Isnin, 25 Februari 2013
Gelombang Biru melanda lagi di Perak
Semalam di Ulu Kinta, Perak Gelombang Biru melanda apabila Himpunan Barisan 1 Malaysia (HB1M) peringkat negeri Perak diadakan. Lebih 5,800 para hadirin yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak.
Tapi pada malam ini lebih dari 8000 pemuda yang hadir iaitu lebih dari jangkaan sasaran yang dijangka 5000 orang. Pemuda-pemuda yang terdiri daripada parti-parti komponen berkumpul seawal 7:30 malam lagi. Ada yang datang dengan menaiki bas dan ramai juga yang bermotosikal dari pelbagai daerah dan bahagian dalam Perak.
Nampaknya Pakatan Pembangkang akan goyang dan kecut-telor melihat gelombang dan sokongan seramai ini. Dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu saudara Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry membangkitkan semangat semua pemuda untuk terus berjuang demi kemenangan Barisan Nasional.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan