Isnin, 23 Jun 2014

Seksyen 307 Kanun Keseksaan 'Cubaan Membunuh' di Chemor, Perak


Seorang lelaki cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian perut sehingga terkeluar usus ketika sedang berjalan kaki sendirian di Khantan, Chemor di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke kedai serbaneka berhampiran rumah sewanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berasal dari Chemor dihalang secara tiba-tiba oleh sebuah kereta jenis Proton Satria.

“Seorang lelaki yang keluar dari kenderaan itu bertindak mengacu sesuatu kepada mangsa. Mangsa yang ketakutan, lari menyelamatkan diri sehinggalah terdengar bunyi letupan.

“Mangsa dapati perutnya terluka terus menyembunyikan diri di tempat tinggalnya itu. Kira-kira jam 9 pagi, adik mangsa ternampak abangnya cedera bertindak menghantar abangnya mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, mangsa yang parah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Hasil semakan mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dalam penglibatan kes dadah dan samun.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan dan dalam proses mengumpul maklumat berikutan mangsa masih lemah dalam kejadian itu. Kita tidak dapat mengenal pasti jenis senjata api yang digunakan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.



 Mangsa dipindahkan ke ICU selepas mendapat rawatan kecemasan di HRPB, semalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...