Jumaat, 15 Februari 2013
MAMPOS...DAP main kotor kasi lambung harga rumah di Pulau Pinang
Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana mengenakan 'caj tersembunyi' terhadap orang awam yang ingin membeli rumah mampu milik yang bakal dibinanya. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah (gambar) mendakwa, caj tersebut dikenakan bagi pembeli rumah kos rendah berharga RM72,500 di mana mereka terpaksa membayar tambahan RM28,000 jika mahu mendapat satu petak letak kenderaan.
Menurutnya, syarat yang dikenakan itu menyebabkan pembeli terpaksa membayar jumlah keseluruhan lebih RM100,000. "Saya terkejut apabila mendapati harga rumah itu melambung menjadi RM100,000 sedangkan mereka mencanangkan tujuan projek berkenaan dilaksanakan adalah untuk manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri ini. "Caj tersebut tidak harus dikenakan kerana ia membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah di bawah RM2,000 yang kali pertama ingin membeli rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Aminah, beliau menerima banyak rungutan daripada orang awam yang menganggap tindakan kerajaan negeri menetapkan caj sedemikian seperti menindas rakyat miskin secara tersembunyi. "Inilah cara yang digunakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menekan rakyat.
"Saya mahu bertanya kepada Guan Eng, adakah kaedah serampang dua mata ini diamalkan supaya orang tempatan tidak mampu membeli dan mereka (kerajaan negeri) boleh menjual kepada rakyat asing dari Singapura, Taiwan atau Hong Kong?" soalnya.
Beliau menambah, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, sebanyak 770 unit rumah berharga RM72,500 akan dibina selain 303 unit rumah (RM200,000), 165 unit (RM300,000) dan 82 unit dijual pada harga RM400,000.
"Projek berkenaan dibangunkan di atas tanah milik kerajaan negeri yang bermaksud harus dibangunkan untuk faedah rakyat, jadi mengapa masih mahu menyelit bina rumah yang berharga hampir setengah juta di situ?" soalnya lagi.
Katanya, keikhlasan kerajaan negeri dalam hal itu boleh dipersoalkan kerana hanya bersungguh-sungguh membuat sidang akhbar menyatakan mahu membina rumah murah pada tahun terakhir mandat mereka memerintah negeri ini. "Sepatutnya pada tahun kedua atau ketiga berkuasa, mereka sudah laksanakan perkara ini dan bukan tunggu hujung-hujung macam sekarang," tegasnya.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
DAP anti Islam
Islam wajib tolak DAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kepada amniha roongeng, tolonglah belajar ketua menteri pulau pinang.. beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat. mereka yang tidak berkemampuan tolong pindah ke seberang.singapore.... penang is a second singapore..yahooooo.....
BalasPadam