Isnin, 4 Februari 2013
Pemandu F1 beli jet semata-mata untuk jumpa aweknya
Kini Lewis Hamilton mempunyai pengangkutan yang jauh lebih laju sebuah jet bernilai 20 juta pound (RM97 juta). Pemandu Formula 1 terbabit berharap jet Bombardier CL-600 berwarna merah yang berkelajuan 500 batu sejam itu akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan juri X Factor, Nicole Scherzinger.
Sementara Hamilton tinggal di Monaco, bekas anggota Pussycat Doll itu berpangkalan di Los Angeles dan kedua-duanya membuat perjalanan ke serata dunia untuk tugas mereka. Rakannya berkata, jejaka berusia 28 tahun itu membeli jet mewah itu untuk memudahkan perjalanannya menemui teman wanitanya sekerap mungkin.
Pasangan itu berpisah pada 2011, dilaporkan kerana tertekan apabila terpaksa meluangkan begitu banyak masa membuat perjalanan beribu-ribu kilometer. Juara dunia 2008 itu turut menukar pendaftaran rasminya kepada G-LCDH yang bermaksud Lewis Carl Davidson Hamilton. Juara Formula 1 2008 itu berjimat membayar cukai kastam apabila mengambil penghantaran jet berkenaan di Lapangan Terbang Isle of Man bulan lalu. Pihak berkuasa pulau itu mengenakan cukai lebih rendah berbanding di tanah besar.
Hamilton kemudian membuat penerbangan sulung ke Stuttgurt, Jerman, di mana dia melawat pasukan Formula 1, selepas menandatangani kontrak 60 juta pound (RM292 juta) dengan Mercedes September lalu.
Dia memuat naik fotonya berehat di tempat duduk dalam jet itu di Twitter dan menulis: “Berakhir hari cuti, kembali ke kawasan pergunungan untuk berlatih!” Bekas pemandu McLaren itu dan Nicole, 34, yang mula berpacaran pada 2007, telah menyertai kelab elit “super selebriti”, termasuk Tom Cruise dan Oprah Winfrey yang mampu memiliki jet peribadi.
Itu bermakna mereka tidak perlu berdepan penundaan di lapangan terbang awam yang menyediakan penerbangan untuk orang ramai. Nicole baru-baru ini berkata: “Saya tidak syorkan hubungan jarak jauh pada orang lain. Hamilton juga akan berkata begitu. "Tetapi jika ia berbaloi, anda perlu berjuang untuk itu. Kami cuba untuk bertemu semungkin yang boleh,” katanya. Nicole dilaporkan membelanjakan 750,000 pound (RM3.6 juta) untuk menyewa jet peribadi bagi melawat teman lelakinya sepanjang tahun lalu.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Kesimpulannya ialah kalor nak kayer jadilah pemandu F1 antarabangsa. Dulu rakyat Malaysia ada seorang yang jadi pemandu F1 tapi bila berlumba asyik dapat tempat last atau second last jer, lepas tu dah pencen. Ia la bukan senang nak menjana pasukan pelumba F1 perlu banyak modal dan cari sponsor besar. Malaysia perlu lebih berusaha lebih tekun dan kehadapan untuk melahirkan pemandu-pemandu F1 ini, litar F1 (Sepang International Circuit) dah ada hasil inspirasi wawasan dari bekas Perdana Menteri kiter dahulu Tun Mahathir. Hebatnya Tun dari dahulu lagi dia dah nampak yang F1 ni boleh bikin duit punyer dan menarik pelancong datang ke Malaysia dalam masa yang sama menaikkan nama serta mempromosikan negara kiter ini di mata dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan