Khamis, 28 Februari 2013
Muflis jika Pakatan Pembangkang tepati janji Manifesto
Malaysia mungkin muflis dalam tempoh setahun lagi sekiranya pakatan pembangkang melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti mana yang diumumkan semalam.
Penganalisis ekonomi, Prof. Datuk Amir Hussein Baharuddin berkata, negara bakal menghadapi situasi berkenaan kerana terpaksa berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh.
Mengambil contoh pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi katanya, Malaysia masih belum cukup kaya untuk berbuat demikian kerana memerlukan cukai pendapatan serta korporat melebihi 50 peratus untuk melaksanakannya.
"Persoalannya adakah rakyat dan badan korporat di negara ini mampu untuk membayar cukai melebihi 50 peratus seperti yang dilaksanakan Sweden? Sudah semestinya kita tidak mampu.
"Dari mana negara boleh menjana pendapatan sekiranya hampir kesemua cukai dikurangkan dan hampir semua perkhidmatan diberi percuma termasuk pendidikan dan tol," katanya.
Beliau diminta mengulas berhubung kesan manifesto pakatan pembangkang terhadap ekonomi negara sekiranya ia dilaksanakan nanti.
Amir Hussein turut menyifatkan manifesto pembangkang umpama 'menang sorak kampung tergadai' kerana menawarkan sesuatu di luar kemampuan negara.
"Negara memang tidak mampu untuk memberikan segalanya secara percuma tanpa pendapatan tambahan. Rakyat sendiri sedar akan kesannya terhadap negara.
"Melalui bajet yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini sudah memenuhi semua kriteria yang diperlukan meliputi pelbagai aspek pembangunan dan kebajikan. 'Bajet' dibuat pakatan pembangkang hanya memberi kesan buruk kepada negara," katanya.
Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah juga menyifatkan manifesto tersebut mengundang kepada kejatuhan ekonomi negara.
Menurut beliau, negara akan menanggung beban hutang yang tinggi dan seterusnya terpaksa berharap kepada pembiayaan pihak luar seperti Bank Dunia.
"Janji dahulu masih belum tertunai, mereka dah buat janji baharu yang lebih gah untuk tarik perhatian rakyat. Tapi tidak pula dinyatakan daripada mana datangnya sumber pendapatan negara," ujarnya.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Apa tujuan Anuwar mahu negara muflis?... Bagi membolehkan George Soros memberi pinjaman dan seterusnya menguasai kuasa politik dan ekonomi Malaysia melalui dana yg di bawa masuk oleh Yahudi Laknatullah... Maka dapatlah Anuwar menjuburi ramai org hehehe
BalasPadam