Khamis, 23 Ogos 2012

Geng Viva Nanda 36 vs POLIS 999


Tindakan sekumpulan samseng menyerang anggota polis dengan parang, besi dan buluh selepas dikepung, akhirnya memakan diri apabila seorang daripada 30 orang dari mereka parah ditembak, manakala empat lagi ditahan dalam kejadian di Tasik Permai, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana. Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Kumpulan samseng ini membabitkan warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Mereka yang juga anggota Geng Viva Nanda 36 diburu polis berikutan terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan kumpulan lain di kawasan Flat 700, Pandan Indah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi, berkata pihaknya melancarkan gerakan mengesan suspek terbabit susulan laporan mengenai pergaduhan bersenjatakan parang di flat berkenaan hingga mencederakan tiga individu. Sebanyak 16 anggota polis dikerah ke tempat kejadian dengan menaiki 4 kereta peronda.

“Polis yang menerima maklumat segera ke tempat pergaduhan sebelum terserempak dengan suspek yang ketika itu cuba melarikan lari.

“Kami berjaya mengesan kumpulan terbabit yang menaiki dua kereta menuju ke kawasan Tasik Permai sebelum diarahkan supaya berhenti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Nazri berkata, dua kereta terbabit berjaya dihalang dan dikepung namun sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang, besi dan buluh.

"Malah, mereka turut merosakkan kenderaan polis dengan memecahkan cermin depan. Turut berlaku pergelutan antara kumpulan suspek dengan anggota polis.

“Keadaan semakin genting memaksa anggota polis melepaskan tembakan sehingga terkena leher seorang suspek,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian menahan empat lelaki, manakala pemeriksaan lanjut menemui enam parang, tiga batang besi, buluh serta pisau pemotong daging yang disembunyikan dalam kereta dinaiki suspek.

“Hasil siasatan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah lampau seperti samun, aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes cubaan bunuh.

“Mereka kini ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh dan suspek yang ditembak kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Menurutnya, dengan penahanan anggota kumpulan terbabit polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes serangan dan ugutan terhadap beberapa individu selain kes samun di sekitar Ampang.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan suspek bersekongkol dengan beberapa syarikat pemberi pinjaman wang haram bagi mengutip hutang daripada peminjam dengan cara kasar dan mencederakan mereka.

“Polis kini memburu saki-baki anggota kumpulan samseng terbabit dan merayu kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.



2 ulasan:

  1. Kumpulan pakida gengster melayu menyusahkan melayu macam umno juga yang kianat perjuangan melayu. Ptuiiiihhhh....

    BalasPadam
  2. he jawa bengong ...mu cakap baik2 sikit ye.nanti pala mu kena plangkung baru tau langit tinggi rendah!!!!

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...