Rabu, 20 Februari 2013
VietnamDoll lari lintang-pukang diserbu Imigresen di Manjung
Lapan warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sanggup melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit untuk mengelakkan daripada ditangkap pihak imigresen dalam operasi di Manjung, petang semalam.
Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Zali berkata, tindakan pantas anggotanya telah berjaya menahan kelapan-lapan warga Vietnam yang cuba melarikan diri itu.
Menurutnya, operasi bermula jam 7.30 petang itu tertumpu di restoran yang beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit sekitar daerah Manjung.
“Dalam operasi pertama di Kampung Selamat, kita berjaya menahan lapan warga Vietnam berkenaan yang disyaki bekerja sebagai GRO.
“Daripada siasatan, didapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah,” katanya.
Menurutnya, tangkapan kedua dilakukan di sebuah restoran di Manjung yang juga beroperasi di dalam ladang kelapa sawit.
“Kami berjaya menahan seorang sahaja warga asing dari Vitenam yang turut gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.
“Kita juga percaya GRO lain yang bekerja di restoran berkenaan berjaya menghidu kedatangan kami sebelum melarikan diri,” katanya.
Zaidi berkata, operasi berkenaan berakhir jam 8.30 malam itu berjaya menangkap sembilan warga Vietnam berumur antara 20 hingga 41 tahun.
“Mereka semua ditahan di depoh tahanan Langkap selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
“Kita memang sudah lama melakukan siasatan di kawasan berkenaan berdasarkan kepada aduan orang ramai,” katanya.
Katanya, operasi membanteras warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, juga menyalahgunakan pas lawatan sentiasa dilakukan dari semasa ke masa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan