Isnin, 4 Februari 2013
Mistik Syiling Yasin Boleh Tarik Duit
Duit syiling lama sering dikaitkan dengan nilai pasaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika usia mata wang tersebut sudah mencecah ratusan tahun dan semakin sukar ditemui. Begitupun, tidak semua syiling lama bernilai tinggi. Ada juga beberapa jenis syiling, biasanya yang tidak dapat dipastikan asal usul dan tahun pengeluaran, nilainya lebih rendah walaupun sesetengah pihak mendakwa ia sudah berusia ratusan tahun.
Antara syiling lama yang masih kabur nilainya ialah syiling Yasin. Jika ditanya kepada komuniti pengumpul syiling lama, kajian untuk mengesan kewujudan syiling jenis ini dari sudut numismatik masih tidak jelas. Malah, ramai yang mengaitkan syiling ini lebih banyak digunakan dalam beberapa amalan mistik seperti dijadikan tangkal azimat dalam upacara 'menarik duit' selain dijadikan pendinding diri berbanding digunakan sebagai mata wang.
Menurut pengumpul barangan antik, Mohd. Sukor Abdul Rahman, 48, ada peminat syiling Yasin sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki sekeping syiling Yasin bagi tujuan menarik duit. "Segelintir pengumpul dan penjual syiling Yasin mendakwa mereka memperoleh syiling tersebut semasa bertapa, selepas berzikir mahupun melalui mimpi. Dek kerana unsur mistik itu, ada yang sanggup membelinya walaupun harga yang diletakkan kadang-kadang tidak masuk akal iaitu sehingga mencecah jutaan ringgit.
Syiling Empat Sahabat memiliki tema yang sama tetapi ukiran permukaannya berbeza antara satu sama lain. "Berlainan pula jika syiling itu warisan turun-temurun yang bukan diperoleh dengan cara pertapaan dan pemujaan, harganya lebih murah," ujarnya yang mengumpul lebih 200 keping syiling Yasin sejak dua tahun lalu. Jenis dan corak syiling Yasin juga berbagai-bagai. Ada gambar Kaabah, gambar orang tua mengandar buntil, gambar perahu dan juga gambar lelaki dipercayai para wali.
Selain itu, ada juga syiling yang mencatatkan ukiran kalimah suci seperti bismillah, kalimah syahadah, nama Allah dan Muhammad, kalimah Yasin, nama empat sahabat nabi dan bermacam lagi.
Jelas Mohd. Sukor, permintaan tinggi peminat syiling lama terhadap syiling Yasin jenis Wali Tujuh menyebabkan harga syiling tulen dari jenis tersebut mahal. "Tidak dinafikan ada peminat syiling lama yang begitu takjub dengan cerita mistik yang mendakwa syiling yang jarang ditemui ini boleh menarik duit. "Pernah juga saya menjualnya dengan harga RM1,000 kepada seorang pembeli. "Pesan tok guru pembeli itu, syarat utama menarik duit ialah dengan menggunakan syiling Yasin Wali Tujuh yang dibeli dengan mahar sebanyak RM1,000.
"Bila ada orang hendak membeli dengan harga yang munasabah, saya tidak menolak untuk menjualnya. Saya hormati pendiriannya dan enggan mempersendakan tujuannya membeli syiling tersebut walaupun saya sendiri tidak percaya tentang kebolehan sekeping syiling menarik duit," ujar Mohd. Sukor.
Disimpan dalam bungkusan kain kuning, lelaki ini memberitahu, sudah menjadi rutin hariannya membelek setiap keping syiling Yasin miliknya. Selain memiliki koleksi pelbagai jenis syiling Yasin, dia turut mengumpul syiling semah, iaitu syiling yang pernah dikeluarkan kerajaan Jawa kuno ratusan tahun dahulu. "Pada pendapat saya, syiling-syiling ini bukan diperbuat di Malaysia kerana ratusan tahun dahulu, masyarakat di negara ini belum memiliki teknologi melebur tembaga. "Ia juga dicetak tanpa menggunakan acuan besi sebaliknya dihasilkan daripada acuan tanah liat.
"Kepingan tembaga juga tidak ditempa seperti barangan logam lain. Kerana itu, biarpun ia mempunyai imej dan ukiran timbul di permukaan syiling, hasil buatannya cukup halus," kata Mohd. Sukor yang mempunyai syiling Yasin diperbuat daripada tembaga kuning, timah hitam dan nikel. Jelasnya, kepingan syiling yang diperbuat daripada tembaga kuning dianggap lebih lama dan bernilai jika dibandingkan dengan syiling yang diperbuat daripada timah hitam ataupun nikel.
"Syiling Yasin yang diperbuat daripada nikel lebih baharu buatannya. Ia agak kasar dan hujungnya lebih tajam berbanding syiling tembaga," kata Mohd. Sukor. Menarik tentang syiling ini, corak ukiran yang terdapat pada sejenis syiling tidak sama antara satu sama lain. "Cuba lihat syiling Yasin Empat Sahabat ini. Walaupun saya memiliki hampir 10 keping, namun ia diperbuat daripada bahan berlainan dan coraknya berbeza antara satu sama lain.
