Pendapat 1;
Wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu. Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina. Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf, dan mengeruhkan kehidupan suami isteri. Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yg disembah di muka bumi.
Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yg telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin.
“Cinta yang halal itu adalah halal, dan cinta yang haram itu adalah haram”
Jawapan ini tersebut bukan basa basi dan bukan pula mainan, tetapi merupakan penjelasan terhadap pernyataan (hadith) yang sangat popular, iaitu
“yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas”
Meskipun di antaranya terdapat perkara-perkara yang mushyatabihath (samar) yang banyak orang tidak mengetahuinya.
Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya, atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya
Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya, dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Walaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupannya, menyibukkan fikirannya dan mengganggu perasaan dan hatinya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga.
Pelaku kerosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya. Sabda baginda,
“Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya”
Berbalik kepada masalah yang diajukan mengenai isteri yang mencintai lelaki lain. Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yang dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam kemampuan seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta.
Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya.
Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:
Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli
Apabila orang yang dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sendiri. Orang yang mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan,
“wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”.
Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri"
Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan.
Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta. Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan
Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda,
“Mujahir (orang yg berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH dan mujahid (pejuang) ialah orang yang memerangi hawa nafsunya”.
Pendapat 2;
Tanggungjawab isteri adalah mentaati suami selagi ianya tidak menyuruh kepada perkara-perkara maksiat. Justeru itu haram bagi seorang isteri bercinta dengan lelaki lain. Isteri tersebut hendaklah menumpukan tanggungjawab terhadap suami dan rumahtangganya. Elakkan daripada menjalin hubungan dengan bekas kekasih kerana perbuatan itu akan mengundang keruntuhan rumahtangga yang telah dibina. Jujur dan setialah kepada suami, kerana suami merupakan ketua dalam sesebuah keluarga.
Pendapat 3;
Bahagia itu tidak berbentuk tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya, sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.
Sebenarnya puan terperangkap dengan cinta masa dulu, kerana puan menyimpannya sebagai kenangan manis. Puan sedang bermimpi disiang hari.
Sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu puan tidak dinikahkan dengannya.
Jodoh pilihan Allah adalah suami sekarang, lelaki yang baik dan bertanggungjawab dan ada anak sedang membesar.
Adakah puan mahu melawan ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai anda. Adakah puan sanggup meninggalkan anak-anak hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi status isteri dan ibu.
Cermin diri, masa bercinta umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti buruk padahnya.
Percayalah, dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki kita cintai.
Suami yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita.
Saya nasihatkan jangan menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah anak-anak, sanggupkah puan meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.
Insaflah, tanya apa yang puan mahu sebenarnya, cinta yang puan kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam hati anda untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.
Terimalah jodoh yang ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak, sama ada di dunia dan di akhirat. Hati anda kosong dari perasaan rindu kepada Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan anda dari urat leher anda. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.
Belajar mengenali sayang Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.
Bersihkan diri dengan zikir dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan keadaan. Bayangkan ajal mendatangi puan dalam keadaan suami tidak mengampunkan anda dan anak tidak mendoakan puan, ke mana nak minta tolong.
Sesungguhnya seluruh langit dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan cuba menentang-Nya.
Allah tahu apa yang kamu ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa… jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.
Wassalam.
Pendapat 4;
Mungkin sesetengah orang yang mahu berkahwin, adalah dengan niat untuk memulakan kehidupan yang baru dan ingin melupakan kisah lama. Tapi apabila sudah berkahwin, kita masih teringat-ingatkan orang yang pernah kita sayang pada masa dulu, iaitu kekasih lama yang mungkin tidak ada jodoh untuk bersama.
Sebenarnya, di dalam hati kita ini ada dua unsur, iaitu rohani dan jasmani, zahir dan batin, dan hati dan jasad. Hati adalah satu perasaan yang amat sukar untuk dikawal. Dengan sebab itu jugalah kita kena kusyuk dalam bersembahyang walaupun hati ligat melencong ke tempat lain.
Ianya lumrah. Hati tidak mampu untuk menghalang perasaan kita untuk sayangkan seseorang.
Hati manusia memang sukar untuk dikawal berbanding hanya zahiriah yang mudah untuk dikawal. Walau apa pun yang berlaku, hanya hati adalah yang paling kuat dengan ingatan jika hati yang paling rapat antara satu sama lain.
Untuk melupakan satu demi satu benda dalam kehidupan yang telah kita lalui, mungkin susah. Jangan hanya pada kekasih lama, malah dengan kucing peliharaan yang sudah kita sayang bila mati dilanggar kenderaan, padahal hanya beberapa tahun sahaja hidup bersama dengan haiwan tersebut, adakah senang nak lupakan haiwan peliharaan yang kita pernah sayang? Cukup susah, dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.
Apatah lagi orang perempuan walau sudah pun berkahwin, dengan tiba-tiba teringat, ia tidaklah berdosa. Yang berdosa adalah SENGAJA diingat-ingatkan nya. Kalau teringat, berdoalah agar kita dapat menghilangkan perasaan yang mungkin mudah ke lembah curang.
Itu lah fitrah setiap manusia. bila sudah sayang, memang susah nak hilang rasa sayang. Sampai masa pasti akan hilang, mungkin makan tempoh yang agak lama.
*petikan serta rujukan daripada beberapa laman sesawang dan blog tempatan.
~SEMOGA ALLAH TAALA AMPUNKAN DOSA KITA~
<YA ALLAH SELAMATKAN LAH AHLI KELUARGA KU DARI SEKSAAN API NERAKA...AMEEN>
Semua org ada masa silamnya. Bila dah kahwin, lupakan yg lama, jgn cari pasal, nanti tak pasal pasal pulak,...yg tenang jadi gelora, yg bahagia mendtgkan huru hara. Ada akal gunakan, nafsu dan perasaan pendam dan abaikan, yg lama jgn diingat ingat. Ingat kat anak anak, sentiasa bersyukur dgn apa yg ada. Jika tak bersyukur, tunggu ajelah petakanya.
BalasPadamHai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.
BalasPadam