Memaparkan catatan dengan label taiko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taiko. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting



Kelekaan empat penghuni bersama enam penjaga premis mesin judi di sekitar Kamunting, di sini dikejutkan dengan kehadiran polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak dalam Ops Dadu Mesin Perjudian Haram yang dijalankan, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan berasingan pada jam 3.45 petang di empat premis itu, tiga warga asing tidak memiliki permit perjalanan sah yang menjadi pelanggan turut ditahan.
Operasi khas diketuai Inspektor Murad A Bakar bersama lima pegawai  IPK dan 20 anggota itu berjaya merampas 85 mesin perjudian haram berkomputer secara online yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000.
Turut dirampas wang tunai berjumlah RM419 dari empat kaunter premis yang dipercayai hasil pungutan wang pada hari itu.
Murad berkata, semua premis terbabit pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa, namun pemilik premis masih berani menjalankan perniagaan mereka.
Menurutnya, pemilik mempunyai pelbagai cara bagi mengelak premis mereka dikesan pihak berkuasa.
“Selepas beberapa bulan diserbu ada premis yang beroperasi semula dengan mempamerkan logo atau papan iklan kedai yang pelbagai jenis seperti kedai telekomunikasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, semua taktik itu berjaya dikesan polis,” katanya.
Beliau berkata, semua barangan rampasan dan 13 individu termasuk seorang wanita yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi sama akan diteruskan dari masa ke semasa.
Kes disiasat di bawah seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Jumaat, 15 Februari 2013

Apa barang lu Gangster Celop...


Apa akan terjadi jika seorang gengster perlu menukar kerjaya kepada pengasuh bayi hanya kerana ingin berubah? Mujur ‘bayi’ yang dijaga sudah dewasa dan bayangkan jika masih kecil, pasti haru-biru hidup seorang gengster dibuatnya.

Inilah yang dipaparkan dalam Gangster Celop, filem aksi komedi terbaru terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Menampilkan gandingan dua pelakon kacak, Kamal Adli dan Syamsul Yusof, filem ini mengetengahkan kehidupan seorang gengster yang cuba berubah dengan menjadi pengasuh bayi namun disebabkan terjebak dengan satu kes tembakan membuatkan mereka menjadi pelarian bersama orang yang perlu dijaga.

Walaupun hanya komedi ringan, filem ini tetap menghiburkan dan penuh dengan mesej yang boleh dijadikan pengajaran. Buat pertama kalinya filem ini turut mendapat kerjasama Skop Productions yang menelan kos RM1.7 juta dengan menjalani penggambaran di sekitar ibu negara.

Selaku pengarah, Ahmad Idham mengakui kerap mengarahkan filem bergenre aksi komedi kerana menurutnya, penonton lebih memilih jalan cerita yang ringan tetapi sarat dengan mesej. “Jika dilihat beberapa filem komedi yang saya hasilkan berjaya mendapat kutipan pecah panggung contohnya Mael Lambong dan selepas itu, saya lihat banyak filem komedi yang dihasilkan penerbit mendapat perhatian penonton.

“Ini bermakna senario filem komedi sekarang sedang mendapat tempat di hati penonton, mungkin mereka mahukan jalan cerita yang mudah difahami dan tidak memeningkan kepala. “Kerana itulah idea untuk menghasilkan filem ini tercetus, apatah lagi selepas mendapat kerjasama Datuk Yusof dan tidak sangka perancangan yang sekadar bualan kosong akhirnya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada previu filem Gangster Celop, baru-baru ini.

Ahmad Idham berkata, walaupun sudah banyak menghasilkan drama dan filem, Yusof seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak lokek berkongsi pendapat. Malah kehadiran anaknya, Syamsul juga sedikitpun tidak mengganggu gugat kerjanya, sebaliknya Syamsul profesional dan turut meminta tunjuk ajar daripadanya jika ada kesilapan pada babak yang dilakukan.

“Syukur saya mendapat kerjasama daripada semua pelakon. Walaupun sudah menang banyak anugerah selepas menjadi pengarah, Syamsul tidak sesekali mengganggu kerja saya, sebaliknya dia masih bersikap sama seperti pelakon lain yang mengikut arahan,” katanya.

Walaupun jalan ceritanya ringan, dapat dilihat Ahmad Idham suka menggunakan bahasa dan ayat yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir masyarakat. Melalui filem ini bahasa ‘ayahanda’ digunakan dan menurut Idham, ia adalah panggilan untuk semua lelaki bergelar bapa, malah dia sendiri memanggil gelaran itu terhadap bapanya.

“Tidak timbul isu mengaitkan panggilan ‘ayahanda’ dengan mana-mana persatuan kerana bagi saya, panggilan itu adalah panggilan mulia orang Melayu yang masih digunakan sehingga kini. “Ia bukan hak sesiapa dan tidak menyentuh sensitiviti sesiapa pun kerana panggilan itu juga sudah tercatat di dalam kamus bahasa,” katanya.


Kisahnya : Gengsterism rebut kawasan
Gangster Celop mengisahkan dua anak yatim iaitu Aman dan Adam yang baru dibebaskan dari penjara ingin kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan dunia gangsterisme. Mereka kemudian ditugaskan menjaga Suzana, anak kepada Mat Jambu, ketua kumpulan yang dianggotai Aman dan Adam. Pada masa sama, pertelingkahan bagi merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit semakin serius sehingga membabitkan Suzana, Aman dan Adam. Pelbagai konflik terjadi sehingga memaksa mereka lari meninggalkan Kuala Lumpur.
Filem yang turut dibintangi Hanis Zalikha, Azad Jazmin, Yus Jambu, Reen Rahim dan Mazlan Pet Pet ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 21 Februari ini.










'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...