Memaparkan catatan dengan label IPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPD. Papar semua catatan

Rabu, 10 September 2014

D7 IPD Dang Wangi serbu mini kasino di KL


Sindiket perjudian haram Internet dikesan menjadikan sebuah pusat beli-belah usang di Jalan Landak di sini, untuk menjalankan kegiatan enam ‘kasino’ mini di dalam premis itu.

Sindiket itu sengaja memilih lokasi pusat beli belah tersorok yang kurang dikunjungi untuk menjalankan kegiatan enam pusat judi di dalamnya.

Kegiatan sejak beberapa bulan itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melakukan serbuan jam 9 malam kelmarin.


Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan dan mendapat maklumat pusat beli-belah itu menjadi tumpuan ‘tahi judi’.

Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya menahan enam individu yang dipercayai adalah penjaga premis berkenaan.


“Kesemua mereka berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai diupah untuk mengendalikan pusat perjudian itu yang dibuka sepanjang malam.


“Polis turut berjaya merampas 74 set komputer dan wang tunai daripada enam premis berjumlah RM818,” katanya kepada ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sindiket itu dikesan berselindung di sebalik pusat beli-belah yang kini kurang popular dan tidak lagi dikunjungi orang ramai.


Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...



BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!



Jumaat, 8 Ogos 2014

Ellen Guru Muzik Pesta Bogel Penang


Hari ini 8 Ogos 2014, pihak polis menahan seorang guru wanita rakyat tempatan yang dipercayai merupakan salah seorang peserta acara sukan berbogel yang dianjurkan di pantai Teluk Ketampi, Teluk Bahang di sini baru-baru ini. 

Guru muzik berusia 34 tahun yang hanya dikenali sebagai Ellen itu ditahan di rumahnya di Bayan Lepas, dekat sini semalam dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

teka mana satu Ellen?


Kelmarin pihak polis sudah mengenal pasti seramai 15 individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sukan dalam keadaan berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini sedang mengesan kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya, tujuh daripada individu yang dikenal pasti terbabit dipercayai merupakan warga tempatan manakala empat lagi warganegara Singapura.

Tambahnya, dua lagi individu dipercayai merupakan warganegara Myanmar manakala masing-masing seorang dari Filipina dan India.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kita juga telah kenal pasti kesemua enam wanita dan sembilan lelaki dalam video itu.

"Kita sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beberapa pihak semalam membuat laporan polis berhubung video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' yang tersebar secara meluas dalam laman sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan dan program berkenaan dipercayai dianjurkan aktivis alam sekitar dari Singapura.

Dalam video itu, peserta program tersebut melukis di badan antara satu sama lain dalam keadaan berbogel, menari serta mengadakan acara sukan dan diakhiri dengan aktiviti unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan see u in 2015 (Jumpa anda pada 2015).

Menurut Abdul Rahim, sehingga semalam, polis merekod keterangan daripada 10 individu awam yang dipercayai dapat membantu menjalankan siasatan berhubung penganjuran sukan bogel berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sukan bogel tersebut menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pihak berkuasa Taman Negara Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang kakitangannya yang bertugas sebagai penjaga kawasan di Teluk Kampi dekat Teluk Bahang, ekoran kejadian pesta sukan bogel yang didakwa berlangsung di pantai itu Mei lalu.

Kakitangan itu didakwa mengetahui aktiviti memalukan tersebut dan sudah memberi amaran kepada kumpulan terbabit supaya tidak melakukan perkara mengaibkan berkenaan namun gagal memaklumkan kepada pihak atasan mengenainya.

ni acara berenang atas badan...syok kan?
 
Kejadian pelancong berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang yang terletak dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang (TNPP)dekat sini, dipercayai pernah berlaku sebelum ini namun tidak didedahkan kepada umum.

Seorang pemandu bot yang membawa pelancong ke kawasan itu memberitahu, perbuatan tersebut bukan rahsia dalam kalangan mereka dan penduduk sekitar namun tidak didedahkan kepada umum.

"Perkara seperti itu memang berlaku namun hanya mereka yang biasa atau bekerja di sini sahaja tahu mengenai kegiatan berkenaan.

"Kami yang tahu hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu kecoh kerana boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, berdiam diri bukan bermakna kami bersubahat dengan mereka," katanya.

Pemandu bot berkenaan yang enggan dikenali berkata, penduduk kawasan sekitar terutama remaja juga sering datang ke situ dan mengintip perbuatan pelancong asing yang berkelakuan tidak sopan.

"Saya pernah mendengar remaja di kawasan sekitar bercakap mengenai perkara ini, namun tidak tahu sejauh mana kebenarannya," katanya.

Semalam, beberapa blog mendedahkan video sekumpulan lelaki dan wanita bertelanjang menyertai pelbagai acara sukan yang diadakan di pantai Teluk Bahang.

Video bertajuk Malaysia Nudist Sport Games 2014 itu turut dimuat naik menerusi laman perkongsian video Vimeo berdurasi kira-kira lima minit dipercayai sebulan lalu.

Sementara itu, seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Barat Daya memberitahu, beliau pernah terserempak dengan kumpulan pelancong asing berbogel di pantai berkenaan beberapa tahun lalu.

"Kejadian itu berlaku pada awal tahun 2012 ketika saya dan beberapa rakan ke sana untuk aktiviti riadah.

"Kumpulan pelancong itu berada pada jarak 50 meter daripada kami dan mereka sedang berjemur dan bergurau senda dalam keadaan tidak berpakaian," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak dipanjangkan kerana tidak mahu mencetus sebarang kontroversi namun beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai rakaman penganjuran sukan dalam keadaan berbogel di pantai itu menerusi internet.

nenen udah meloloi

pilih lah mana satu ndak???



Isnin, 4 Ogos 2014

Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???


Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa kepada hukuman kepada pemilik premis denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pemain judi pula akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000. 


Kenapa Kedai Jackpot @ kedai mesin judi haram berleluasa sekarang?

Adakah pihak berkuasa hanya tutup sebelah mata dan pekakkan telinga sahaja?

Mana pergi agensi-agensi penguatkuasaan...apa yang mereka ini buat???...makan gaji buta ka?...atau hangpa ni makan gaji dengan tokeh-tokeh Jackpot?....ppppuuuiiihhh

Tokeh-tokeh pulak dok bela gangster-gangster cipok ni untuk jaga keselamatan kedai depa kononnya... sebab polis tak boleh nak cover diaorang terang-terang. Macam-macam bangsa gangster cipok ni yang dok cover kedai Jackpot tapi yang sedihnya ada dari bangsa Melayu....hrmmm bangang betoi korang.

Dalam media dan suratkhabar dok melalak pasal isu ini tapi cuma hangat kejap jer...macam hangat-hangat taik ayam...lepas tu sejuk balik, APA KE JADAH NYER KORANG NI???




JUDI ITU PEROSAK BANGSA
BANTERAS HABIS-HABISAN !!!  


Sabtu, 12 Julai 2014

IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS


Polis merampas 30 komputer yang telah diubah suai untuk permainan judi dan menahan lima orang termasuk dua wanita dalam serbuan serentak di dua premis di Paya Terubong di sini.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi dua jam bermula pukul 11.30 malam tadi, pemilik kedua-dua premis yang terletak bersebelahan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk premis mereka.
"Mereka hanya membenarkan pelanggan tertentu sahaja masuk setelah melihat daripada CCTV (kamera litar tertutup)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, polis merampas masing-masing 18 dan 12 set komputer yang telah diubah suai beserta dua modem di kedua-dua premis dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM50,000.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 20-an dan 30-an terdiri daripada dua penjaga, tiga pemain judi termasuk seorang lelaki warga Indonesia.
Pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kata Mior Faridalatrash.
Pemain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

KLIK > serbuan di Kamunting, Perak.

KLIK2 > serbuan di Klang, Selangor

KLIK3 > serbuan di Ipoh, Perak



Bangla
Awek yang kerja

Jumaat, 11 Julai 2014

IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!


Sebanyak 15 orang termasuk seorang pemilik premis perjudian ditahan dalam satu operasi membanteras perjudian haram di sekitar Simpang Kuala di Alor Setar, Kedah hari semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Kommisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 1 pagi di sebuah premis di Bee Bee Park, Simpang Kuala itu, polis berjaya merampas 20 set komputer riba, satu unit broadband serta wang tunai RM1,131.

"Di dalam premis tersebut pihak polis menahan enam lelaki dan seorang wanita berumur antara 45 hingga 29 tahun.

"Kesemua sedang menjalankan kegiatan perjudian dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis tersebut untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Adzaman, dalam serbuan kedua pula yang dijalankan pada pukul 1.15 pagi di sebuah premis lain di kawasan sama, lapan termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik premis berkenaan ditahan.

"Empat unit mesin simulator, 14 kerusi, empat buku urus niaga, lima bentuk kunci dan wang tunai RM160 dirampas," jelasnya.

Tambahnya, operasi bagi membanteras perjudian haram di kawasan Kota Setar sentiasa dijalankan dan sebanyak 12 serbuan dibuat semalam namun hanya dua premis perjudian masih menjalankan operasi.

* sumber dari laman akhbar nasional




Khamis, 26 Jun 2014

Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting



Kelekaan empat penghuni bersama enam penjaga premis mesin judi di sekitar Kamunting, di sini dikejutkan dengan kehadiran polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak dalam Ops Dadu Mesin Perjudian Haram yang dijalankan, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan berasingan pada jam 3.45 petang di empat premis itu, tiga warga asing tidak memiliki permit perjalanan sah yang menjadi pelanggan turut ditahan.
Operasi khas diketuai Inspektor Murad A Bakar bersama lima pegawai  IPK dan 20 anggota itu berjaya merampas 85 mesin perjudian haram berkomputer secara online yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000.
Turut dirampas wang tunai berjumlah RM419 dari empat kaunter premis yang dipercayai hasil pungutan wang pada hari itu.
Murad berkata, semua premis terbabit pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa, namun pemilik premis masih berani menjalankan perniagaan mereka.
Menurutnya, pemilik mempunyai pelbagai cara bagi mengelak premis mereka dikesan pihak berkuasa.
“Selepas beberapa bulan diserbu ada premis yang beroperasi semula dengan mempamerkan logo atau papan iklan kedai yang pelbagai jenis seperti kedai telekomunikasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, semua taktik itu berjaya dikesan polis,” katanya.
Beliau berkata, semua barangan rampasan dan 13 individu termasuk seorang wanita yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi sama akan diteruskan dari masa ke semasa.
Kes disiasat di bawah seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 4 Januari 2014

2 Penyamun Diberkas di Pasir Puteh, Ipoh


Polis berjaya memberkas dua lelaki yang menjadi buruan sejak enam bulan, ketika mereka sedang sibuk mengumpil pintu sebuah rumah di No. 105, Jalan Pengkalan Barat 18, Taman Shatin, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Assistant Commissioner (ACP) Sum Chang Keong memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, kedua-dua suspek sedang leka mengumpil pintu rumah sehingga tidak menyedari kedatangan anggota polis yang sedang membuat rondaan motorsikal di kawasan tersebut.

Beliau percaya, dengan tertangkapnya dua penganggur tersebut, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes yang terdiri daripada lima kes samun dan empat kes pecah rumah di sekitar Ipoh sejak enam bulan lalu.

“Ketika tangkapan, kedua-dua suspek yang berasal dari Taman Pasir Putih itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh empat anggota kami yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka aktif sejak enam bulan yang lepas dan seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau yang melibatkan dadah dan juga samun manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Bercham, hari ini.

Menurut ACP Sum, berikutan tangkapan tersebut pihaknya turut merampas sebuah motorsikal jenis Yamaha yang digunakan sebagai kenderaan untuk menjalankan aktiviti pecah rumah dan samun, skru driver dan spanar bersaiz 10 inci.

Kedua-dua suspek yang berumur 31 dan 48 tahun itu akan ditahan reman sehingga 5 Januari ini dan akan dikenakan tuduhan di bawah Akta 457.

ACP Sum berkata, hasil kejayaan tersebut juga, polis Ipoh telah menyerahkan sijil penghargaan kepada empat anggotanya yang berjaya memberkas dua suspek itu.

Empat anggota yang telah menerima sijil penghargaan tersebut ialah Muhammad Exval Zairi, Khairul Asuari Mohd Namiri, Mohd Hadiz Omar dan Aswady Mustafa.

 



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...