Jumaat, 11 Julai 2014
IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
Sebanyak 15 orang termasuk seorang pemilik premis perjudian ditahan dalam satu operasi membanteras perjudian haram di sekitar Simpang Kuala di Alor Setar, Kedah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Kommisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 1 pagi di sebuah premis di Bee Bee Park, Simpang Kuala itu, polis berjaya merampas 20 set komputer riba, satu unit broadband serta wang tunai RM1,131.
"Di dalam premis tersebut pihak polis menahan enam lelaki dan seorang wanita berumur antara 45 hingga 29 tahun.
"Kesemua sedang menjalankan kegiatan perjudian dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis tersebut untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Adzaman, dalam serbuan kedua pula yang dijalankan pada pukul 1.15 pagi di sebuah premis lain di kawasan sama, lapan termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik premis berkenaan ditahan.
"Empat unit mesin simulator, 14 kerusi, empat buku urus niaga, lima bentuk kunci dan wang tunai RM160 dirampas," jelasnya.
Tambahnya, operasi bagi membanteras perjudian haram di kawasan Kota Setar sentiasa dijalankan dan sebanyak 12 serbuan dibuat semalam namun hanya dua premis perjudian masih menjalankan operasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan