Isnin, 13 Ogos 2012

Polis Daerah Ipoh dan IPK Perak... TERBAIK!!!

Polis Ipoh menahan sembilan orang termasuk empat wanita membabitkan dua kumpulan jenayah yang aktif di bandar raya ini, menerusi dua serbuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 56 tahun itu merangkumi lima anggota 'Geng Sari dan empat 'Geng Kulmit'.

Tiga daripada anggota Geng Sari itu ditahan di sebuah rumah di bandar raya ini, manakala dua lagi ditangkap di Kampung Ara Payong, Batu Gajah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis barang yang dicuri mereka termasuk barangan kemas, beg tangan, telefon bimbit serta beberapa botol minuman keras dengan anggaran nilai RM5,000.

Kumpulan ini dikenali Geng Sari kerana menggunakan suspek wanita berpakaian sari menghampiri wanita yang bersendirian di kawasan seperti tempat menunggu bas atau di rumah dengan berpura-pura mahu membantu.

Katanya ramai wanita menjadi mangsa kumpulan itu yang tidak menyedari mereka telah menyerahkan barangan berharga serta wang sehinggalah dua wanita memakai sari berkenaan meninggalkan tempat kejadian.

Azisman berkata geng itu aktif sejak enam bulan lepas dan kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun serta pecah rumah sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Lindungan di sini, empat anggota 'Geng Kulmit' termasuk dua wanita diberkas.

Dalam serbuan 9.45 pagi itu polis turut menemui barangan berharga seperti kamera, jam tangan yang dipercayai dicuri mereka termasuk beberapa keping mata wang asing seperti Indonesia, Afrika, Bangladesh.

Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah dan semua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Azisman berkata polis kini mengesan dua lagi suspek yang dipercayai anggota kumpulan samun tersebut.



Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pula menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja berikutan penahanan seorang lelaki dan merampas lebih 11kg ganja bernilai RM29,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata serbuan dua hari lepas itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak dan suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada 11.30 malam.

Katanya polis menemui dua paket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 58 gram dari poket seluar suspek.

"Hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik rumah itu, polis menemui 11 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 11,140 gram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Parit dekat sini, mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Hasil soal siasat, polis percaya pengedaran dadah itu didalangi satu sindiket dan suspek direman sehingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata sejak 17 Julai hingga 9 Ogos lalu, sebanyak 12 kes penjualan mercun dilaporkan melibatkan tangkapan di beberapa daerah di Perak.

"Jumlah tangkapan di Manjung seramai sembilan orang, Taping seorang, Tapah seorang, Tanjung Malim tiga orang, Perak Tengah seorang dan Gerik dua orang," katanya.

Antara jenis mercun yang dirampas ialah 'dragon eggs', 'consumer fireworks', 'bumble', 'fatt chayhung cracker', 'roman candle', 'crackeling ground', 'match cracker' dan 'magical shots with report'.




PERAK AMANJAYA
BEBAS JENAYAH

3 ulasan:

  1. SELAMAT JAGA RUMAH ORANG SAMBUT HARI RAYA PAK POLISI, LEPAS TU MAKI KATA POLIS ANJING

    BalasPadam
  2. Puak tu memang cam gitu bang, depa jer yg betoi lain org tak betoi

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...