Khamis, 3 Julai 2014

NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS


Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.

Serbuan di Klang...klik1 
 
Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut.

Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.

 Serbuan di Teluk Intan...klik2

Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan.

Mereka memasuki premis itu tanpa rasa takut biar pun mengetahui isu mesin tersebut sedang hangat diperkatakan.

Serbuan di Kamunting...klik3

"Premis itu sudah lama beroperasi tetapi sehingga kini tiada tindakan oleh agensi penguat kuasa dan ia sememangnya menjadi 'port' untuk anggota tentera melepaskan gian mereka bermain judi,'' kata satu sumber ketika dihubungi.

Malah tinjauan juga mendapati, di sesetengah kawasan, anggota penguat kuasa diberi layanan istimewa oleh pengusaha-pengusaha mesin judi haram.

"Layanan ini diberikan bagi mempengaruhi agensi penguat kuasa supaya tidak mengambil tindakan ke atas premis yang menjalankan kegiatan itu,'' kata sumber tersebut

Sumber itu turut mempersoalkan, di manakah maruah agensi-agensi penguat kuasa apabila operator mesin judi haram menjalankan operasi mereka tanpa rasa takut atau bimbang.

Lapuran di Ipoh...klik4

"Mereka tidak berasa takut kerana tahu agensi penguat kuasa sudah semakin lemah untuk bertindak berikutan amalan rasuah yang berlaku," dakwanya.

Mungkin atas faktor ini juga Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersedia menggerakkan ahlinya bagi membantu pihak polis membendung kegiatan mesin judi haram yang berleluasa di negara ini.

Timbalan Presidennya, Omar Saleh berkata, ia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat, data serta bukti untuk bertindak memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.

Semalam, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyatakan, telah melakukan risikan di lebih 500 pusat judi haram di seluruh negara dan membuat lebih laporan polis berhubung kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun kesediaan kedua-dua NGO itu tidak akan bermakna, jika agensi penguat kuasa masih terus bersikap 'buat tidak tahu' dengan gejala yang sudah parah ini.


Sedikit pendedahan dari KM...klik5


*sumber dari Utusan Malaysia

serbuan kedai jackpot di Sungai Petani



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...