Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai:
جلب المصالح ودرؤ المفسدة وإزالة المضرة
Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.
.Maqasid syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya. Al Quran dengan terang menjelaskan kepentingan ianya dijaga.
Sesungguhnya apabila Allah SWT mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu (Al Baqarah: 185). Objektif atau matlamat di sebalik penetapan syariah dapat dilihat menerusi dua sumber utama kepada umat Islam iaitu al-Quran dan hadis.
Firman Allah SWT yang menjelaskan motif kebangkitan Nabi Muhammad SAW: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam (al-Anbiya': 107). Perkataan ‘rahmat' itu bermaksud kebaikan, kemaslahatan dan keharmonian.
Justeru jika kita memerhatikan alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga dengan hukum hakam syariah. Maqasid syariah juga dapat dijejaki menerusi ayat-ayat al-Quran. Maqasid syariah secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian.
Terdapat lima perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini iaitu memelihara agama (aqidah), memelihara diri/jiwa, memelihara keturunan, memelihara akal dan memelihara harta.
Islam melihat aspek harta sebagai salah satu aspek dalam satu sistem kepercayaan yang menyeluruh. Harta adalah milik Allah SWT. Manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi telah diberi tugas untuk menguruskan harta tersebut dengan sebaik mungkin. Cara mendapatkan harta dan cara menguruskan harta mestilah bersesuaian dengan arahan pemilik harta yang asal iaitu Allah SWT.
Agama Islam sesungguhnya tidak melarang umatnya daripada memiliki harta kekayaan bahkan di dalam Islam harta kekayaan yang dimiliki tidak dianggap sebagai penghalang kepada seseorang itu untuk mendapat hidayat daripada Allah SWT serta memasuki syurga.
Sistem muamalat Islam memberikan kesejahteraan dan keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam perniagaan. Sehubungan itu, sistem muamalat Islam telah menggariskan banyak peraturan dan undang-undang supaya keadilan dan juga kemakmuran dapat dikecapi oleh semua pihak dalam masyarakat.
Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. Dalam usaha pemilikan harta selain daripada riba, syariah Islam juga telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.
Manakala di dalam perlembagaan Malaysia memang telah mengandungi kelima-lima unsur MAQASID Syariah yang telah digubal sejak awal lagi berpandukan hukum-hukum agama Islam. Malaysia telah lama mengamalkan prinsip syariah dalam perlembagaan seperti mana menyamai juga
Piagam Madinah yang telah digubal oleh baginda Rasulullah s.a.w. selepas zaman penghijrahan.
Seminar MAQASID SYARIAH yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli DAP termasuk yang BUKAN ISLAM |
Di Penang baru-baru ini Institut Penang telah menganjurkan seminar Maqasid Syariah ( lihat jadual diatas) dimana beberapa sessi panel kupasan tajuk diadakan. Sementara moderator nya pula terdiri dari orang bukan Islam.
Persoalan : Kenapakah orang BUKAN ISLAM dijemput sebagai moderator untuk membincangkan hal syariah orang Islam?
Memandangkan terdapat beberapa YB dari parti DAP maka bolehkah kita simpulkan yang ini adalah anjuran parti itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan