Khamis, 19 Jun 2014

Pelacur Surabaya Mogok Tutup Jalan

Foto
Pelacur di Surabaya, Indonesia berpiket


Ratusan pekerja seks komersial (PSK) dan bapa ayam yang selama ini bekerja di Jalan Jarak serta Gang Dolly menghalang laluan Jalan Dukuh Kupang menuju ke pusat pelacuran itu sehingga lima hari akan datang.

Jurucakap pasukan peguam Barisan Pekerja Lokalisasi, Anisa berkata, mereka hanya akan membuka laluan berkenaan jika usaha membatalkan penutupan pusat pelacuran itu berjaya.

“PSK di Jalan Jarak dan Gang Dolly menolak penutupan kompleks tempat mereka mencari nafkah kerana menganggap ia menyebabkan kesengsaraan dan menambah jumlah pengangguran,” katanya.

Kata Anisa, jika kawasan berkenaan tidak membayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan, mereka tidak boleh dipersalahkan.

Sebaliknya, kata Anisa, pihak berkuasa perlu menyalahkan kerajaan tempatan.

“Ketika ini pemerintah Surabaya tidak perlu menguruskan kompleks pelacuran kerana masalah pengangguran lebih penting diperangi.

“Kerajaan perlu atasi dulu masalah itu, sejahterakan rakyat barulah memikirkan isu di Gang Dolly,” katanya.

Sementara itu, menanggapi deklarasi penutupan dilakukan pemerintah Surabaya malam tadi, Anisa berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang.

“Tak ada kewajipan untuk mentaati keputusan itu.
Kami akan mencabarnya di mahkamah dan menyaman Datuk Bandar,” katanya.
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...