"Begitu juga dengan syiling Yasin Rama-Rama. Terdapat perbezaan dalam setiap ukiran rama-rama ini," katanya.
Bagi pengamal perubatan tradisional, Yahya Abdul Manaf, 51, dia mengakui pernah melihat ritual menarik duit menggunakan duit syiling Yasin. "Dalam upacara itu, pengamal akan duduk berzikir untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Malah, ada sanggup pergi bertapa di Pulau Besar, Melaka dan tempat-tempat terpencil untuk melakukan upacara tersebut.
"Apa yang saya tahu, wang yang berjaya 'ditarik' bukanlah jatuh dari langit atau keluar dari tanah, sebaliknya ada yang dijumpai di bawah alas duduk pengamal. Ada juga yang ditemui di dalam buntil berhampiran tempat pengamal berzikir. "Ramai percaya upacara ini disertai oleh khadam, terdiri daripada jin yang bertindak sebagai pihak tengah dalam proses menarik duit.
"Duit yang diperoleh itu pula dikatakan diambil daripada bank dari dunia bunian, yang mana apa yang ada di alam nyata, turut ada di sana. "Jika Bank Negara keluarkan not wang baharu, bank di alam ghaib juga akan mengeluarkan not wang baharu," ujarnya yang pernah melihat rakannya memegang beberapa keping not RM50 hasil upacara tersebut.
Yahya turut mengakui, kejayaan sesetengah pihak mendapat wang secara percuma ini secara tidak langsung telah menarik ramai peminat duit syiling lama yang taksub untuk menyertai ritual misteri tersebut.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Duit Syiling Nabi Khidir / Keris Besilang & Nama 4 - Khalifah: Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Usman & Saiyidina Ali Karamullah.
BalasPadamRare & 100 % Genuine
Material - Pure Silver.
Tahun - 112 Hijriah
Mempunyai Keindahan Mistique yg tersendiri.
(** Khodam Alami Semula jadi**)
***Serious / Genuine Buyers ONLY!!!***
Plz call Syah - 0111 5667030 / email - rydzxale.waleed74@gmail.com
Cmne nk tw duit yasin tulen ke x.leh wassap sy.01129449296.sbb ad kwan yg smpn duit 2
BalasPadamSaya ad syiling yasin yg tembaga ni bbrapa keping tp xtau nk jual kat mana ad bminat leh wassap sy 0173631807
BalasPadamMacam mana nk tau tulen ke tidak tolong wassap..0174082064
BalasPadamSaya ada duwit yasin nabi 0990168390
BalasPadamSaya ada duwit yasin nabi 0990168390
BalasPadamNajuwa duwit yasin nabikodir +660990168390 sara090013@hotmail.com
BalasPadamNaratiwat thailand
saya ada byk duit yg mcm ni. whassap 01121926127
BalasPadamSaya ada duit syiling bertongkat sebelah permukaan keris siapa berminat boleh terus hubungi@whatsapp 0128192177
BalasPadamSaya ada duit syiling bertongkat sebelah permukaan keris siapa berminat boleh terus hubungi@whatsapp 0128192177
BalasPadamSaya ade , Syiling Yang Dimaksudkan itu , Duit Syiling Nabi Khidir / Keris Besilang & Nama 4 - Khalifah: Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Usman & Saiyidina Ali Karamullah.
BalasPadamBerminat , 0197069509 . Saya Jual Murah je
Salam saya sham dri perak,berapakah harga tuan buka bagi setiap wang tu?016 426 8336(wasap)
Padam
BalasPadamasslmualaikm dan slm sejaterah tumpang iklan..DUIT SYILING YASIN untuk di lepas buka hrga rm20.000 ..hrga masih boleh rundingšBerminat boleh pm 0105101885
Assalamualaikum
BalasPadamIs your Malaysia old money or coin,antiques(antic),old Sen,duit lama,syilling,yasin,gabenor duit,signed Aisha,any form of old notes I buy
Is it still available for sell? Please note only serious dealer for bank transfer .Check out my product! https://robertpeterson1000.wixsite.com/bushreid-antiquessto/product-page/legit-bank-transfer-deal
pm me fast on WhatsApp
Direct wire bank transfer,No hidden charges straight deal
I pay huge for an item
pm me WhatsApp
+22961081950
WHATSAPP number
please WhatsApp only or mail me at
Bushreid117@gmail.com
Sy ada satu 0138045628
PadamDuit syiling nabi Ibrahim RM15 Juta... :-) ??
PadamPlease pm me whatsapp 01125056833
PadamAzim.sya ada duit syiling yasin 7 untuk dijual .tel.0196089084
BalasPadamSaya punya syiling yassin 4khalifah seperti di gambar atas cuma tongkatnya didalam bukan dibuka seperti di gambar atas.. 018 2717236 nak jual
BalasPadamSyiling yasin ,4nama khalifah gambar nabi Khidir dan keris silang untuk dijual 50k
BalasPadam