Ahad, 5 Ogos 2012

Rafizi PKR langgar BAFIA dan tubuh Now



Maklumat sulit atau rahsia pelanggan adalah asas penting dalam hubungan antara pelanggan dengan bank dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran.

Menurut Pengerusi Persatuan Bank-bank dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, asas berkenaan membentuk tunggak utama integriti dan keyakinan dalam sistem perbankan.

"Ia perlu dilindungi dan tidak boleh dikompromi," katanya dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas skandal pendedahan maklumat akaun bank bagi projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), baru-baru ini.

Menurut beliau, peraturan itu bukan sahaja dilaksanakan oleh bank-bank di negara ini tetapi juga di seluruh dunia, mereka tidak berkompromi dalam hal berkaitan rahsia perbankan.

"Kami tidak akan ragu-ragu untuk memecat mana-mana pekerja yang didapati memungkiri peruntukan rahsia perbankan berkenaan," jelasnya.

Di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), ia secara jelas melarang seorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen atau sesiapa yang memiliki akses kepada mana-mana rekod daripada memberi, mengeluarkan, memberitahu , mendedahkan, mengumumkan atau mendedahkan kepada sesiapa apa-apa maklumat atau dokumen berkaitan dengan perkara-perkara atau akaun seorang pelanggan tanpa persetujuan pelanggan.

Pada 1 Ogos lalu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek NFC kepada dua petugas media pada Mac lalu.

Turut didakwa bersubahat dengan Rafizi melakukan perbuatan tersebut adalah bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang, Johari Mohamad, 41.

Mengikut pertuduhan, Rafizi didakwa mempunyai akses kepada dokumen berupa salinan rumusan akaun bank Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Ketiga-tiga syarikat itu terlibat dalam mengendalikan projek ternakan lembu di bawah NFC.

Rafizi didakwa menzahirkan kesemua dokumen itu kepada konsultan media, Yusof Abdul Alim dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya dekat sini pada 7 Mac lalu.

Mengulas isu tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan sepatutnya membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Dia (Rafizi) didakwa di bawah BAFIA dan alasan BAFIA adalah untuk melindungi integriti sistem kewangan. Mereka yang ada akaun (bank) mahu dilindungi. Jika tidak sesiapa sahaja termasuk orang luar tidak akan letak duit dalam sistem kita," tambahnya.

Berikutan daripada kes tersebut, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.
Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya.

Menurut Rafizi, pusat itu antara lain ditubuhkan dengan matlamat berikut:

(1) Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

(2) Melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

(3) Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pendedah maklumat tampil ke hadapan; dan

(4) Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

'Akta diragui masyarakat'

Ia juga, kata Rafizi akan berfungsi untuk membantu pendedah maklumat yang bukan sahaja tidak dibantu malah didakwa diburu kerajaan.

Katanya, ia bertujuan mematikan budaya baru menggalakkan pendedah maklumat tampil ke hadapan.

"Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat," kata Rafizi.

Pelancarannya akan dilakukan pada 30 Ogos ini - sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Rafizi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada pusat itu.






2 ulasan:

  1. Saya mau cerita NENEN..NENEN...NENEN....NENEN....NENEN.... MANA CERITA NENENNNNNNNN....

    BalasPadam
  2. assalam, kasi taro cukup2 ini monyet belaan anu war.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...