Jumaat, 8 Februari 2013
Boleh tebus rebat RM200 dipanjangkan tempoh 3 bulan lagi...
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya melanjutkan tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari sebulan kepada tiga bulan, bermula semalam.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata berikutan itu mereka yang mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu, tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh berkenaan dilanjutkan. “Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini,” katanya dalam kenyataan kepada pemberita semalam. Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini," Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM
Beliau menambah, syarikat telekomunikasi dan wakil penjual yang dilantik juga sudah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh itu.
Sejak dilancarkan 1 Januari lalu, Skim Pakej Komunikasi Belia menerima pendaftaran lebih 440,000 belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan hampir 60,000 daripadanya membeli telefon pintar baru daripada lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan 70 model telefon pintar.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan