Kedai judi haram atau kedai mesin online atau kedai game atau lebih dipanggil sebagai kedai "Jackpot". Sejak akhir-akhir ini kedai ini tumbuh macam cendawan merebak-rebak munculnya merata-rata sekitar bandaraya dan pekan-pekan di seluruh Malaysia. Baru-baru ini seorang penduduk telah membuat lapuran gejala ini di IPOH (klik).
Permainan judi online dipanggil 'Roulette' amat digilai penjudi tegar |
Seperti yang diketahui umum bahawa kawasan ini di bawah wakil rakyat YB Khusairi, pasti beliau telah ambil tindakan yang serius berkenaan kes kedai judi haram ini.
Kesemua kedai jackpot ini dipasang dengan perakam kamera video (cctv) untuk mengawasi pintu keluar-masuk supaya dapat ditapis sesiapa yang ingin masuk ke premis kedai jackpot. Pelanggan atau tetamu perlu menekan loceng di luar pintu atau dinding kedai kemudian barulah penjaga kedai itu akan buka pintu dengan menekan suis automatik. Berkemungkinan cctv itu juga beroperasi secara online dimana tokeh Jackpot dapat melihat rakaman video secara online dimana-mana sahaja dia berada mengunakan telefon pintar supaya pemantauan boleh dibuat setiap masa tanpa perlu datang ke kedai itu.
Antara logo-logo atau tanda yang digunakan oleh kedai mesin judi haram ini disekitar bandaraya Ipoh :
1) SEWA
2) Digi
3) Apple
4) No Smoking
5) No Helmets
6) lain-lain.
logo Digi |
Dipercayai pemilik-pemilik kedai Jackpot ini dipunyai oleh majoriti orang-orang bangsa Cina dan India sebilangan kecil orang Sikh jarang sekali ianya dipunyai oleh orang Melayu.
Antara kriteria-kriteria sebagai garispanduan untuk mencari lokasi kedai Jackpot yang strategik dan sesuai :
i) Tidak bersebelahan dengan tempat ibadat orang Islam iaitu Masjid atau Surau.
ii) Berdekatan dengan kawasan Taman atau perkampungan atau pertempatan penduduk majoriti Melayu. Ini adalah kerana orang Melayu ini suka main judi kerana di Jackpot lebih selesa tanpa perlu menyorok2 didalam hutan atau semak untuk berjudi. Suasana didlam kedai yang selesa dengan penghawa dingin serta kerusi sofa empuk yang mahal membuat penjudi akan leka dan habis masa lama disana. Bagi yang bukan Islam berjudi mungkin tidak menjadi halangan bagi mereka kerana tiada penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka.
iii) Mendapat 'greenlight' atau kelepasan terhadap kawasan yang dicadangkan dari pihak berkuasa. Ini adalah untuk mengelakkan supaya lokasi itu tidak 'panas' atau selalu di 'kacau' kerana sesetengah tempat persatuan penduduk atau orang kampung akan membantah sekeras-kerasnya jika didapati ada kedai Jackpot dibuka. Bila banyak lapuran atau aduan dibuat maka terpaksalah pihak berkuasa membuat tindakan sehingga tutup kedai itu.
Bantahan dari penduduk kampung |
Sila fahamkan kenyataan di bawah:
Semua perjudian adalah diharamkan kecuali perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan dengan bersyarat serta dibayar lesen/permit yang dikenakan. Judi haram lain yang lazim ditangkap adalah seperti berikut.
1. Judi dalam rumah
2. Judi tempat bebas
3. Judi ekor haram (Loteri haram)
4. Judi catataruh haram (Illegal bookmaking)
5. Judi tikam-tikam
6. Judi mesin slot/jackpot/ turfking/fruit machine
7. Lain-lain
Taksiran judi mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) Pin. 1983:
“Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka”.
JUDI DALAM RUMAH
Tidak kira apa jenis judi yang dimainkan di dalam bangunan yang lain dari tempat bebas adalah dikatakan berjudi didalam rumah.
Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.
Manakalah tuan punya/penduduknya boleh juga dituduh dibawah sek. 4(1)a atau 4 (1)b Akta Rumah Perjudian Terbuka kerana membenarkan permainan judi dimainkan dalam rumahnya, dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.
JUDI TEMPAT BEBAS
Tidak dikira apa juga jenis perjudian yang dimainkan ditempat bebas adalah menjadi satu kesalahan.
Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-
JUDI EKOR HARAM
Dengan adanya perlumbaan kuda, penganjur ekor haram telah mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan mereka di merata ceruk rantau. Penganjur tersebut mempunyai runner dan pemungut untuk membantu mereka dalam perniagaan ekor haram. Ekor haram selalunya dari 3 dan 4 angka sahaja dan keputusannya berpandu kepada keputusan lumba kuda, tetapi sekarang mengikut cabutan Magnum. Sungguhpun ada terdapat penjualan ekor secara berlesen tetapi judi ekor haram digemari oleh orangramai kerana terdapat kemudahan untuk membelinya serta hadiahnya lebih daripada yang dijual secara berlesen.
Bagi kesalahan menjalankan/menganjurkan judi ekor haram boleh dituduh dibawah sek.4 A(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan membeli ekor haram boleh dituduh dibawah sek. 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-
JUDI TIKAM-TIKAM
Judi jenis ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah dimana tikam-tikam ini dibawa oleh penaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman ditepi sekolah-sekolah dan ditepi jalan. Permainan ini mempamirkan hadiah-hadiahnya dan dibahagian bawahnya terdapat kertas cabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bersetentangan dengan hadiah maka pencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerapkali pemain selalunya tertipu tidak mendapat sebarang hadiah pun.
Bagi kesalahan-kesalahan menjual tiket-tiket boleh dituduh dibawah sek. 4(1)(e) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya denda tidak melebihi RM 20,000/- atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
MESIN PERJUDIAN/JACKPOT/TURFKING/FRUIT MACHINE
Perjudian jenis ini baru sahaja timbul dan banyak penganjurnya pada mulanya mendapat keuntungan yang lumayan. Permainan ini digemari oleh kanak-kanak sekolah dan juga orang dewasa. Mesin-mesin tersebut diletak ditempat-tempat awam seperti dikelab-kelab rekreasi, kedai-kedai kopi, gerai-gerai makan dan juga dirumah kediaman. Cara main adalah mudah, dengan menaruh wang 20 sen atau setengah mesin 50 sen dan selepas itu tekan mana pilihan yang hendak dipertaruhkan. Jika menang hadiah merupai wang syiling akan keluar kedalam kotak hadiah. Permainan ini sungguh mengasyikan pemainnya.
Penganjur/penjaga bole dituduh dibawah sek. 10(1) Akta Loteri 288/52 dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 10,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Selain itu mereka juga boleh dituduh dibawah sek.3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan hukumannya tidak melebihi RM5000/-
*klik sini : sumber
Bangla penjaga kedai mesin terletak di salah sebuah pekan di Perak |
BANTERAS
BANTERAS
BANTERAS
BANTERAS
bak kata orang Perak...jangan buat jerongen jer dah nampak kasi hantam lar...999
kalau tak jalan dan tiada apa tindakan
S.P.R.M.
>jalankan tugas anda !!!
Imigresen, media sosial/tv/blogger, RELA, Majlis Perbandaran/Bandaraya, NGO-NGO dan Badan-badan yang berkaitan.
* sila ikuti kisah selanjut nya tentang kedai judi haram ini dari masa ke semasa akan datang....TUNGGU!!!
antara tajuk-tajuk HOT pembongkaran selepas ini,
'Senarai alamat-alamat kedai judi jackpot di sekitar negeri Perak'
'Tokeh Jackpot...siapakah mereka ini?'
'Badan-badan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab MEMBANTERAS'
'Kenapa kedai judi haram@Jackpot boleh bukak senang-senang di Perak?'
....dan banyak lagi isu-isu kedai judi haram ini
nantikan di keluaran akan datang
Berani, Benar, Bongkar
...KINTA MENJERIT
*JUDI PEROSAK BANGSA HARAM DISISI AGAMA ISLAM*
Kat klang sentral pun banyak mesin judi , mcmmana boleh lulus pun tak tahu , kawasan PAS katakan
BalasPadamWoi lancau, orang mahu judi dia punya pasal lah. Duit hang ke dia orang pakai. Bodoh macam lembu. Lu mana sakit.
BalasPadamBiar la main judi. Bukan duit hang pun.
BalasPadamRBA 613 dan 726 di atas sudah hangin satu badan. Teruskan bongkar dan banteras. Tahniah...
BalasPadamSalam Sejahtera...
BalasPadamSiapa yang berminat hendak beli Apple iPhone 5S 32 GB Warna Gold Grade A Register dan beli online disini. Klik gambar yang diberikan. Pelbagai variasi pilihan anda.
https://www.facebook.com/groups/1680107598929829/permalink/1730608540546401/