Rabu, 20 Februari 2013

10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2013


Kajiselidik yang telah dijalankan oleh sebuah akhbar bahasa cina iaitu Nanyang Siang Pau telah menunjukkan bahawa nama billionair Ananda Krishnan telah melonjak ke tangga teratas apabila syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad miliknya telah tersenarai di Bursa Saham Malaysia tahun lepas. Kekayaannya telah meningkat laju mendadak dan mendahului pemegang tempat teratas dahulu iaitu 'Raja Gula' Robert Kuok.

Dari kesepuluh bilionair itu, hanya 2 sahaja mewakili dari kaum bumiputera iaitu Tan Sri Syed Mokhtar di tempat yang ke 8 dan Tan Sri Azman Hashim yang jatuh ke tempat ke 9.

Hasil kajian dari Nanyang Siang Pau juga menunjukkan bahawa jumlah kekayaan dari semua kesepuluh billionair itu berjumlah anggaran RM141.35 billion. Ia juga menunjukkan bahawa jumlah hasil kekayaan dari kaum Cina adalah tertinggi dengan jumlah sebanyak RM97.4 billion diikuti dengan kaum India dengan jumlah sebanyak RM30.56 billion dan seterusnya dari kaum Melayu berjumlah sebanyak RM13.32 billion.


Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia pada tahun 2013

1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) – RM30.56 billion
2. Robert Kuok (Kuok Group) – RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) – RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) – RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) – RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) – RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) – RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) – RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) – RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) – RM3.95 billion


Mungkin disebabkan sifat jati diri dan kepandaian dalam perniagaan menjadikan golongan kaum Cina kebanyakkannya jutawan dan kaya. Kerajaan Malaysia yang bersifat telus, bebas dan demokrasi tidak menghalang sesiapapun walau dari kaum apapun untuk berniaga berjaya dan mengumpulkan kekayaan mereka sendiri. Orang Melayu patut berfikiran positif dalam hal ini untuk bersaing, mana tahu tahun depan orang Melayu pulak dapat tempat nombor 1 sebab tahun ini orang India yang tempat teratas.

Diharap apabila sampai pada tahun Wawasan 2020 nanti semua kekayaan dan pencapaian tahap ekonomi sesama kaum dapat jadi seimbang selari dengan slogan kerajaan pada masakini iaitu ;

Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...