 mesin judi komputer.

“Ini adalah jumlah yang besar dan saya percaya jumlah ini akan bertambah dengan kekerapan operasi yang kita laksanakan berdasarkan maklumat awam atau risikan pihak kami.

“Kita sentiasa memandang serius masalah judi ini kerana ia turut menyumbang kepada gejala tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, sebanyak sembilan serbuan dibuat dan berjaya merampas 89 mesin judi komputer.

Angka itu katanya, menunjukkan daerah Manjung menjadi antara yang aktif dalam kegiatan mesin judi komputer atau judi tidak berlesen ini.

“Kesemua kes berkaitan mesin judi ini kita akan disiasat di bawah Seksyen 4 (B) (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan juga Seksyen 6 (1)(a) Enakmen Hiburan iaitu berkaitan dengan lesen tempat hiburan,” katanya.




Klik >  "Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!"
 

Jaafar berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam gejala tidak sihat berkenaan kerana boleh diambil tindakan undang-undang jika ditangkap.
“Kita juga mengharapkan masyarakat supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak kami untuk memastikan aktiviti mesin judi berkomputer itu dapat dibanteras,” katanya.



* sumber dari laman sesawng akhbar tempatan



1 ulasan:

  1. komputer tu dari dilupuskan baik didermakan ke sekolah2 selepas diinstall software windows

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...