Jumaat, 1 Februari 2013

BR1M 2.0 dapat dah, terima kasih kerajaan!!!


Hari ini tepat jam 1 petang gua telah menerima sepucuk surat bersampul putih, rupa-rupanya surat BR1M 2.0 dari Kementerian Kewangan Malaysia. Lega dan gembira juga rasanya sebab bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga gua pada awal tahun 2013 ini. Ikuti artikel dibawah yang gua petik dari akhbar tempatan ;

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali kedua berjumlah RM500 yang diagihkan mulai Februari ini kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000 memberi peluang kepada penerima yang layak membuat pelbagai perancangan bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menerima bantuan ini tidak kira yang sudah berkeluarga, ibu atau bapa tunggal dan orang bujang mampu tersenyum puas. Bagaikan pucuk, ulam mendatang. Bantuan itu mempamerkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah. Walaupun bantuan wang tunai berkenaan hanyalah sekali (one-off), ia sekurang-kurangnya mampu meringankan beban keluarga yang mempunyai tanggungan ramai.
Bantuan BR1M 2.0 untuk tahun ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini membabitkan peruntukan RM2.6 bilion.

Kategori yang layak memohon pula merujuk kepada lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga. Bagi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan.

Perbezaan bantuan kali kedua ini ialah pelaksanaan diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Seramai 2.7 juta orang bujang akan menerima RM250 bagi tujuan sama.

Bantuan berkenaan jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani kesejahteraan pelbagai lapisan masyarakat yang diumumkan menerusi Bajet 2013, baru-baru ini.

Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bantuan itu tidak perlu dipertikaikan kerana ia bukanlah satu langkah populis, malah ia manifestasi kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah.
Ia juga dikatakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama mereka yang mempunyai isi keluarga ramai.

Malah orang ramai yang ditemui FAMILI turut optimis dengan inisiatif kerajaan kepada rakyat kurang berkemampuan dan bantuan berkenaan diadakan secara berterusan pada setiap tahun.

Pegawai Keselamatan, Ab Aziz Ab Latiff, 53, ketika ditemui melahirkan kesyukuran dengan pemberian itu yang beliau terima untuk kali kedua kali.

Katanya, sumbangan itu digunakan sebaiknya untuk menanggung enam anaknya yang masih bersekolah dan ayahnya yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Peningkatan taraf ekonomi penduduk dan kenaikan harga barangan tidak dapat dielak. Dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami.

Terima kasih kepada kerajaan dan saya berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, katanya.

Pekerja swasta, Miskiah Saliman, 55, berkata beliau tidak menyangka namanya tersenarai untuk kali kedua bagi menerima bantuan itu akan digunakan sebaiknya untuk membeli barangan keperluan harian untuk kegunaan sekeluarga, selain ubatan ibunya yang sudah tua.

Katanya, pendapatan yang tidak seberapa, ditambah kehidupan di kota yang setiap masa memerlukan wang, menjadikan beliau begitu menghargai apa yang diberi kerajaan.

Apa yang diharapkan, negara akan sentiasa berada dalam suasana aman, maju dan stabil daripada pelbagai sudut khususnya sosial dan ekonomi untuk memastikan pemimpin atas merangka strategi lebih komprehensif bagi memantapkan kehidupan rakyat secara keseluruhan.

Pekerja swasta, Nik Nur Amirah Nik Yahaya, 26, berkata pemberian wang tunai ini dianggap sebagai pencetus kepada semangatnya untuk memilih kerajaan yang terbaik pada masa akan datang.

Selama ini, banyak yang sudah dilakukan kerajaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan bantuan berkenaan dianggap sebagai duit poket.

Pada zaman ini yang semua barangan mahal menjadikan saya lebih berjimat cermat. Jika dulu boleh, mengapa sekarang tidak. Jadi, bantuan ini saya akan gunakan sebaik mungkin. Adik-beradik saya juga ada yang memohon BR1M 2.0 ini, katanya.

Lepasan graduan, Sri Chandrasekaram, 28, berkata beliau memang mengetahui kerajaan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, namun setakat ini belum berkesempatan untuk membuat permohonan kerana baru saja pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.

Bantuan itu menunjukkan kerajaan benar-benar mengetahui masih ramai rakyat di negara ini yang memerlukan pembelaan. Malaysia antara negara yang baik dari segi menyediakan kebajikan kepada rakyat. Banyak negara lain yang tidak mempunyai inisiatif sebegini.

Apa yang dilakukan kerajaan sangat bagus kerana bukan saja saya, tetapi lepasan graduan seperti saya tidak kira dalam atau luar negara boleh manfaatkan wang berkenaan untuk mencari kerja yang sesuai. Tidaklah perlu meminta wang daripada keluarga saja, katanya, katanya.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...