Khamis, 5 November 2015

Lafaz Niat Solat Wajib - Siri MARI BELAJOR SOLAT 2


Niat Solat SUBUH 

Subuh

Usalli fardhaz subhi raka’ataini (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Solat ZUHUR

zohor

Usalli fardhaz zuhri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah


Niat Solat ASAR

Asar

Usalli fardhaz asri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Solat MAGHRIB

Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
   

Niat Solat ISYAK

Isyak

Usalli fardhaz ‘isya’i arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  

Niat Solat JUMAAT

Jumaat

Usalli fardhaz Juma’ati raka’ataini adaan makmuman lillahi ta’ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.



Dalil akan wajibnya dirikan Solat

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mu'minun ayat 1-11,
Sungguh beruntung orang-orang yang beriman … dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.” 

Firman Allah SWT dalam surat An-Nissa ayat 103,
"Sesungguhnya solat itu adalah fardhu (kewajipan) yang telah ditentukan waktunya atas 
orang-orang yang beriman."






...buat peringatan
Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina dan Membunuh.

Pada suatu senja yang lenggang, kelihatan seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam duka cita yang mencekam. 
Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. 
Tanpa rias muka atau perhiasan tertampal di tubuhnya. 
Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah mengoyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa alaihissallam.

Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam
“Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala ia berkata,
“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa alaihissallam terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itu pun berpatah bercerita, 
“Saya ……telah berzina.”

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun……terus hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya……. Cekik lehernya sampai……mati”, ucap wanita itu seraya menangis menjadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang Nabi Musa mengherdik,
” Perempuan rosak, nyah kamu dari sini!
Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu.
Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa alaihissallam. Ratapan tangisnya amat memilukan. Dia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya.
Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa setelah pergi, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, 
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”
 Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. 
“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian ingin tahu. 
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina. Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.
Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama sahaja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.
Bererti dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.
Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.



Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH > Abdurrahman Arroisy)






Koleksi "Siri MARI BELAJOR SOLAT" :



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...