Selasa, 5 Februari 2013

Mari-mari Daftar BL1M...murah-murah sahaja!!!


BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN. Dalam program perintis ini, SHEB mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang dilaksanakan setelah ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012. Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

Fakta tentang BL1M :
• Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
• Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia.
• Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40 tahun.
• Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
• Akan berjalan serentak setelah dirasmikan.
• Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali.

Objektif BL1M
• Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
• Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
• Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
• Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
• Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Penyertaan BL1M
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10. Tiada cara pintas


Kepada belia-belia berumur bawah 40 tahun yang berminat untuk mendaftar dari kawasan Ipoh dan yang berdekatan bolehlah datang sendiri ke,

Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat,
Tingkat 4, Bangunan UMNO(lama) [berhadapan Yayasan Perak],
Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak.

Tarikh pendaftaran : 1/2/2013 ~ 14/2/2013
Pertanyaan hubungi Penyelaras Sekretariat : 017 - 501 3677 (Sdr Iqbal Jamal)



Untuk muat turun borang,sila klik ;
http://www.bl1m.my/download/Form%20BL1M%20FA.pdf

Untuk melawat laman sesawang rasmi, sila klik ;
http://www.bl1m.my





Tiada yang terpinggir, Tiada yang tertinggal
Janji Ditepati...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...